KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 22, 2008

Ahli UMNO Sama Perangai Tentera Iraq ?

alkerohi - Tun Dr Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri Malaysia berkata, pendiriannya yang tetap menyokong Umno itu tidak semestinya bermakna beliau juga menyokong sepenuhnya kepemimpinan parti.

"Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau kita beri sokongan dan parti menang 90% atau lebih, pemimpin akan dakwa itu kemenangan mereka"kata Dr Mahathir lagi.

Katanya, tidak seperti bangsa lain, terutama orang Cina yang sangat pandai menggunakan undi mereka ketika pilihan raya secara strategik untuk menyampaikan sesuatu mesej, orang Melayu akan membuta tuli menyokong parti mereka walaupun calon yang diketengahkan adalah “tunggul”, tanpa mengira kepentingan bangsa, agama dan negara.

"Yang penting, orang Melayu sepatutnya boleh menyampaikan mesej kepada pemimpin bahawa mereka mesti meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya dan jika mereka membuat salah, mereka boleh ditarik turun," tambahnya.

Namun, sejarah politik di Malaysia membuktikan bahawa orang Melayu dari parti PAS tetap teguh dan kekal dengan pendirian mereka dan tidak pernah bertukar arah. Masalahnya ialah dengan orang Melayu dalam UMNO. Mereka yang menjadi ahli biasa boleh dibeli dengan wang RM50.00 dan sehelai kain. Perwakilan peringkat bahagian boleh dibeli dengan harga RM200.00 seperti yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir ketika dicalonkan untuk G7 di bahagian Kubang Pasu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive