KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

Shabery Nak Jumpa BERUK BERUK?


Shabery Jumpa Penulis Blog Berhubung Peranan 'bina Negara'
bernama.com

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

Beliau berkata Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

"Contohnya ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lepas. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.

"Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini hari ini.


Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu pada Selasa lepas ekoran pilihan raya 8 Mac, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain.

"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan. Mereka menjadi saluran terus untuk rakyat menyampaikan pandangan walaupun kadang kala cara penyampaian mereka negatif," katanya.

Ahmad Shabery berkata kewujudan pelbagai laman blog akhir-akhir ini sebagai alat untuk menyalur pandangan peribadi, seakan-akan terlepas pandang oleh sesetengah pihak.

"Setiap orang sudah ada kebebasan untuk menjadikan ia (laman blog) sebagai pusat penyebaran maklumat. Kita terlepas pandang dengan peranan yang dimainkan mereka, untuk memahami perasaan mereka secara langsung," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.


Ditanya pendekatan yang akan diambil beliau untuk bertemu penulis blog yang sangat ramai, Ahmad Shabery berkata beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk mengaturkan pertemuan dengan mereka secepat mungkin.

"Kita cuba dulu jumpa mereka secara berperingkat-peringkat. Mungkin mereka akan dipanggil melalui iklan atau tempat-tempat yang sesuai. Kami akan cuba mengenal pasti bagaimana untuk berjumpa," kata Ahmad Shabery.

Ahmad Shabery juga berkata semua dasar lama kementerian itu akan diteruskan dan tiada perubahan besar yang akan dilakukan daripada segi kepimpinan dan beberapa perkara lain.

"Kita mahu lihat kementerian ini dan segala atau peralatan yang kita ada akan menjadi ejen kepada pembaharuan ..ejen kepada perubahan yang dikehendaki oleh pucuk kepimpinan kita.

"Jadi kita sama sekali tidak mahu dilihat supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sebagainya sebagai enggan membuat perubahan," katanya.

Ahmad Shabery berkata Kementerian Penerangan dan agensi-agensinya seperti RTM, Jabatan Penyiaran dan Bernama memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menyediakan pemikiran rakyat untuk memahami asas-asas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya sedar peranan dua hala yang perlu kami mainkan. Kita adalah ejen perubahan. "Kita percaya (kepada) pendekatan yang selama ini ditunjukkan oleh kepimpinan PM yang mahu melihat bahawa negara ini lebih terbuka dan sistem kerajaan lebih telus dan lebih berintegriti," katanya.
----

2 comments:

Anonymous said...

a,ah yela tuh nak jumpe lepas tu ko ban dorg...bg 1000 mcm syarat....atau pon ko nk kenal muke2 bloggers senang ko cantas & ugut?......hai bila la kapal tuh nk karam? mual aku tgk muka2 nih!!!

Anonymous said...

dah kenal boleh ISA kan...kan..

Posting terkini

Blog Archive