KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 22, 2008

Kontroversi Ternakan Babi Dan UMNO Parti Kampung

kudakepang - (...) Itu yang Musa Hitam minta orang UMNO hayati. Ciri-ciri, sikap, semangat dan nilai-nilai itu yang perlu dihayati sepanjang masa dalam perjuangan.

Bukan macam hari ini. Masuk UMNO, bayar satu ringgit, dah mula minta lesen kontrektor kelas F. Kejar YB sana, kejar YB sini. Lepas tu beli kayu golf untuk gesel bahu dengan DO, SU Majlis Daerah atau Engineer JKR.

Dah dapat duit, bertanding AJK (UMNO) guna duit (hasil kerja-kerja) kontrek. (Bertanding) main politik wang. Tabur sana, tabur sini. Bila menang, sibuk nak cari banyak lagi duit kerana tiga tahun lagi nak guna (banyak lagi) duit (untuk) beli undi, mungkin untuk tanding Ketua Pemuda, Naib Ketua, Timbalan Ketua atau Ketua Bahagian.

Ini yang bikin UMNO rosak. UMNO digunakan sebagai sijil atau ijazah untuk cari wang dan lepas (berada) dalam UMNO, main politik wang untuk dapat jawatan. (Individu seperti ini) sapa saja dia langgar kerana dia ingat duit dia lebih besar dari kesetiakawanan, permuafakatan atau kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.

Kesan gandaan kepada sikap bulldozer macam ni yang bikin UMNO ranap, punah, ranah. Tak cukup duit sendiri, duit towkey babi pun dia orang sapu.

Sebab tu macam (kontroversi) kes (ternakan) babi di Selangor yang tengah kecoh waktu ni, salah seorang shareholders syarikat ternak babi itu (dipercayai) adalah bekas YB UMNO. Apa nak jadi? Tak percaya, pergilah cari sapa bekas YB UMNO di kawasan Morib tu. Tanya dia, betul tak dia ada saham dalam syarikat ternak babi?

Pasal apa dia sampai sesat macam tu? Pasal nak duit. Untuk apa? Pasal dia nak guna duit untuk kekalkan kedudukan dan kuasanya. Sekarang? Dengan kuasa ALLAH SWT, terlingkup dia. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive