Suarakeadilan | Parlimen, 10 Julai (SK) – Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek bertindak menyerang Harakah dengan menyifatkan akhbar itu sebagai tidak profesional.
Shabery membuat kenyataan itu dalam jawapannya kepada soalan tambahan Ahmad Kassim (KeADILan-Kuala Kedah) berhubung soal mengadakan siaran langsung program debat di RTM.
Menteri itu menjawab bahawa RTM baru-baru ini telah mengadakan program debat secara langsung dengan menjemput Sallehudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berdebat bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahril Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.
Walaubagaimanapun jelas Shabery wartawan Harakah yang turut dijemput bagi menanyakan soalan berhubung isu itu tidak hadir.
“Wartawan yang dijemput untuk bertanya ialah daripada Harakah. Tapi satu jam sebelum itu Harakah tak datang, wakil pun tak hantar. Jadi dalam soal ini yang tak profesionalnya Harakah dan bukan RTM (Radio Televisyen Malaysia)” kritik Shabery.
Jul 10, 2008
Harakah tak professional - Shabery
Labels: Belit Shabery Cheek, Harakah, Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Apr 17, 2008
Satu lagi ingatan buat Shabery Cheek
Oleh Ketua Perusuh
Detikdaily - Seronok juga bila mana membaca petikan berita dari media aliran perdana (MSM) seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Seronok kerana kita boleh lihat arah mana teknik pemberitaan media ini dijuruskan.
Biasanya teknik pemberitaan media aliran perdana lebih menjurus kepada bodek dan ampu dalam setiap berita yang disiarkan. Semua bodek dan ampu ini hanyalah kepada Kerajaan Barisan Nasional (terutamanya parti UMNO) dan yang berkaitan dengannya.
Media aliran perdana kini nampaknya tergugat dengan kemunculan terlalu banyak media alternatif. Malah langganan, jualan serta rating media aliran perdana agak tergugat disebabkan oleh media alternatif. Umum mengetahui bahawa media alternatif tidak dibatasi dengan kekangan politik mahupun sosial, namun hampir kesemua media alternatif bertanggungjawab atas setiap berita yang diwarwarkan.
Menteri Penerangan yang baru (Ahmad Shabery Cheek) menegaskan bahawa media alternatif seperti blog dan portal perlu lebih bertanggungjawab dan mereka tidak kebal daripada tindakan undang-undang. Beliau berkata sungguhpun orang ramai ada hak untuk menulis apa sahaja secara dalam talian seperti penulis blog, kerajaan juga ada hak untuk membela orang lain daripada penulisan yang tidak benar dan memfitnah. more...
Labels: Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 15, 2008
Shabery ugut blogger
Bernama - Orang ramai tidak boleh beranggapan bahawa media alternatif kebal daripada tindakan undang-undang, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Selasa.
Beliau berkata sungguhpun orang ramai ada hak untuk menulis apa sahaja secara dalam talian seperti penulis blog, kerajaan juga ada hak untuk membela orang lain daripada penulisan yang tidak benar dan memfitnah.
"Orang anggap media alternatif boleh lakukan apa sahaja. Ini tidak benar. Baru-baru ini ada kes terhadap sesetengah penulis blog ini.
"Walaupun hak menulis apa sahaja ada pada semua, kita juga masih ada hak mempertahankan orang yang dimalukan dengan kata-kata yang tidak betul," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fellowship Kewartawanan Antarabangsa Pertama yang dianjurkan Institut Akhbar Malaysia (MPI) di University Malaya (UM) di sini.
Beliau menambah bahawa dengan adanya teknologi hari ini, forensik siber boleh dikesan dan dikenalpasti penulis atau yang memfitnah dalam talian walaupun mereka menggunakan Internet atau nama lain sebagai pelindung.
Mengenai media alternatif lebih popular di kalangan orang ramai yang ragu-ragu berbanding dengan media tradisi seperti surat khabar dan televisyen, Shabery berkata media tradisi hendaklah membina reputasi dan kredibiliti mereka.
"Pada hakikatnya ialah reputasi dan kredibiliti. Jika anda ada itu dan anda melaporkan berdasarkan kebenaran, hakikatnya orang ramai akan terus membaca artikel anda. Ini adalah cabaran baru untuk surat khabar dan bagi sebarang bentuk media yang ada," kata beliau. more...
Labels: Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 13, 2008
Isu Selangor FM: Shabery tiada beza dengan Zam
klpos - Sejajar dengan perlantikan Shabery Cheek menjadi menteri orang ramai juga menanti mahu melihat sejauh mana Shabery dapat memperbaiki keadaan RTM dan ia menjadi saluran yang positif untuk membina minda rakyat sesuai dengan fungsinya penyampai maklumat.
Bagaimana pun harapan demikian nampaknya tidak akan kesampaian. Shabery seperti juga menteri-menteri penerangan sebelum ini masih berpegang kepada pandangan dan sikap lama iaini terkokong dan berlegar dalam 'genak' usang terus menjadikan RTM sebagai perkakas kerajaan sahaja.
Reaksinya untuk mengarahkan Radio Selangor FM Selangor supaya berpindah dari bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam menjelaskan sikap jumud Shabery yang diwarisi dari menteri-menteri penerangan yang lampau.
Beliau sepatutnya tidak bersikap bengis begitu dan perlu waras serta bersedia memenuhi permintaan Menteri Besar Selangor yang inginkan Radio Selangor FM turut sama menyiarakan maklumat dan aktiviti kerajaan Selangor. more...
Labels: Belit media, Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
SHABERY CHEEK DAH MULA TUNJUK TARING
Bharian - Radio Selangor.Fm kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diberikan kata dua oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sama ada memberikan slot satu jam seminggu kepada kerajaan negeri atau dihalau dari pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan berpindah secepat mungkin.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementerian itu tidak akan tunduk dengan ancaman seperti itu.
Beliau berkata, ugutan Menteri Besar itu jelas menggambarkan beliau kemaruk kuasa sekali gus menyulitkan dan menjejaskan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan.
"Bagi saya isu ini bukan sejam atau dua jam masa siaran, tetapi ia menggambarkan Menteri Besar kemaruk kuasa kerana sudah lama mengidamkan tempat itu dengan berasakan sesiapa yang ada dalam bangunan itu mesti patuh kehendaknya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis perkahwinan anak sulung bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Mohd Najib dengan pasangannya Syarifah Madehah Syed Alwy di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.
"Macam hari ini apabila dia ada kuasa dia menggunakan RM100 juta untuk babi, maka dia tunjukkan dengan menghalau keluar mana-mana agensi kerajaan Persekutuan dari bangunan itu, yang bukan dibina atas hasil usahanya," katanya.
Kelmarin, Abdul Khalid dilaporkan memberi amaran kepada Selangor.Fm sama ada memenuhi permintaan kerajaan negeri untuk ke udara satu jam seminggu atau berpindah dari pusat pentadbiraan kerajaan negeri di bangunan itu.
Beliau berkata, amaran itu diberikan selepas pengurusan Selangor.Fm gagal memberi jawapan terhadap permintaan itu untuk menerangkan program kerajaan negeri walaupun pertemuan sudah diadakan dua minggu lalu.
Ahmad Shabery bagaimanapun memberi jaminan kepada pendengar radio Selangor.Fm tindakan keluar dari bangunan itu tidak menjejaskan operasi stesen berkenaan kerana kementerian akan mencari tempat sesuai bagi membolehkan beroperasi seperti biasa.
"Bukan soal bagi atau tidak (ke udara satu jam seminggu) kerana negeri lain pun tidak ada syarat sebegitu. Prinsip kita jelas iaitu sekiranya ada nilai berita, apa salahnya satu jam, dua jam atau tiga jam, kita tidak ada masalah untuk memberi slot," katanya. "Masalah sekarang ialah membabitkan soal kuasa iaitu 'kamu tak ikut kami, kamu kena keluar'. Apakah kita perlu tunduk kepada tekanan dan ugutan macam ini?
"Jadi, saya bagi jaminan Selangor.Fm akan beroperasi seperti biasa walaupun bukan lagi di tempat biasa. Saya akan pastikan radio ini akan menghampiri dan memenangi hati setiap rakyat Selangor," katanya.
No2umnO - Selangor FM? Minta maaf la.....wak tak pernah dengar. Kepada Warga kerja nya....Jangan jadi BARUA KERAJAAN. Sedar sedar la.... Shabbery ni memang dari dulu. Aku suka kalau menteri jadi macam Zam dan Shabery ni, biar rakyat tengok muka dan perangai.
Labels: Belit media, Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mar 21, 2008
Shabery Nak Jumpa BERUK BERUK?
Shabery Jumpa Penulis Blog Berhubung Peranan 'bina Negara'
bernama.com
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.
Beliau berkata Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.
"Contohnya ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lepas. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.
"Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini hari ini.
Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu pada Selasa lepas ekoran pilihan raya 8 Mac, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain.
"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan. Mereka menjadi saluran terus untuk rakyat menyampaikan pandangan walaupun kadang kala cara penyampaian mereka negatif," katanya.
Ahmad Shabery berkata kewujudan pelbagai laman blog akhir-akhir ini sebagai alat untuk menyalur pandangan peribadi, seakan-akan terlepas pandang oleh sesetengah pihak.
"Setiap orang sudah ada kebebasan untuk menjadikan ia (laman blog) sebagai pusat penyebaran maklumat. Kita terlepas pandang dengan peranan yang dimainkan mereka, untuk memahami perasaan mereka secara langsung," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.
Ditanya pendekatan yang akan diambil beliau untuk bertemu penulis blog yang sangat ramai, Ahmad Shabery berkata beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk mengaturkan pertemuan dengan mereka secepat mungkin.
"Kita cuba dulu jumpa mereka secara berperingkat-peringkat. Mungkin mereka akan dipanggil melalui iklan atau tempat-tempat yang sesuai. Kami akan cuba mengenal pasti bagaimana untuk berjumpa," kata Ahmad Shabery.
Ahmad Shabery juga berkata semua dasar lama kementerian itu akan diteruskan dan tiada perubahan besar yang akan dilakukan daripada segi kepimpinan dan beberapa perkara lain.
"Kita mahu lihat kementerian ini dan segala atau peralatan yang kita ada akan menjadi ejen kepada pembaharuan ..ejen kepada perubahan yang dikehendaki oleh pucuk kepimpinan kita.
"Jadi kita sama sekali tidak mahu dilihat supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sebagainya sebagai enggan membuat perubahan," katanya.
Ahmad Shabery berkata Kementerian Penerangan dan agensi-agensinya seperti RTM, Jabatan Penyiaran dan Bernama memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menyediakan pemikiran rakyat untuk memahami asas-asas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya sedar peranan dua hala yang perlu kami mainkan. Kita adalah ejen perubahan. "Kita percaya (kepada) pendekatan yang selama ini ditunjukkan oleh kepimpinan PM yang mahu melihat bahawa negara ini lebih terbuka dan sistem kerajaan lebih telus dan lebih berintegriti," katanya.
----
Labels: Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Mar 20, 2008
Ahmad Shabery Cheek yang saya kenal

"Menyesal sungguh ana kahwin lewat. Kalaulah ana tahu seronoknya kahwin, dari tahun satu lagi ana kahwin."
Shabery dengan Kak Pah telah kahwin semasa cuti penggal tahun dua untuk masuk tahun tiga (tahun akhir pengajiannya di UM).

Labels: Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sabri Chik: Selamat Datang ke Medan Tempur Media Alternative
tranungkite
"Saya mendengar seharian analisa pru12 di Tv dan membaca di akhbar dan nampaknya UMNO dan BN mengakui bahawa salah satu sebab kekalahan mereka ialah kerana kelemahan jentera mereka menghadapi kehebatan media alternative di internet. UMNO telah memberi tugas kepada Sabri Chik untuk menghadapi semua 'ancaman' ini untuk UMNO menang kembali PRU13. Kita mahu berkata kepada Sabri Chik' Welcome to the world of war on truth' dan kita harap Sabri lebih menjadi catalyst kepada 'democratisation of info 'bukannya inhibitor atau penghalang.
PRU 12 telah berlaku dan satu Tsunami politik meletus di seluruh Malaysia terutama di pantai barat yang lebih assesible kepada info dari internet dan persekitaran yang lebih kondusif kepada pembahasan intellectual. Di Pantai Timur oleh kerana internet penetration tidak meluas dan ramai yang tidak berupaya melanggan 24 hr service streamyx, hanya dikalangan pengudi muda yang berlaku tsunami politik . Pengundi disaluran satu yang terpaku kepada tv propaganda UMNO yang meloyakan tidak mengalami gelombang ini.
Semua pakar analisa politik meletakkan faktor kos hidup, koruption, jenayah dan semua mereka tidak ketinggalan meletakkan media alternative yang menjadi penyebab UMNO dan BN merudum dan hampir hampir hilang terpelanting keluar dari dunia politik Malaysia. UMNO mesti ingat itu baru stage pertama kebangkitan media alternative dan kita tidak tahu apakah jenis teknologi masa hadapan yang akan memumkinkan berbagai inovasi yang tidak terfikir oleh umno untuk di hadapi. Ini adalah sihat kerana dengan teknologi UMNO tidak lagi boleh memonopoli media dan maklumat.
Bagi UMNO mengkaji kekalahan bukannya bertujuan mencari kebenaran atau kegagalan emlaksana amamanh . Mereka lebtetapi lebih kepada kegagalan meneka dan menhancurkan kekuatan partiih melihat kegagalan pru12 sebagai kegagalan mereka menangani pihak lawan yang mengancam kejayaan umno dalam pilihanraya. UMNO sebenarnya parti yang buta mata dan hati dan tidak boleh memahami haq dan bathil. Apabila tidak dilantik calun, exco, mb atau menteri makan mereka akan letak jawatan dan mengugut parti mereka sendiri. Apabila di beri jutaan ringgit baru mereka akur. Ini menyerupai parti serigala yang memburu dalam kumpulan. Sebab itu lah tiada 'keberkatan' dalam jentera penerangan umno samaada melalui media tv atau pun internet. Bila TV tidak berkat , orang menyampah melihatnya kerana tidak ada Nur yang terpacar dari programme nya. Tidak ada ilmu yang dapa di manafaati. Tidak ada kesedaran yang dapat di rasai. Tidak ada kejernihan pemikiran yang dapat mengalir .
Tidak di nafikan UMNO mempunyai website sendiri untuk menyaingi media alternative melalui internet namun oleh kerana orang telah meluat dengan propaganda umno dan tidak percaya maklumat dalam web site umno maka website itu tinggal menjadi web cob bukan website.
Sabri Chik adalah seorang aktivis pelajar dahulu dan beliau dahulunya adalah orang PAS dan aktivis PAS. Tetapi kesempitan hidup telah menjadikannya oppotunist politik yang sanggup bekerja untuk sesiapa kalau ongkos nya bagus. Hubungan nya dengan tengku Razali Hamzah telah membawanya kepada UMNO dan oleh kerana hebatnya dia memuji Pak Lah dalam satu mesyuarat agong UMNO maka Sabri menjadi s/u parliment dan akhirnya Menteri Penerangan Malaysia.
Saya mengalukan pelantikan Sabri Chik sebagai Menteri Penerangan Malaysia. Saya berharap beliau dapat balik ke konsep asal penerangan negara iaitu menjadikan kementerian penerangan sebuah kementerian yang menjadi platform untuk dialog rakyat dengan pemerintah dalam suasana yang lebih bebas selamat ceria dan berkesan. Buat masa ini TV dan sistem penerangan kerajaan Malaysia telah menjadi sistem propaganda UMNO dan ini telah meloyakan semua rakyat Malaysia. Di tambah pula TV 1 yang murung setiap masa akibat terlalu banyak warna biru pada setiap paparan untuk tujuan men'induce' rakyat supaya sentiasa mengingat warna BN itu. Jika Sabri Chik terus mengikut perangai lama Zainudin Maidin atau Mat rahmat makan boleh di katakan Menteri Penerangan ini akan tidak relevan dalam masa yang singkat saperti tidak relevannya TV di bawah menteri menteri terdahulu.
Temuramah Sabri Chik dalam you tube berkaitan media alternative dan blogger amat memerangsangkan. Nampaknya sabri bersikpa positive kepada freedom of speech dan expression namun masa akan menentukan samaada perkataan itu menjadi kenyataan. Kita berharap Sabri Chik akan membuat satu reformasi drastik di kementerian penerangan supaya kementerian ini menyemarakkan kebebasan bertukar maklumat dan komunikasi di kalangan rakyat untuk meraikan ' democratisation of info'.
Sebenarnya kebebesan untuk mendapatkan maklumat merupakan basic right of human being termasuk rakyat Malaysia. Menyekat kebebasan ini bermakna menyekat fitrah manusia yang berkehendakkan maklumat. Kita mengharapkan Kementerian penerangan katalyst kepada proses pembelajaran seumur hidup rakyat Malaysia bukan nya alat propaganda zaman communist dan fascist saperti berlaku pada post 2nd world war. Jika kementerian penerangan menjadi 'mind numbing ' bukannya 'mind nurturing' maka blogger dan penggiat media alternative akan datang sebagai savior atau penyelamat kepada rakyat untuk memberi mereka hak mereka iaitu ' honest and truthful info' yang akhirnya akan menukar terus politik Malaysia di PRU13. Kita boleh katakan bahawa media alternative sekarang adalah 'a force to be reckon with'dan Sabri Chik jangan membuat sebarang foolish statement atau gerak sumbang yang akhir nya akan merugikan semua pihak.
Inshaallah sama samalah kita jadi penerangan sebagai perkara yang menjadi fardhiyah dan amal soleh .Jadilah aktiviti menyampaikan kebenaran sebagai amanah dan berbohong pula adalah khianat. Kita menyeru agar Sabri Chik tidak lagi buta dan pekak kepada kebenaran kerana manusia buta dan pekak kepada kebenaran adalah lebih teruk dari al an'am. Selamat bertugas untuk kebenaran dan keadilan.
"
Labels: Saberi Chik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments