KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 13, 2008

SHABERY CHEEK DAH MULA TUNJUK TARING

Bharian - Radio Selangor.Fm kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diberikan kata dua oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sama ada memberikan slot satu jam seminggu kepada kerajaan negeri atau dihalau dari pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan berpindah secepat mungkin.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementerian itu tidak akan tunduk dengan ancaman seperti itu.

Beliau berkata, ugutan Menteri Besar itu jelas menggambarkan beliau kemaruk kuasa sekali gus menyulitkan dan menjejaskan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan.

"Bagi saya isu ini bukan sejam atau dua jam masa siaran, tetapi ia menggambarkan Menteri Besar kemaruk kuasa kerana sudah lama mengidamkan tempat itu dengan berasakan sesiapa yang ada dalam bangunan itu mesti patuh kehendaknya.

"Macam hari ini apabila dia ada kuasa dia menggunakan RM100 juta untuk babi, maka dia tunjukkan dengan menghalau keluar mana-mana agensi kerajaan Persekutuan dari bangunan itu, yang bukan dibina atas hasil usahanya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis perkahwinan anak sulung bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Mohd Najib dengan pasangannya Syarifah Madehah Syed Alwy di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.

Kelmarin, Abdul Khalid dilaporkan memberi amaran kepada Selangor.Fm sama ada memenuhi permintaan kerajaan negeri untuk ke udara satu jam seminggu atau berpindah dari pusat pentadbiraan kerajaan negeri di bangunan itu.

Beliau berkata, amaran itu diberikan selepas pengurusan Selangor.Fm gagal memberi jawapan terhadap permintaan itu untuk menerangkan program kerajaan negeri walaupun pertemuan sudah diadakan dua minggu lalu.

Ahmad Shabery bagaimanapun memberi jaminan kepada pendengar radio Selangor.Fm tindakan keluar dari bangunan itu tidak menjejaskan operasi stesen berkenaan kerana kementerian akan mencari tempat sesuai bagi membolehkan beroperasi seperti biasa.

"Bukan soal bagi atau tidak (ke udara satu jam seminggu) kerana negeri lain pun tidak ada syarat sebegitu. Prinsip kita jelas iaitu sekiranya ada nilai berita, apa salahnya satu jam, dua jam atau tiga jam, kita tidak ada masalah untuk memberi slot," katanya. "Masalah sekarang ialah membabitkan soal kuasa iaitu 'kamu tak ikut kami, kamu kena keluar'. Apakah kita perlu tunduk kepada tekanan dan ugutan macam ini?

"Jadi, saya bagi jaminan Selangor.Fm akan beroperasi seperti biasa walaupun bukan lagi di tempat biasa. Saya akan pastikan radio ini akan menghampiri dan memenangi hati setiap rakyat Selangor," katanya.

No2umnO - Selangor FM? Minta maaf la.....wak tak pernah dengar. Kepada Warga kerja nya....Jangan jadi BARUA KERAJAAN. Sedar sedar la.... Shabbery ni memang dari dulu. Aku suka kalau menteri jadi macam Zam dan Shabery ni, biar rakyat tengok muka dan perangai.

1 comments:

mangchikla said...

Silap stratergy. Dgn memberi laluan kepada TS K, menunjukkan sikap terbuka dan merendah diri dan ini memberi keuntungan kepada beliau. Malag, "ego" mengatasi.

Posting terkini

Blog Archive