KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

Selangor tidak berhasrat jadi pengesport babi - Khalid Ibrahim

harakahdaily- Kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk mengeksport babi ke luar negara termasuk China kata, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, ini kerana tujuan kerajaan mewujudkan pusat babi yang besar di Selangor adalah untuk memberi fokus kepada penternak di seluruh Selangor menjalankan kegiatan mereka hanya di satu tempat.

"Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China.
Beliau yang bercakap kepada media dalam Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan raya Penunggang Motosikal dan Pemilikian Lesen memandu B2 (Motosikal) di Dataran Shah Alam, Selangor hari ini berkata, pembinaan pusat babi yang terletak di Sepang itu adalah salah satu tanggung jawab sosial kerajaan negeri.

Ini katanya, semua kaum berhak untuk menjalankan operasi budaya dan sosial mereka.

"Tugas kami adalah memberikan peruntukkan tetapi ia terhad kepada kaum yang memerlukan saja," katanya.

Katanya, sekalipun ada permintaan yang tinggi terhadap babi mereka boleh membeli di banyak lagi negara lain yang menternak binatang tersebut.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan hari ini dipetik, sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport babi ke negaranya.

Tan Sri Khalid berkata, Selangor berminat mengusahakan benda lain dengan mengikut 'economy of skill'.

"Jika kita hendak mengembangkan sektor penternakan babi ia memerlukan tanah yang luas.

"Tetapi kerajaan Selangor tidak akan memberi tanah lebih daripada apa yang kita rancangkan," katanya sambil berkata keluasan tanah tersebut adalah 400 ekar. more...

Rujukan berita:China beli babi Malaysia

1 comments:

master ery said...

hasrat murni yg d salah erti kn...hu2...

Posting terkini

Blog Archive