KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

Sanggahtoksago.Com Kini Dilawati Lebih 100,000 Pengunjung!


Tarmizi Mohd Jam (memakai vest) kini terus konsisten mengendalikan
blog Sanggahtoksago.Com yang mampu seiring bloggers lain merancakkan
kemaraan media alternatif di negara ini! Gambar: Beliau menggerakkan
sanggahan bersama Haji Mohd Noor Mohd dan Dr. Lo Lo Ghazali terhadap
Menteri Penerangan dengan menghantar nota bantahan kepada RTM sewaktu
kempen pilihan raya ke 12 lalu..

sanggahtoksago.com
TAHNIAH diucapkan kepada para pengunjung setia Sanggahtoksago.Com yang telah mendokong dan menyokong blog kerdil ini sehingga pada 19 Mac 2008, kira-kira jam 8.10 minit malam, blog ini telah mencatat angka pelawat yang ke 100,000.

Peningkatan mendadak hit ini dapat dikesan sejak Januari 2008. Sanggahtoksago.Com diterbitkan pada 18 Ogos 2007 kira-kira lima bulan sebelum kesesakan jumlah pengunjung awal Januari tahun ini.

Sebaik pembubaran Dewan Rakyat pada 13 Februari 2008, hit visitor bertambah berkali ganda sebagai bukti media alternatif seperti blog menjadi daya tarikan dan daya kepercayaan rakyat mendapatkan maklumat dan komentar terkini berkenaan politik Malaysia.

Ia juga sebagai suatu pengiktirafan rakyat Malaysia terhadap kewujudan dan sumbangan Sanggahtoksago.Com dalam mengembangkan perubahan dan membekalkan maklumat.

Pada Selasa, 26 Februari 2008 saya sempat mencatat pengunjung yang ke 50,000 untuk Sanggahtoksago.Com.

Saya amat berterima kasih kepada rakan saya, Ibrahim Awang dalam mengajar saya membina blog ini setelah terpengaruh dengan Dr. Mohd Hasyim yang telah lama memulai Blog Ibnuhasyim.Com dan Ahmad Lutfi Othman yang mengendalikan Detikdaily.Com.

Keyakinan saya makin meluap-luap apabila Sanggahtoksago.Com terus dikunjungi hingga dua ke tiga ribu sehari pengunjung sejak pembubaran Dewan Rakyat dan Insya-Allah saya akan terus konsisten mengendalikan blog ini demi perjuangan Islam yang tanpa sempadan dan untuk kesejahteraan rakyat!

Insya-Allah juga, saya akan menambah nilai paparan dan lanskap blog ini terutama pada maskhead agar lebih segar bugar, kreatif dan menyihatkan mata, dengan mempopularkan tema dan slogan baru Sanggah Tok Sago - Menyanggah Untuk Perubahan!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive