KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’ untuk UMNO

bigdogdotcom.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

dscn4178.jpg
Beliau masih lagi emnegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.

Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”

Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau member tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.

Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘merdehaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka.

Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.

‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO. Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlid Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekerina Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive