KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 22, 2008

DAH NAK *****, BARU NAK CARI JAMBAN

Sri Aman dikenal pasti lokasi sesuai tanam padi
Utusanmeloya - Menteri Perumahan, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, selain kawasan baru itu, Paloh di Mukah juga turut sesuai untuk dijadikan kawasan pengeluaran padi.

''Begitu juga dengan daerah Simunjan yang boleh dimajukan sebagai kawasan pengeluaran padi bagi menjadikan negeri ini jelapang padi negara.

''Sarawak boleh menjadi pembekal beras negara jika kita menggunakan teknologi dan kaedah penanaman yang lebih maju," kata beliau selepas merasmikan pameran Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (Score) di sini, semalam.

Menurut Abang Johari, penggunaan teknologi dan kaedah saintifik seperti menjadikan padi boleh dituai tiga kali setahun amat penting dalam merealisasikan hasrat itu.

Sarawak sebelum ini telah mengusahakan penanaman padi secara besar-besaran bukan sahaja untuk pasaran domestik tetapi untuk pasaran dalam negara. more...

No2umnO - Dah nak membuang, baru cari jamban. Bermakna membuat sesuatu itu di saat akhir. Kaedah yang cukup menggelikan anak tekak. Kalau dibuat dulu, tak jadi soal, tapi bila beras dah naik harga, baru nak fikir. Tapi mengusahakan beras di Sarawak. Menguntungkan. Dari awal sampai akhir. Tebang balak pun untung, jual padi pun untung. Menyelam sambil minum air. Kekadang menyelam tak seberapa, tapi minum air yang lebih. Perut kembung, nyawa pun sampai kehujung. Bawa kehospital, paru paru kembang. Heh....apa aku merapu pagi pagi ni?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive