KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 15, 2008

Siapa Kutuk Mahathir?

Akhbar dibidas siar berita pembangkang perlekeh Dr. Mahathir

Utusan - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee membidas sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris kerana menyiarkan laporan anggota parti pembangkang memperlekehkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Saya amat dukacita dengan akhbar itu yang menyiarkan laporan anggota pembangkang memperlekehkan kepimpinan Dr. Mahathir dalam pentadbiran dahulu.

"Saya berpendapat adalah tidak wajar sama sekali bagi sebuah akhbar arus perdana untuk menyiarkan laporan seperti itu memandangkan Dr. Mahathir banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini," katanya.

Akhbar itu hari ini menyiarkan kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melabelkan Dr. Mahathir sebagai pemimpin tua dan keliru.

Dalam muka surat yang sama akhbar itu menyiarkan kenyataan Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuduh Dr. Mahathir merosakkan proses demokrasi dan kebebasan kehakiman di negara ini.

Syed Ali berkata, adalah tidak adil bagi akhbar itu memberi gambaran mengenai Dr. Mahathir daripada pemimpin pembangkang yang sudah diketahui sentiasa tidak melihat kepada sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya berharap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya agar tidak lagi sebuah institusi UMNO dipergunakan oleh pembangkang untuk memperlekeh pemimpin yang telah banyak berjaya kepada rakyat dan negara.

"Kita harus menghormati dan menghargai jasa-jasa pemimpin yang lalu.

"Apabila pemimpin masa sekarang tidak lagi berkhidmat, kita juga harus menghormati dan menghargai jasa-jasa mereka," tegas beliau.

Syed Ali berkata, daripada maklum balas yang diperoleh, rakyat terutama orang Melayu tidak dapat menerima perbuatan terus menghentam dan menghina Dr. Mahathir dan menambah bahawa perbuatan ini hanya menimbulkan kemarahan mereka terhadap kerajaan. more...
No2umnO - Apa dia cerita nihhh? Mahathir bukan setakat pembangkang....UMNO pun kutuk sekali. Mangkuk punya syed Ali.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive