KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

Beri Peluang Kedua Kepada Makkal Osai, Kata MPI

Kerajaan hari ini digesa supaya memberi peluang kedua kepada akhbar berbahasa Tamil Makkal Osai dengan memperbaharui permit penerbitannya yang tidak dilanjutkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai Rabu lepas.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Azman Ujang, sewaktu membuat gesaan itu berkata pertimbangan sewajarnya patut diberikan kerana Makkal Osai sudahpun mengakui kesilapannya dan berjanji untuk mematuhi garisan panduan penerbitan selepas ini.

"Dalam keadaan itu, akhbar itu patut diberi peluang kedua, dengan mengambil kira ramai pekerja dan tanggungan mereka yang terjejas penghidupan mereka ekoran tindakan KDN itu," katanya dalam satu kenyataan.

Makkal Osai merupakan salah sebuah anggota MPI.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kerajaan memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Makkal Osai selepas mendapati akhbar itu sudah beberapa kali melanggar garis panduan media yang ditetapkan.

"Kajian semula lanjutan permit mesti berlandaskan kepada sumbangan sesuatu akhbar untuk bersama membangun dan memajukan negara dan masyarakat, bagaimana maju ke depan serta menyuburkan perpaduan serta persefahaman yang baik di kalangan rakyat," kata Syed Hamid.

Azman berkata: "Sekiranya Makkal Osai telah melakukan sesuatu kesilapan, ia perlu diberi surat amaran dan peluang untuk tidak mengulangi perbuatan itu".

Beliau berpendapat banyak lagi undang-undang yang boleh digunakan jika media di negara ini tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan tanpa perlu mengambil tindakan drastik tidak memperbaharui permit penerbitannya.

MPI dianggotai 35 pertubuhan media massa dan syarikat penerbitan di negara ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive