KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 15, 2008

RM27 juta langsai dalam masa 50 hari

Harakahdaily - 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu.

"Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari," katanya.
Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.

Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung jawab.

"Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive