KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Harakah. Show all posts
Showing posts with label Harakah. Show all posts

Jul 10, 2008

Harakah tak professional - Shabery

Suarakeadilan | Parlimen, 10 Julai (SK) – Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek bertindak menyerang Harakah dengan menyifatkan akhbar itu sebagai tidak profesional.

Shabery membuat kenyataan itu dalam jawapannya kepada soalan tambahan Ahmad Kassim (KeADILan-Kuala Kedah) berhubung soal mengadakan siaran langsung program debat di RTM.

Menteri itu menjawab bahawa RTM baru-baru ini telah mengadakan program debat secara langsung dengan menjemput Sallehudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berdebat bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahril Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.

Walaubagaimanapun jelas Shabery wartawan Harakah yang turut dijemput bagi menanyakan soalan berhubung isu itu tidak hadir.

“Wartawan yang dijemput untuk bertanya ialah daripada Harakah. Tapi satu jam sebelum itu Harakah tak datang, wakil pun tak hantar. Jadi dalam soal ini yang tak profesionalnya Harakah dan bukan RTM (Radio Televisyen Malaysia)” kritik Shabery.

May 8, 2008

Janji tidak naikkan harga beras, Najib tipu rakyat?

harakahdaily - (...) "Kita sudah jangka apabila sampai pada masanya mereka (PR) akan menghadapi kesukaran untuk menunaikan semua janji pilihan raya. Pada waktu pilihan raya sesiapa pun boleh membuat janji tetapi untuk menunaikannya bukan satu perkara mudah," kata Najib, cukup sinis.

Isnin (5 Mei) lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, memberitahu media kerajaan negeri pimpinannya tidak dapat memberi jaminan akan melaksanakan pengurangan cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial 10 peratus pada tahun ini. Kedua-dua perkara itu dikatakan menjadi janji dalam manifesto pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Sebaliknya, kata Abdul Khalid, kerajaan campuran PKR, PAS dan DAP perlu melihat kepada jumlah peruntukan kewangan kerajaan negeri berdasarkan belanjawan 2009 yang akan dibentangkan akhir tahun ini.

"Kita belum dapat turun cukai pintu kerana pembangunan ekonomi negara belum sampai tahapnya lagi. Saya tak nak bajet kita tidak cukup (jika melaksanakan pengurangan cukai pintu)," katanya.

Kenyataan itu disambut bagaikan "pucuk dicita, ulam mendatang" oleh para pemimpin Barisan Nasional. Mereka bagaikan bersorak-sorai dan bertempik kepada rakyat Selangor yang telah menolak pemerintahan BN dalam pilihan raya lalu, "sudah kami katakan, jangan percaya sangat janji-janji mereka itu (PR)".
- baca selanjutnya di SINI....

May 7, 2008

Kenapa wartawan jadi sasaran polis? - Kit Siang

harakahdaily - Lim Kit Siang (Ipoh Timur-DAP) berkata berita yang disiarkan akhbar tersebut dengan tajuk '10 juta hilang dalam masa tiga hari' telah menjadi punca kedua-dua wartawan tersebut ditangkap polis bagi membantu siasatan berhubung laporan tersebut.

"Kita seharusnya menggalakkan media menjalankan 'investigative journalism', dan yang menghairankan saya adalah kenapa wartawan menjadi sasaran pihak polis?

"Begitu juga dengan insiden tangkapan tiga wakil rakyat di Bachang, Melaka pada hari pekerja sehingga mereka dipukul, ditendang serta dikasari pihak polis," katanya dalam perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong semalam.

Perbahasan mengenai hal tersebut mendapat penjelasan Sim Tong Him (Kota Melaka-DAP) mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Bagaimanapun, ia menerima teguran Dato' Bung Moktar Radin (Kinabatangan-BN) yang menggunakan aturan mesyuarat menyatakan Tong tidak memandang kepada Yang DiPertua Dewan.

"Kedudukan saya di tepi ini menyebabkan seolah-olah saya tidak dapat menghadap YDP dewan secara terus," katanya.
- baca selanjutnya di SINI....

May 3, 2008

5 negeri Pakatan Rakyat tak bantu Harakah?

Lima negeri sudah berkerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan lima negeri ini pada hemat saya bolehlah menghulurkan apa-apa bantuan sekadar kemampuan mereka. Tidak kiralah sama ada secara terus, melalui anak-anak syarikat atau apa- cara lain. Biar dalam bentuk tempat, dana dan sebagainya.

Malah, jutawan dan dermawan dalam gerakan siasah juga boleh membantu akhbar Harakah dalam melaksanakan tugas harian akhbar kerdil ini yang telah memberikan impak yang positif selama ini.

Apa yang diketahui, secara umumnya, akhbar mendapat pulangan dari pengiklanan dan langganan pembaca. Namun adakah pengiklanan Harakah dapat menampung kos penerbitan, utiliti, gaji kakitangan dan sebagainya.

Saya berpengalaman bekerja dengan akhbar tabloid seperti Harakah. Asam garamnya terlalu perit namun kerana azam, cita-cita dan mungkin juga sumbangan kecil ke arah perjuangan, itulah yang dapat dilakukan.

Difahamkan akan ada akhbar harian yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan lima negeri. Namun, Harakah perlu diteruskan kerana jasanya kepada masyarakat bukan kecil.

Dalam pada itu saya mencadangkan agar satu think tank diwujudkan dalam bidang maklumat dengan peranan utama boleh dimainkan oleh Harakah dengan kerjasama Setiausaha-Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan Ketua Menteri di lima buah negeri.

Lutfi, saya kira boleh membantu mengadakan perjumpaan dengan blogger-blogger dan penulis media yang sehaluan dengan citarasa Barisan Rakyat. more... on harakahdaily

Apr 28, 2008

Jurugambar Harakah dilarang masuk Parlimen

ImageHarakahdaily - Belum pun bermula sidang Parlimen,episod larangan ke atas jurugambar mencemari majlis angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen pada pagi tadi.

Dalam kejadian pagi tadi, jurugambar Harakah tidak dibenarkan masuk ke Parlimen untuk merakamkan upacara mengangkat sumpah, walaupun telah membuat rayuan kepada pegawai bertugas di parlimen.

Ketua Jurugambar Harakah, Mohd Nasir Sudin, ketika dihubungi, berkata pegawai parlimen melarang beliau dan seorang lagi jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh serta beberapa jurugambar lain untuk merakam detik-detik bersejarah itu.

Bagaimanapun, beliau dan rakan-rakan jurugambar lain dibenarkan mengambil gambar selama lima minit sebelum bermula upacara angkat sumpah berlangsung.

Menurut Nasir, hanya jurugambar rasmi media kerajaan seperti Bernama dan RTM dibenarkan merakam upacara berkenaan.

Ketika ini, berpuluh-puluh jurugambar termasuk dari media antarabangsa berkumpul di hadapan pintu masuk media, sambil menantikan kemunculan MP-MP untuk merakamkan gambar dan aksi mereka.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi tadi

5 Syarat jadi Ketua Kampung

Harakahdaily - Mengikut Ustaz Misabahul, ada seorang hamba Allah yang datang ke pejabat MB meminta surat perlantikan sebagai Ketua kampung. Hamba Allah ini mengatakan penduduk kampung menyokong beliau menjadi Ketua kampung. Beliau datang tanpa sebarang dokumen kelayakan dan surat keterangan.

Hamba Allah ini mengaku beliau adalah seorang pesara (askar pencen) dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan @ jaga dan juga beberapa kerja-kerja lain. Beliau sanggup menunggu sehingga surat perlantikan diberi barulah beliau akan pulang.

Ustaz Misbahul lalu menyatakan kepada hamba Allah untuk menjadi Ketua kampung mesti ada lima syarat yang perlu dipenuhi:

SYARAT 1- BOLEH MENJADI IMAM

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin dalam solat atau menjadi imam yang baik kerana Menteri Besar yang baru (Ir. Mohammad Nizar) boleh menjadi Imam dalam solat (lengkap zikir dan doa selepas solat).

SYARAT 2- BOLEH BERKHUTBAH (BUKAN SETAKAT MEMBACA KHUTBAH)

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh berkhutbah sebelum solat Fardu Jumaat dan solat sunat Hari Raya kerana Menteri Besar boleh berkhutbah dan bukan setakat membaca teks khutbah.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memberi ceramah seperti Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj dsb kerana Menteri Besar boleh memberi ceramah.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN TAHLIL

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin tahlil hingga selesai lengkap dengan doanya sekali kerana Menteri Besar boleh memimpin tahlil.

SYARAT 5- BOLEH MEMIMPIN BACAAN TALKIN

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin bacaan Talkin untuk orang yang meninggal dunia kerana Menteri Besar boleh memimpin bacaan Talkin dan bukan setakat membacanya sahaja.
Selepas mengemukakan lima syarat di atas, maka hamba Allah itu terdiam. Beliau lalu pulang dan tidak datang semula untuk meminta jawatan (sebab dia tahu tak layak dan tak boleh memenuhi lima syarat ini). more...

Apr 27, 2008

Pemindahan wang Balkis ke dalam akaun Bakti tidak sah

Harakahdaily - Pemindahan wang Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) tidak sah di sisi undang-undang.

Peguam, Mohamad Khairuddin Othman menegaskan perpindahan wang itu tidak sah disebabkan ia dilakukan selepas Umno-BN mengalami kekalahan dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Menurut beliau, antara syarat perlembagaan Balkis isteri Menteri Besar mesti mempengerusikan persatuan itu.

Sehubungan itu katanya, bekas isteri Menteri Besar Datin Seri Zaharah Kechik secara outamatik tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan wang tersebut ke dalam akaun Bakti.

Katanya, pemindahan wang Balkis ke dalam akaun Bakti itu dianggap sebagai suatu kes jenayah atau penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

"Zaharah tidak ada kuasa untuk memindahkan wang tersebut apatah lagi menutup persatuan itu," katanya.

Beliau menasihatkan supaya wang tersebut dipulangkan semula ke dalam akaun Balkis.

Bakti terbabit dalam kontroversi penyaluran wang RM9.9 juta daripada Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) selepas ia cuba dibubarkan pada 13 Mac.

Ketika Umno-BN berkuasa di Selangor, Balkis dipengerusikan oleh isteri bekas menteri besar Dato' Mohd Khir Toyo.

Rintihan kontraktor kecil Melayu

harakahdaily - Apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) diumumkan, barulah saya sedar betapa pihak yang diberi amanah mentadbir terlepas pandang dalam banyak isu membabitkan rakyat bawahan. Jadi tidaklah hairan kenapa berlaku tsunami politik 8 Mac lalu.

Secara jujur saya akui dapat menikmati hasil dari dasar perancangan kerajaan. Semua dasar yang digubal seperti DEB adalah baik. Namun perlaksanaan di peringkat bawahan tidak langsung diberi perhatian yang wajar dan adil.

Sejak kematian ayah, saya terpaksa membantu ibu menyara adik-adik. Sebab kurang minat bekerja makan gaji, saya berusaha mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan kementerian berkaitan.

Kemudian saya mohon pinjaman dari skim TEKUN sebagai modal tambahan. Kini saya dapat ruang berniaga di Putrajaya. Malangnya pelanggan masih lembab. Akibatnya, untuk balik modal pusingan bagi membayar semula pinjaman serta sewa pun belum tentu. Saya lantas berusaha memohon tender kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan. Tapi bila melihat syarat-syarat tender, amat mengecewakan.

Syarat-syarat tender amat memihak kepada mereka yang telah kukuh dari segi kewangan serta peralatan. Lebih menyakitkan hati adalah syarat pengalaman dua tahun, atau modal pusingan berpuluh ribu. Jadi kenapa adakan kursus dan skim bantuan, kemudian meletakan syarat yang tidak munasabah.

Jika saya tidak diberi peluang, sampai bila nak dapat pengalaman? Kenapa peluang tidak diberi sama rata. Jadi mana peluang bagi yang baru menceburi usaha? Sepatutnya, sayalah yang diberi peluang.

Saya akan usahakan juga sedaya upaya untuk mendapatkan tender. Jika sikap pentadbir masih sama, saya dan rakan senasib yang lain akan mencipta tsunami politik kedua.

Begini sekali rupanya keluhan rakyat. Siapa yang hendak disalahkan? Alangkah sedihnya bila kegemilangan yang dibina oleh Almarhum Tun Abdul Razak dan Tun Hussin Onn bakal lenyap ditelan zaman.

Semoga Allah mengutuskan kita pemimpin berwibawa seperti mereka.

Apr 25, 2008

Harakah Pulau Pinang perlu pemberita

Harakahdaily - Harakah Pulau Pinang memerlukan pemberita sambilan untuk meluaskan liputan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mereka yang berminat boleh menghubungi wartawan negeri, Mohd Sabri Said di talian 019-4461717 atau datang ke Pejabat Harakah Pulau Piang di 2B, Tingkat 2, Jalan Todak 2, Pusat Bandar Seberang Perai untuk mendapatkan maklumat tentang peluang keemasan ini.

Harakah merupakan media yang dinanti-nantikan oleh pendokong gerakan dan rakyat di sini untuk mengetahui perkembangan setelah Barisan Nasional (BN) kalah teruk kepada Pakatan Rakyat pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sekarang ini liputan tidak begitu meluas ekoran kekurangan kakitangan terutamanya di sebelah pulau.

Mereka yang berminat perlu ada komentmen yang tinggi, sanggup kerja lebih masa dan mempunyai kenderaan sendiri. more...

Apr 22, 2008

Harakah tidak sepatutnya dihadkan kekerapan penerbitan

harakah frontpage 240403malaysiakini - Usaha membuka ruang lebih luas kebebasan akhbar tidak akan membawa erti jika kerajaan masih lagi mengekalkan akta-akta yang menghalangnya seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC), kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

"Kelulusan permit penerbitan Suara Keadilan dan janji kerajaan untuk menghormati kebebasan akhbar tidak bermakna apa-apa selagi undang-undang yang menyekatnya, khususnya APMC masih lagi dikekalkan," kata penyelarasnya John Liu, mengulas kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam. Read More...

Apr 19, 2008

Isu ketuanan Melayu: Umno bagaikan anjing tersepit

Hakarahdaily - Umno menimbulkan isu ketuanan Melayu hanya selepas parti itu tidak relevan apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas.

AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan, usaha membantu Umno untuk memperbetulkan kesilapan parti itu dalam soal ketuanan Melayu bagaikan 'melepaskan anjing tersepit'.

Katanya, beliau menyokong penuh penegasan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa semalam, bahawa PAS tidak mahu terperangkap dalam isu tersebut, yang disifatkan sebagai membuang masa.

"Jangan cakap soal ketuanan Melayu, dasar ini harus diubah segera kerana ia hanya memusnahkan masa depan bangsa," kata beliau yang memegang ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.


Husam juga dilaporkan sebagai berkata, PAS tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno, yang dibuat semata-mata untuk menyembunyikan kelemahan dan masalah dalaman yang sedang mereka dihadapi.

Syed Azman yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS berkata, pihaknya mempertikaikan keikhlasan Umno yang hanya dua bulan lalu, pemimpinnya begitu bongkak, tetapi kini baru mengenal erti keikhlasan memperjuangkan nasib bangsa.

Katanya, 'track record' Umno dari segi ketuanan Melayu begitu buruk apabila banyak melakukan kesilapan yang merugikan bangsanya sendiri.

Menurut beliau, orang Melayu termasuk golongan cendikiawan, amat terkilan apabila Umno/BN melaksanakan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

"Dasar ini amat menyusahkan, hasilnya kualiti akademik anak-anak Melayu yang menjunam begitu teruk.

"Jangan cakap soal ketuanan Melayu, dasar ini harus diubah segera kerana ia hanya memusnahkan masa depan bangsa," kata beliau yang memegang ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.

Syed Azman turut mendesak kerajaaan pimpinan Umno, kembali memartabatkan tulisan jawi sebagai elemen utama dalam pendidikan kepada bangsa Melayu kerana itulah antara asas ketuanan yang sebenarnya.

Katanya, sejarah membuktikan catatan Perlembagaan dahulu, termasuk surat-surat perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan British, semuanya dibuat dalam tulisan jawi.

Selain itu tegasnya, selama 50 tahun Umno/BN berkuasa, Umno menjalankan dasar kronisme yang begitu dahsyat dengan mengetepikan penganugerahan projek atau tender kepada orang Melayu, semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.

Beliau turut mengingatkan Kerajaan Pusat supaya tidak lagi mendiskriminasi kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat jika mereka ikhlas untuk menyatu padukan bangsa.

"Apapun pengalaman perit PAS di Kelantan dan semasa PAS menguasai Terengganu, negeri yang diterajui orang Melayu, mengalami diskriminasi dan dikenakan tekanan teruk oleh pemimpin Umno yang menguasai Kerajaan Pusat," ujarnya.

Katanya, bukti-bukti Umno tidak ikhlas memartabatkan ketuanan Melayu sebelum ini cukup banyak dan beliau tidak nampak bagaimana rakyat boleh mempercayai pemimpin parti itu lagi.

Apr 18, 2008

Isu ketuanan Melayu hanya gimik Umno, buang masa bincang - Husam Musa

Imageharakahdaily - Isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi kerana ia sengaja ditimbulkan oleh Umno bagi meraih sokongan untuk menutup kelemahan parti tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata PAS tidak mahu lagi terperangkap dalam isu tersebut yang disifatkan sebagai membuang masa.

Image"Kita tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno yang mahu menyembunyikan kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi mereka kerana ia merupakan sikap lama yang tidak mahu diubah," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Pengarang Harakah hari ini.

Tegasnya jika Umno ingin membincangkan mengenai masalah ketuanan Melayu, mereka boleh menyertai kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Kenapa sekarang baru hendak membincangkan mengenai hal ketuanan Melayu? Kenapa sebelum pilihan raya umum hal ini tidak ditimbulkan?" katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya Umno benar-benar serius mengenai hal tersebut, ia hendaklah dilaksanakan melalui kerajaan yang adil dan telus kerana ia merupakan satu-satunya cara yang terbaik bagi memelihara kepentingan kesatuan semua bangsa di negara ini.

Sementara itu, Husam melahirkan kehairanan terhadap sikap Kerajaan Persekutuan yang mengumumkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Kehakiman semalam. more...

Mar 31, 2008

KERJA KOSONG !!!

Harakahdaily
Kemenangan Barisan Rakyat menerajui Negeri Perak telah sekaligus memerlukan pemberita-pemberita sambilan yang dapat menyumbangkan tenaga bagi menyiarkan lebih banyak berita dalam Harakah dan Harakahdaily.

Bagi memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan pantas, maka pihak Harakah mengalu-alukan sesiapa yang berminat menjawat jawatan Pemberita Sambilan di negeri Perak.

Keutamaan kepada ahli PAS,anak ahli dan mempunyai asas pemberitaan serta memiliki sekurang-kurangnya pendidikan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 0165060568 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan atau menghantar resume atau butir-butir diri ke emel; johari_bistari@yahoo.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Mar 12, 2008

Utusan dan TV3: Ke manakah pergi perkataan "kononnya", "pengikut", "mendakwa" dan lainnya

Shirzad Lifeboat
Harakahdaily

Hilang sudah wajah yang sentiasa cuba memaparkan "sayalah tokoh paling bijak pernah dilantik selaku PM Malaysia" di wajah Abdullah sebaik sahaja semua petunjuk dan keputusan awal PR-12 menunjukkan BN tidak mungkin mencapai majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan hilang beberapa kerajaan negeri serta gagal menawan Kelantan.

Turut hilang bersama pada malam itu dan pada hari-hari berikutnya perkataan popular media kerajaan seperti "kononnya", "mendakwa", "pengikut parti pembangkang' (seolah-olah parti pembangkang yang didaftarkan secara sah diibaratkan seperti pertubuhan haram) yang sering digunakan bagi menghina parti pembangkang.

Akhbar Utusan Malaysia dan beberapa akhbar yang sering menggunakan perkataan ini serta TV3 dan juga saluran TV kerajaan seolah-olah mendapat pengarang dan penyunting baru.

Tidak mustahil perubahan mendadak ini berbangkit apabila ketua media Malaysia, "police don’t fire anybody...we are allowing protest...", Zainuddin Maidin gagal memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Perkataan tersebut seolah-olah ditelan sendiri oleh mereka yang telah dipergunakan oleh Umno-BN sebagai alat dalam menggerakkan jentera propaganda mereka.

Bagi TV kerajaan yang mendabik dada "kononnya" kerana menyajikan maklumat yang sahih, malam keputusan PR-12 diumumkan nampaknya adalah satu pengecualian.

Sehingga siaran langsung mengenai keputusan pilihan raya diumumkan ditamatkan selepas jam 3.00 pagi, tidak ada keputusan mengenai keputusan pilihan raya Dun negeri Selangor dan Perak.

Semua ini tentulah sesuatu yang begitu dimaklumi rakyat. Cara media ini digunakan pada mulanya dipersoalkan. Kemudiannya dijadikan bahan gurauan oleh rakyat dan akhirnya apabila TV, akhbar, yahoo mail dan yahoo messenger semuanya membawa iklan supaya rakyat mengundi BN, maka ia menjadi sesuatu yang cukup bosan, muak dan memualkan.

Profesor Madya Dr. Mohd Agus Yusuf yang turut menjadi panel di TV1 pada malam itu secara spontan menggeleng-gelengkan kepalanya apabila menyentuh soal penggunaan melampau media sebagai alat propaganda BN.

Terdahulu daripada itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam satu tulisannya telah mencatatkan fakta betapa "hinanya menjadi wartawan (media kerajaan) semasa kempen pilihan raya".

Sebagai menggulung semua itu, pada malam tersebut, Mursyidul Am Pas, Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan satu kenyataan ringkas yang antara lain menyebut: "Rakyat Kelantan tidak mahu idealisme Umno yang hanya menumpukan kepada kebendaan, mengangggap rakyat buta huruf dan mahu memperbodohkan rakyat."

Begitupun, media yang disebut itu nampaknya belum lagi serik. Belum pun berapa hari pembangkang menjadi kerajaan, nampaknya siri pembohongan baru telah bermula apabila ada sebuah akhbar yang melaporkan berita bohong kononnya Kerajaan PAS Negeri Kedah yang baru berusia sehari mengarahkan supaya penutupan Tabika Kemas.

Kenaikan tambang feri ke Langkawi juga dikaitkan dengan kerajaan negeri berkenaan. Begitu juga kelewatan dua buah negeri yang ditawan oleh pembangkang dalam membentuk kerajaan negeri dipolitikkan bagi menunjukkan kononnya tidak ada persefahaman di antara mereka.

Bilakah agaknya media yang disebutkan ini mahu mempelajari erti kejujuran? Atau apakah mereka lebih selesa dipandang hina oleh masyarakat pembaca, penonton dan rakyat?

Mungkin "pembohongan" dan "fitnah" membawa pengertian berbeza dalam syariat mereka.

Mar 6, 2008

1 JUTA HARAKAH PERCUMA ELAK SABOTAJ

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Akhbar Harakah akan dicetak sebanyak 1 juta naskhah dan akan diedarkan secara percuma kepada rakyat di seluruh negara esok.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar yang menyatakan hal tersebut adalah kesan daripada reaksi takut dan cemas pihak Umno-BN terhadap laporan yang disiarkan pada muka surat belakang keluaran terbaru akhbar itu.

Image "Kenyataan Tun Dr Mahathir yang disiarkan Harakah telah menimbulkan reaksi yang menakutkan pihak Umno-BN sehingga memaksa mereka bertindak membeli akhbar tersebut secara luar biasa di seluruh negara.

"Pendapat Tun saya umpamakan boleh menjadi tsunami kepada senario politik tanah air, sebab itu Umno-BN jadi begitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau mendapat maklumat daripada banyak pihak mengenai masalah kesukaran mendapatkan akhbar tersebut di merata tempat termasuklah di kawasannya iaitu pekan Pokok Sena, Kedah.

"Kita dapat mengesan bahawa pihak yang membeli Harakah adalah orang Umno secara pukal di kedai-kedai. Bahkan saya mendapat maklumat daripada seorang peniaga Harakah yang didatangi orang Umno-BN yang berhasrat membeli kesemua akhbar yang dijualnya, tetapi beliau enggan menjualkannya," katanya.

Menceritakan situasi yang berlaku, Mahfuz berkata ia sesuatu yang pelik apabila akhbar tersebut habis dijual menjelang jam 10.00 atau 11.00 pagi kerana ia tidak pernah terjadi.

Berdasarkan maklumat yang diterima Harakahdaily, banyak pelanggan Harakah mengadu sukar mendapatkan akhbar tersebut di beberapa tempat seperti di utara, selatan, barat dan tengah semenanjung Malaysia lalu mengesyaki sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

"Saya percaya ia adalah disebabkan oleh kenyataan Tun Mahathir tersebut memandangkan beliau yang berpengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mendakwa rekod Abdullah Ahmad Badawi sebagai terburuk ekoran kegagalan pentadbiran negara sepanjang empat tahun lalu," ujarnya.

Bahkan ujarnya, isu-isu yang dimuatkan Harakah juga dipercayai boleh mempengaruhi pengundi khususnya isu yang gagal dijelaskan oleh media tajaan Umno-BN pada pilihan raya 8 Mac ini.

"Sudahlah media arus perdana dilacurkan, SPR diperkudakan, kini mereka kian terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja," katanya lagi.

Feb 28, 2008

Kaum India beli Harakah? Aduiii risaunya BN

Pemuda India borong 6,000 Harakah edisi terbaru

Zain el-Din Hashimi
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Kakitangan Harakah bahagian pemasaran hari ini dikejutkan dengan kedatangan beberapa pemuda India bersama dengan lori tiga tan yang dipercayai untuk mengangkut 6,000 naskhah akhbar Harakah.

ImageTinjauan mendapati, mereka adalah pemuda India dari ibu kota yang sedar kepentingan Harakah untuk bahan bacaan dan rujukan khususnya di kalangan masyarakat India di Kuala Lumpur menjelang pilihan raya pada 8 Mac nanti.

Suresh, 28; Muthu Kumar, 29; Sri Dhar, 27 telah datang pada awal pagi lagi bagi memastikan Harakah kali ini diperolehi tanpa kegagalan untuk mendapatkannya.

Suresh yang ditemui menjelaskan, tujuannya ke pejabat pemasaran Harakah adalah untuk mendapatkan 6,000 naskhah untuk diedarkan kepada pembaca di sekitar ibu kota, dengan harapan yang cukup tinggi agar mereka (pembaca) dapat memilih calon-calon pembangkang yang dilihat kali ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pakar motivasi, aktivis masyarakat kontraktor dan lain-lain.

ImageSementara rakannya, Muhtu Kumar menegaskan, bahawa Harakah adalah sebuah akhbar alternatif yang hanya melaporkan berita-berita yang benar lagi sohih, tidak seperti akhbar-akhbar arus perdana yang bayak mengampu dan mengambil hati para pemimpin negara.

Seorang pesara kerajaan, Kesevan Rajoo, 61, menyatakan bahawa beliau mendapatkan kira-kira 150 naskhah Harakah untuk diedarkan di Bukit Aman, saya tidak takut untuk hantar ke Bukit Aman memandangkan saya seorang pesara, dan saya yakin ada di kalangan para pegawai keamanan di situ yang berminat untuk membaca Harakah.

Bagaikan pisang goreng panas

Menurut seorang kakitangan bahagian pemasaran Harakah , Khairul Azizi menjelaskan, kali ini pihak pengurusan telah mencetak kira-kira 177,000 naskhah berbanding 134,000 sebelum pembubaran parlimen dan penamaan calon baru-baru ini.

Katanya, keadaan ketika penjualan kali ini agak kalut dengan penambahan mendadak yang mendapat permintaan tinggi dari pengedar dan pembeli.

ImageSeorang pengedar yang ditemui, Haji Abdul Rahman Haji Idris yang menjadi pengedar sejak lima belas tahun lalu di pasar besar Dato' Keramat berkata, "permintaan tinggi untuk mendapatkan Harakah memaksa saya untuk menambah bilangannya kepada seratus naskhah, berbanding sebelum ini, itu pun kerana pembaca ingin tahu berita benar yang dilaporkan oleh Harakah."

Tambahnya, hanya Harakah bagi pandangan pembaca sebagai satu-satunya akhbar yang boleh dipercayai berbanding akhbar-akhbar arus perdana, yang banyak membelit dan melaporkan berita yang tidak beretika, maka sekali gus menjadi akhbar yang tidak bermutu.

Selanjutnya menurut beliau, masyarakat di ibu kota tidak seperti sepuluh hingga lima belas tahun lalu yang hanya bergantung kepada berita yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana, tetapi hari ini mereka telah menemui alternatif yang sangat memuaskan hati mereka, iaitu Harakah.

Seorang pembeli, Asri Abdul, 38 yang ditemui menjelaskan, sejak akhir-akhir ini beliau rasa teruja untuk mendapatkan naskhah Harakah kerana tidak puas hati dengan laporan berita berita berat sebelah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana dan laporan berita televisen.

Beliau yang bekerja sebagai seorang kakitangan swasta bergegas untuk mendapatkannya sebelum kehabisan stok, memandangkan sambutan di luar jangkaan banyak pihak.

Seorang lagi pembeli yang ditemui, Azhari, 31 turut menyokong pendapat Asri, dan mengharapkan pilihan raya kali ini memihak kepada pembangkang yang diketuai PAS dalam Barisan Alternatif. - mks.

Feb 22, 2008

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong BN persoal laporan PM


Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Ruhanie Ahmad mempersoalkan, adakah pengundi di kampung-kampung faham dan mengambil peduli apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kad laporannya kepada rakyat.

Beliau juga membangkitkan tentang merebaknya presepsi bahawa kerajaan pimpinan Abdullah seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing, dipercayai Singapura.

Begitu juga dengan soal keterlanjuran menantu Abdullah (Khairy Jamaludin) yang kian menghantui pemikiran rakyat.

"Hebat. Memang cukup hebat. Ini bermakna seolah-olah era Abdullah jauh lebih baik daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bermakna seolah-olah Abdullah adalah Perdana Menteri yang amat cemerlang prestasinya," kata beliau, yang dilihat sebagai menyindir Perdana Menteri.

"Soalnya, adakah pengundi di kampung-kampung yang menjadi pendukung setia Barisan Nasional (BN) sejak merdeka, faham hakikat di atas? Adakah mereka pedulikan seluruh perangkaan tersebut? Tidak mungkinkah mereka akan bertanya, kalau prestasi kerajaan Abdullah mencecah trillion ringgit, kenapakah harga barang mahal? Kenapa harga petrol naik? Kenapa duit mereka seolah-olah semakin menguncup nilainya?" beliau mempersoalkan.

Menurut Ruhanie, beliau mengemukakan soalan tersebut kerana itulah persoalan orang-orang kampung sejak akhir-akhir ini.

"Sepatah kata orang Jawa di kampung saya, mereka masih lagi memikirkan soal “sandang-pangan” atau soal pakaian dan makanan. Mudahnya, soal kehidupan yang asas – soal perut!"

Pada waktu yang sama, katanya lagi, adakah para pengundi di kawasan bandar terpesona dengan laporan di atas?

"Mereka akan mengungkit, indeks rasuah negara bagaimana? Soal kemiskinan di bandar di mana tahapnya? Mereka akan menghujjah, soal kredibiliti kerajaan ketika ini di mana tarafnya?

"Soal presepsi bahawa kerajaan mutakhir seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing mengapa kian merebak? Soal kronisme mengapa terlalu rancak dipolemikkan?

"Dan, soal keterlanjuran menantu Abdullah mengapa kian menghantui pemikiran rakyat?" bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu mempersoalkan.

Golongan idealis pula, katanya, akan bersuara sudahkah Abdullah memberikan semangat, roh dan jiwa kepada kata-kata beliau yang termaktub di dalam puisi Damai Abadi yang menghiasi Manifesto BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

"Dan, sudahkah propaganda puitis Abdullah yang kononnya beliau mahu mencari “Al-Ghazali dan Al-Shafie” kerana beliau pemimpin yang berpedomankan “rahsia kitab suci” dan berpandukan “sunnah nabi,” menjadi realiti?"

Sebenarnya, kata Ruhanie lagi, senarai persoalannya amat panjang sekali.

"Bagaimanapun, seluruh persoalan di atas sewajarnya menginsafkan Abdullah bahawa kesejahteraan hidup rakyat jelata yang sedang diraihkan sokongannya ketika ini bukan hanya berpaksikan kepada perangkaan trillion ringgit nilainya," beliau mengingatkan.

Kesejahteraan total rakyat ketika ini, katanya lagi, sewajarnya merangkumi soal perut, roh dan jiwa; sewajarnya meliputi soal prinsip dan integriti; sewajarnya mencakupi soal minda, akal, budi dan kredibiliti, semestinya memfokus kepada soal maruah, jatidiri dan kedaulatan negara-bangsa.

Feb 14, 2008

Ucapan Dollah mengenai PRU berbelit

Dr Abu 'Abqari
harakahdaily

Saudara Pengarang,
Assalamulaikum,

Gendang plihan raya dengan rasminya telah dilaungkan oleh (x) Perdana Menteri Malaysia. Walaupun beliau berkata ini semua khabar angin yang indah, menafikan sekeras-kerasnya, namun keesokannya beliau mengiyakan bahawa medan pilihan raya telah dibuka.

Saya sendiri tidak tahu gelaran apa yang sesuai untuk disifatkan ke atas (x) Perdana Menteri ini. Memang kata-katanya tidak boleh dipercayai, seolah-olah seperti haiwan dua alam.

Apabila saya melangkah masuk ke hospital, melihat pesakit yang parah, terlantar di atas katil, dengan tiub di mulut, bernafas dibantu ventilator, wayar bersimpang siur, ubat dimasukan melalui salur darah, saya terbayangkan kerajaan yang memerintah.

Begitulah tenatnya kerajaan sekarang yang penuh dengan penyakit.

Korupsi, salahgunakuasa, rendah akhlak dan moralnya, pentingkan diri, samseng dan banyak lagi penyakit kronik yang sudah tidak ada penawar lagi seperti penyakit Aids.

Kita sebagai golongan marhaen, yang hanya menjadi mangsa kepada semua polisi yang ditetapkan tanpa ada bangkangan kerana hanya mereka yang menguasai kandang Parlimen.

Kerajaan BN bagaikan tubuh berpenyakit

Kalau ikut hukum perubatan, penyakit yang sudah sampai 'terminal stage' kita hanya berikan rawatan paliatif; rawatan untuk meringankan beban kesakitan dan derita pesakit.

Begitulah juga dengan kerajaan kini yang sedang menghitung hari yang dijanjikan.

Ada penyakit seperti kaki gangren (kaki kencing manis) ubatnya adalah potong kaki, kena buang bahagian yang rosak kerana ia menjadi punca penyakit tidak dapat disembuhkan.

Maka, kerajaan yang ada, mesti dibuang segala penyakit yang telah rosak dan gangren kerana selagi mereka ada, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai.

Mari kita ambil isu kenaikan harga barang sebagai contohnya. Antara ribuan isu yang membelenggu rakyat, mereka menidakkan bahawa harga boleh diturunkan, sehingga ada yang mengatakan negara akan bankrap.

Ini contoh pemikiran gangren yang mesti dibuang dan dicuci. Korupsi juga mesti diamputat dari kerajaan yang ada.

Tetapi, rawatan yang terbaik adalah kita biarkan saja pesakit ini pergi dengan aman. Bacakan Yassin, banyakkan zikir, ajarkan syahadah, kerana itu adalah peringatan terbaik buat mereka.

Kita gantikan dengan kerajaan yang baru, kerajaan yang menjanjikan Negara Kebajikan kepada semua.

Justeru, samalah kita rapatkan saf. Keluar barisan, masuk bulatan dan pancarkan cahaya rembulan untuk menerangi semua yang dahagakan kedamaian di sini dan di sana.

Feb 9, 2008

Mengapa akhbar percuma siri Kempen diterbitkan?

Imagedetikdaily.net
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Ya, apalah ertinya Harakah, diterbitkan sekali dalam tempoh 15 hari, malah kempen pilihan raya pun dijangka tidak melebihi lapan hari, seperti yang berlangsung pada tahun 2004. Sedangkan, Umno ... jangan ceritalah, segala kemudahan kerajaan dan media diperalatkan semahunya. Stesen tv akan bertukar menjadi bilik gerakan BN. Wang berguni-guni ditabur.

Namun, lawan tetap lawan, pantang berundur sebelum bertarung habis-habisan. Wang, projek, manipulasi media bukan segalanya. Rakyat mesti dibekalkan dengan maklumat dan fakta sebenar selain menangkis fitnah BN yang makin menggila itu. Usah diharap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan mengendurkan asakannya, malah pelbagai taktik keji yang baru hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Beliau begitu mengimpikan kemenangan besar mahu menyifarkan pembangkang dan menawan semula Kelantan. Jika pada 2004 Abdullah dikenang sebagai Presiden Umno yang mampu memulihkan kembali sokongan rakyat yang begitu benci, meluat dan muak kepada parti itu pada 1999, sehingga Terengganu dapat dikuasai balik, maka kali ini beliau mahu terus memahat sejarah. Nampak mustahil mandat besar 91 peratus kerusi Parlimen BN berulang, tapi Abdullah tetap bercita-cita besar untuk mengukir legasi mengatasi mana-mana Presiden Umno yang terdahulu.

Semua pihak akui bahawa pengaruh media dalam pilihan raya cukup besar (Pemimpin pembangkang harus menterjemahkannya dalam bentuk menawarkan media alternatif dan pengedarannya yang cekap). Namun ia tidak bermula sebaik Parlimen, Dun dibubar. Umno-BN sudah menyumbatkan pemikiran karut-marut tentang pembangkang sejak sekian lama. Ia diulang-ulang hingga menjadi ratib harian terutama kepada pengundi Melayu di kampung-kampung.

Media tradisi seperti akhbar, radio, tv tentu tidak terlawan. Namun, rakyat bukan bodoh untuk mengunyah apa saja yang disogok. Intan dan kaca dapat dibezakan. Masyarakat yang kian terdedah dan terdidik, serta pembentukan kelas menengah yang tambah membesar menyebabkan Umno tidak mudah lagi memperbodohkan rakyat.

Yang pasti, ego Umno-BN wajar ditamatkan. Kemenangan besar BN 2004 hanya mengundang padah dan celaka buat rakyat. Pemerintah cukup sombong-takbur kerana merasakan tiada lagi suara pembangkang yang berkesan untuk menegur dan mengkritik di Parlimen dan sidang Dun.

Abdullah pula hanya mahu mendengar puja-puji melangit dan cukup berang apabila telatah anak menantunya didedahkan. Di depan umum beliau nampak merendah diri, "tegurlah saya, jangan membodek, beritahulah perkara yang benar walaupun pahit". Namun segalanya dusta dan bohong semata. Beliau berselindung di sebalik imej agama untuk terus meraih simpati.

Justeru, siri makalah khas bertajuk Kempen diterbitkan untuk mengisi kekosongan ini. Kami mensasarkan ruang kosong 15 hari di antara penerbitan Harakah untuk menyelitkannya. Dengan tenaga kerja yang sama di Harakah, kami cuba berperanan menawarkan berita alternatif di tengah kerancakan media rasmi berpesta. Kami percaya, jika maklumat yang benar sampai ke tangan pengundi, ia boleh membantu mereka membuat keputusan lebih matang.

Rakyat begitu dahagakan berita sahih. Mereka mahu informasi seimbang. Mereka mahu tahu apa kata BN, apa bicara PAS, apa telahan KeADILan, dan apa pandangan DAP. Bukankah semua parti-parti itu, termasuk calon Bebas mungkin, mahu menawarkan khidmat buat rakyat? Pengundi perlu pengetahuan sebelum memutuskan pendirian. Soalnya, dari mana maklumat dan analisis dapat diperolehi jika media arus perdana dibolot hanya satu kumpulan?

Lihat saja liputan tentang isu negara berkebajikan PAS. Semuanya buruk, dan dilabel angan-angan mat jenin. Jangan harap media sediakan ruang untuk pemimpin PAS jelaskan segala tohmahan. Hanya yang busuk dan jelik disiarkan.

Malaysia boleh bankrap, kata Timbalan Perdana Menteri, jika PAS melaksanakan konsep negara berkebajikan seperti ditawarkannya. Sedangkan kita semua maklum bahawa Malaysia, negara tercinta ini cukup kaya untuk menampung kepentingan dan menjamin kesejahteraan rakyatnya. Malaysia dikurniakan Ilahi anugerah bumi yang berharga, kedudukannya yang strategik dan iklim politik yang stabil.

Ingat: Politik Malaysia stabil kerana kesediaan pembangkang sejak merdeka untuk patuh menerima setiap kali pilihan raya meskipun akhir-akhir ia dicemari pelbagai insiden penipuan yang menjolok mata.

(Yang akan bankrap apabila negara berkebajikan PAS dilaksanakan adalah pemimpin Umno-BN yang korup itu, walhal rakyat seluruhnya bakal menikmati secara lebih merata khazanah negara).

Sayang, pemimpin BN cukup membazir, rasuah, korup, memperkayakan diri dan kroni, dan menimbun harta untuk kemewahan diri dan sibuk membeli undi demi survival kuasa. Khazanah negara dibolot semahunya untuk mempertahankan pemerintahan korup. Rasuah sememangnya memakan korban yang bukan sedikit meskipun kesannya mungkin dapat disembunyikan hari ini tetapi ia membarah dalam senyap, dan akhirnya boleh memusnahkan negara untuk tempoh beberapa generasi lamanya.

Saya mempunyai banyak maklumat bagaimana khazanah kekayaan kita diagihkan sesama suku-sakat Umno-BN. Projek kerajaan berbilion ringgit dibahagikan macam "harta mak-bapak" sendiri, tanpa rundingan terbuka dan harganya dinaikkan berkali lipat. Ada projek baiki sekolah bernilai RM200,000, tetapi yang dapat kepada kontraktor hanya RM70,000, manakala RM130,000 lagi difaraidkan sesama pemimpin Umno. Itu projek RM200,000, bagaimana dengan projek RM2,000,000,000 (RM2 bilion)?

Masalahnya, segala kebusukan itu ditutup rapat oleh media dan pelbagai sekatan akta, misalnya OSA. Kempen cuba menyelongkar rahsia yang cuba ditutup, fakta yang diseleweng dan maklumat yang dipendamkan. Anda juga mungkin ada info menarik, marilah kita berkongsi sama. Dan jangan lupa sebar-luaskan Kempen. Jumpa lagi.

- Tulisan ini adalah Catatan Hujung Ahmad Lutfi dalam Kempen1, akhbar percuma 8 halaman, terbitan Jabatan Penerangan PAS Pusat.

Jan 5, 2008

Siapa tokoh wanita yang bermukah di luar negara?

Harakahdaily

Pokoknya, beliau tiada kesungguhan dan azam yang kental bagi melakukan pembersihan. Atau, mungkinkah beliau tidak cukup kuat untuk membersih?

Bagi Soi Lek, ini mungkin pengakuan ikhlas saat egonya telah ditebas dan dihakis habis oleh media. Aksinya yang ditelanjangkan media membenihkan dendam di dada Soi Lek. Apa salahnya jika Soi Lek dedahkan siapa menteri lain yang menyimpan mistress?

Atau, mungkin ada juga tokoh pemimpin wanita negara yang menyimpan teman lelaki tempatan di mana, sesekali 'si dia' itu diajak berasmaradana di luar negara?

Berapakah bayaran Soi Lek ke atas mistress? Setinggi-tinggi bayaran mungkin mencecah angka sekitar RM10,000 untuk sebulan atau sekali service. Wang itu mungkin juga elaun beliau selama ini. Itu duit rakyat yang mengupahnya. Ini satu kemungkinan.

"Lelaki ini ketua samseng India di Johor. Tokoh pimpinan wanita negara ini akan menghubunginya kalau ada kerja di luar negara," kata seorang pesara yang ingin dikenali sebagai Long Hassan.

Long Hassan (samaran), 60, berkata tokoh pimpinan wanita negara itu akan memasukkan sejumlah wang yang besar ke dalam akaun bank lelaki itu yang lebih dikenali sebagai 'Mr GD' sebelum menghadiri mesyuarat di luar negara.

Tidak mustahil tokoh wanita itu pun terlibat dengan gejala yang sama dengan teman lelaki gelap. Perihal kewujudan gigolo (teman lelaki simpanan oleh wanita kelas atasan) pernah tercatat di dalam al-Qur'an sendiri.

"... Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan dan bukan perempuan-perempuan lacur, serta bukan pula (wanita) yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan ..." - (maksud surah an-Nisa': 25)

|more...|

Posting terkini

Blog Archive