KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts

Sep 18, 2008

Muhyiddin Beri Penjelasan Pada MT Hari Ini

bernama | Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung kenyataan beliau mengenai pelan peralihan kuasa yang dikatakan agak lama.

Mesyuarat MT Umno, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerima penjelasan Muhyiddin itu.

"Saya ambil kesempatan (dalam MT Umno hari ini) untuk memberitahu tentang kenyataan saya di Singapura dan kenyataan saya tentang parti sejak dulu. Saya jelaskan dan nampak tidak ada apa-apa perbahasan kerana saya jelaskan kenyataan ini adalah dengan niat baik untuk perbetulkan parti," kata Muhyiddin semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno di sini.

"Nampaknya Alhamdulillah... Presiden menerima dan tidak ada rakan-rakan saya yang mengkritik (penjelasan) biarpun sebelum ini ada yang kata macam-macam hal. Saya rasa syukur," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata saranan beliau sebelum ini yang meminta Abdullah untuk menyegerakan proses peralihan kuasa adalah bagi memulihkan parti untuk persiapan pilihan raya akan datang dan mempertahankan kedudukan BN.

"Walaupun saya tegur kepimpinan Presiden, bukan ada tujuan atau muslihat (tertentu) kerana semua ini adalah untuk pastikan supaya Umno khususnya BN terus dipercayai," katanya.

Mengenai proses peralihan kuasa di antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah dan Najib untuk menentukan bilakah ia akan dilaksanakan.

"Tidak ada tarikh khusus, cuma kita beritahu tadi perasaan dan pandangan ahli parti yang di bawah yang mahu proses peralihan dibuat secepat mungkin. Kita beri ruang pada Presiden untuk berbincang dengan Najib," katanya.... selanjutnya.

Sep 15, 2008

Zaid mahu sama ada Muhyiddin letak jawatan atau disingkir

MStar | ...Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan Kabinet... ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)... tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

Rabu lepas, Muhyiddin, yang juga Naib Presiden Umno berkata pelan peralihan yang dipersetujui Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas, hendaklah dipercepatkan memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negara dan tempoh itu terlalu lama.... selanjutnya.

Sep 13, 2008

Jika Muhyiddin tidak puas hati, letak jawatan - Zaid

MStar | Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan Kabinet... ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)... tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

Rabu lepas, Muhyiddin, yang juga Naib Presiden Umno berkata pelan peralihan yang dipersetujui Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas, hendaklah dipercepatkan memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negara dan tempoh itu terlalu lama.... selanjutnya.

May 25, 2008

Muhyiddin reveals his hand, he wants Pak Lah to go

malaysianinsider - [...] His Cabinet colleagues have expected this day to come soon, noting that his body language and comments during meetings have been that of someone who was not on the same page with the prime minister. Muhyiddin was supposed to speak to the FT politicians about code of ethics but instead launched into an analysis of Abdullah's leadership and the challenging political landscape.

In his speech to the FT politicians, he sketched the current scenario in the country, noting that Umno and Barisan fared badly in the polls and lost the support of the young. The only consolation was that the BN snared 140 seats, eight short of its customary two-third majority in Parliament. He quoted liberally from Dr Mahathir’s criticism of Abdullah, saying that there must be drastic action in the party and leadership.

"We need to change, so that we don't go down and down. I'm quoting Dr M because he is a veteran leader who is worried that the Malays will lose power," he said, adding that neither Abdullah nor Datuk Seri Najib Tun Razak nor supreme council members have framed the current political situation in these stark terms.

... selanjutnya.

May 11, 2008

Muhyiddin nafi mahu tanding jawatan presiden dan timbalan presiden

Mstar - [...] "Tidak. Saya tak sebut (bertanding jawatan itu)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-62 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Muhyiddin. yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, membuat penafian itu sebagai mengulas laporan muka depan akhbar "Sunday Star" yang menyebut bahawa dia mungkin bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Disember ini jika mendapat sokongan akar umbi.

Dalam laporan itu akhbar tabliod berbahasa Inggeris itu memetik Muhyiddin sebagai berkata bahawa beliau telah menerima banyak maklum balas daripada akar umbi, penasihat dan pencadang yang memberitahu masanya sudah tiba bagi beliau meningkat dalam hieraki parti.

Muhyiddin, yang cuba mengelak tetapi berjaya dikejar pemberita yang menunggunya selepas majlis tahlil berakhir, berkata beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukannya dalam parti.

"Saya tak ada kata saya nak tanding apaapa jawatan (dalam temubual itu). (Keadaan) semasa hari ini mahu semua orang tumpu kepada soal parti," katanya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

isu berkaitan -
Adnan tak minta jawatan Ketua Pemuda Umno tapi...

Apr 13, 2008

Muhyiddin joins call for urgent change in Umno leadership

Malaysianinsider - "If the changes are not made immediately, Umno will also lose power and can never make a comeback," said the International Trade and Industry Minister.

He said the general election results clearly showed the people's misgivings on the party leadership and now people in and outside Umno questioned the leaders family links and the system practised.

"I worry if there are no changes made as demanded not only by Umno members but also by people from outside the party, the people will reject Barisan Nasional (BN) and Umno. I think the sentiments are boiling at the grassroots of their utter dissatisfaction. Therefore, if changes don't happen in Umno, many adverse things will surface," he said in an interview in today's 'Mingguan Malaysia' Malay newspaper.

"I'm afraid if I don't speak the truth, it can eventually lead to disaster for the Malays and Umno."

Muhyiddin said the election results also showed the domination of Malay politics through Umno, which was long regarded as beyond challenge, had purportedly become a myth.

"We thought we cannot lose, but today, many Umno leaders in the five states now under Opposition rule never expected to lose power. That's why, to me, it is a very bitter lesson and cannot be taken lightly," he said.

"The question now is to what extent Umno can withstand the wave of the new political thinking in the country. More importantly, the question is to what point the Malay political power can sustain itself in the years ahead. more...

Posting terkini

Blog Archive