KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 15, 2008

GESA SIASAT MAHATHIR TAPI POLIS SIASAT ANWAR

PKR leaders get early morning police visits

PKR president Dr Wan Azizah has been told to be present at the Dang Wangi station to give her statement on the 20,000-strong rally held in Kampung Baru last night.MORE

berita harakah pula ...

Polis serah notis kepada Wan Azizah dan Khalid, Azmin dibawa ke balai
Polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi.

Menurut Koordinator Media Parti KeADILan Rakyat, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, Azmin Ali sudah dibawa polis ke untuk siasatan di Balai Polis Dang Wangi, manakala polis dilaporkan sedang menghantar notis yang sama kepada Wan Azizah dan Khalid pagi ini.

Mereka berdua dipercayai dikehendaki hadir atau akan dibawa ke balai yang sama untuk siasatan.

Di sebalik kawalan ketat polis, perhimpunan malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tindakan polis ini dibuat berikutan kejayaan besar KeADILan menghimpunkan lebih 20 ribu rakyat untuk meraikan tarikh pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam. more...


Berita sebelum ini ...

Anwar Gesa Perdana Menteri Siasat Dr Mahathir

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.

Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya, katanya berucap pada perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru di sini Isnin malam.

Beliau juga berharap penyokongnya menunggu dua minggu lagi sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri sambutan sempena pembebasan Anwar daripada sekatan undang-undang untuk memegang jawatan dan aktif dalam politik, dengan kawasan itu dikawal ketat oleh polis.

Pada September 1998, Anwar disabitkan beberapa kesalahan rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan telah dihukum penjara enam tahun.

No2umnO - Bingung bingung.....suruh siasat orang lain, polis siasat orang lain.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive