KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 22, 2008

Undi tidak percaya: BN beri SAPP surat tunjuk sebab?



mstar - [...] Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi mStar Online berkata, beliau akan berbincang dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN berhubung tindakan itu.

"Saya akan meminta pandangan Pengerusi BN (Abdullah) supaya Majlis Tertinggi SAPP dikemukakan surat tunjuk sebab berhubung tindakan mereka dalam mesyuarat petang semalam (kelmarin) yang menyokong untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tetapi tidak memutuskan kedudukan mereka dalam BN," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila surat tunjuk sebab akan dikeluarkan jika dipersetujui Abdullah.

“Pada saya, cara mereka seperti mereka mahu BN menyingkirkan mereka supaya imej BN akan nampak tidak baik di mata rakyat.

“Saya memang tidak faham mengapa mereka bertindak demikian dan saya percaya ini adalah agenda Datuk Yong (Teck Lee) untuk mencapai matlamat peribadinya,” katanya.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive