KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 31, 2008

Umno memperalatkan MBI

alhusseyn51

Ini adalah papan tanda yang baru dipasang disatu persimpangan menuju ke Pusat Komuniti PAS disebuah perkampungan Melayu Sungai Rokam, Ipoh.

Posisi letak papan tanda ini agak strategik kerana bertentangan dengan sebuah dewan orang ramai kampung tersebut.Ianya memang menjadi tumpuan mereka yang berulang alik menggunakan jalan disini dan jelas dapat dilihat dari jauh.

Rumah yang tertera dalam gambar ini merupakan rumah kepada seorang ketua cawangan Umno Ipoh Jaya.

Dan pagi tadi, seorang sahabat menalipon saya memberitahu yang papan tanda tersebut telah hilang - sudah tiada lagi ditempatnya!

Kebetulan waktu itu, saya bersama isteri didalam kereta, lalu kami terus menuju ketempat tersebut untuk mempastikan keadaan sebenarnya. Memang betul,papan tanda tersebut telah hilang!

Hanya inilah yang tinggal..kemana perginya? Mungkin budak-budak dadah buat operasi malam tadi dan menjualnya dikedai besi buruk? itulah fikiran yang timbul ketika itu , lalu kami pergi memeriksa dikedai besi buruk disekitar kawasan itu; namun tidak ada.Kami ronda pula ditempat perlupusan sampah , juga tiada.

Tidak lama kemudian seorang sahabat memaklumkan papan-papan tanda PAS dan Parti Keadilan Rakyat telah dipunggah oleh sepasukan petugas penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh! Ya, papan tanda kepunyaan PAS dan juga PKR yang dipasang dipersimpangan masuk ke Kampung Sungai Rokam juga telah dipunggah oleh MBI; tetapi papan tanda Umno tidak pula diusik.

Kami pun pergi ke MBI dan saya temui seorang pegawai penguatkuasa disitu bernama Ganesan , bertanyakan hal papan tanda tersebut.Ganesan mengakui dan memberitahu papan tanda tersebut ada didalam stor simpanan MBI.

Saya bertanya kepadanya apakah kesalahan yang pihak kami lakukan? Dia menjelaskan bahawa dia menerima 'tekanan' dan terpaksa bertindak demikian.

"Encik boleh ambil itu signboard; tapi jangan pasang ditempat yang sama" katanya.

Jelas, ada arahan dari pihak tertentu yang menyebabkan Ganesan ,kalau menurut katanya,'under pressure' oleh bossnya.Saya memahami tugas Ganesan yang terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan...selepas memberitahunya yang saya akan mengambil semula papan tanda tersebut keesokan harinya , saya pun meninggalkannya dan pergi dari situ.

Seterusnya, saya bersama Saudara Chan Min Kai, Exco Angkatan Muda Pusat,Puan Fatmawathy, Exco Wanita Pusat dan seorang lagi,yang saya panggil sebagai Mr Foo, Pengarah Pilihan Raya PKR Gopeng, telah pergi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Ipoh.Tujuan kami membuat aduan supaya pihak MBI tidak sewenang-wenagnya mencabut dan memunggah papan-papan tanda parti pembangkang di setiap tempat ikut semahu pihak tertentu.Dan kami tidak mahu MBI menyalah gunakan kuasa mereka

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive