KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 15, 2008

Kerajaan Selangor teliti dulu lokasi ternakan Babi sebelum laksanakan

Selangor akan meneliti secara terperinci sama ada untuk meneruskan lokasi projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang atau di kawasan lain negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, penelitian tersebut dibuat setelah kerajaan negeri menerima cadangan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu projek berkenaan dialihkan ke kawasan lain.

Katanya, keputusan untuk melaksanakan projek berkenaan masih belum dibuat kerana kerajaan negeri, ketika ini sedang mengkaji keperluan tertentu yang membolehkan lokasi projek berkenaan diubah.
Bagaimanapun status projek itu setakat ini, katanya, masih mengikut perancangan dan lokasi asal iaitu di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat.

Malah, beliau turut difahamkan projek berkenaan membabitkan peruntukan di bawah dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya daripada kerajaan negeri.
Meneliti "Saya akan fikir dan teliti segala cadangan daripada semua pihak mengenai projek ini. Tetapi kawasan sedia ada (Ladang Tumbuk) sememangnya telah menjadi ladang ternakan babi sejak dahulu lagi dan kita masih kekalkan keputusan projek ini.

"Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita juga akan meneliti secara terperinci sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar yang mahu supaya kerajaan negeri memindahkan projek ternakan babi itu ke kawasan terpencil seperti Pulau Ketam. - Utusan

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive