KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

DARI SKANDAL KE RASUAH DAN KINI KE KABINET

marhaen.

MUHAMMAD MUHD TAIB:
DARIPADA SKANDAL, KE RASUAH DAN KINI KE KABINET


Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (PM Yang Dituntut Berundur) telah membentuk kabinet barunya yang dipenuhi dengan warna-warni perpecahan dalaman UMNO yang serious akibat kekalahan besar [pertama kali dalam sejarah tidak dapat majoriti 2/3 di Parlimen], lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya lalu. Dalam barisan kabinet baru yang diumumkan itu, enam menteri digugurkan termasuk Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor [kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baru]masing-masing memegang portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Pelancongan. Dua tokoh daripada Perlis, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad [Hal Ehwal Dalam Negeri] dan Datuk Azmi Khalid [Sumber Asli dan Alam Sekitar] turut digugurkan. Datuk Jamaluddin Jarjis [Sains, Teknologi dan Inovasi] dan Datuk Fong Chan Onn [Sumber Manusia] juga digugurkan.

Rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO yang menang dalam pilihan raya lepas telah digugurkan atau tidak dilantik ke dalam kabinet baru itu, sebaliknya Abdullah mengambil mereka yang tidak bertanding melalui jalan belakang ‘pelantikan Senator’ sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Ketidakpuasan hati ini ditunjukkan secara terang-terangan oleh Wanita UMNO, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Dato’ Seri Rafidah Aziz [pada mulanya bercadang untuk meletakkan Ketua Wanita, tetapi tidak jadi], Ahli Parlimen Kangar Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, masing-masing menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Abdullah. Tengku Azlan, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar dan Anifah, Timbalan Menteri Pengangkutan dengan alasan mereka sepatutnya dilantik sebagai Menteri penuh. Sebaliknya, Abdullah melantik tiga orang Senator baru Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Amirsham A. Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kedudukan Abdullah kini seperti duduk di bara api yang sangat panas. Beliau diasak bertubi-tubi dari segenap sudut supaya berundur. Beliau tidak dihormati oleh Sultan dan Raja-raja [isu pelantikan MB di Perlis dan Terengganu contohnya], apatah lagi di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta kerabatnya dalam BN sendiri. Tahun ini, UMNO akan melalui proses pemilihan sekali lagi. Perebutan jawatan dalam UMNO akan mengucar-kacirkan perpaduan dan kita berdoa semoga UMNO menjadi bertambah lemah. Tengku Razaleigh Hamzah [Ku Li] telah menulis surat kepada semua 193 Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara untuk memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan kedudukan politik UMNO masa kini. Ku Li awal-awal lagi [tidak seperti selalunya yang melewat-lewatkan pengumuman pertandingan jawatan dalam UMNO] menawarkan diri untuk merebut kerusi Presiden daripada tangan Abdullah. Adalah dijangkakan [amalan biasa UMNO] perebutan jawatan No 1 dan 2 dicadangkan oleh para perwakilan supaya tidak dipertandingkan.

Apa yang menarik minat saya ialah jawapan Abdullah terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh para wartawan. Abdullah menjelaskan bahawa semua barisan kabinetnya bebas daripada tuduhan mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Katanya, beliau telah mendapatkan maklumat terkini daripada Badan Pencegah Rasuah [BPR] mengenai latar belakang semua anggota Kabinet yang diumumkannya itu. Bertambah geli hati lagi apabila Abdullah merayu semua barisan kabinetnya senantiasa menjaga nilai-nilai moral dan akhlak supaya ia dipandang mulia oleh rakyat.

Nampaknya, Abdullah masih lagi tidur dan tidak peka seperti masa-masa yang lalu. Kabinet baru itu juga menyaksikan Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seluruh rakyat sudah tahu dan sering memperkatakan mengenai peribadi yang dimiliki oleh Muhammad sangat buruk. Media termasuk akhbar-akhbar arus perdana ketika hendak menjatuhkan beliau daripada jawatan MB Selangor dan Naib Presiden UMNO 11 tahun lalu telah melaporkan perangai buruk Muhammad ini secara meluas] dan ketika kita di ambang PRU ke-12 lepas sekali lagi peribadi buruknya diulang tayang oleh media terutamanya media internet telah mendedahkan lebih detail dan secara lebih meluas lagi. Muhammad masih lagi berbau kebusukannya. Kebusukan Muhammad masih belum hilang lagi. Skandal, rasuah dan perolehan harta yang melebihi daripada kadar sepatutnya masih di bahu Muhammad Muhd Taib dan kerendahan moralnya sepatutnya MENIDAKKAN BELIAU DARIPADA KELAYAKAN MENJAWAT MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive