KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 26, 2008

Kenyataan dari orang yang JAHIL AGAMA - Mufti Perak

Malaysiakini | Timbalan pengerusi PKR Perak menyifatkan kenyataan seorang ahli nya bahawa habuan seks seumpama menerima sedekah, sebagai sekadar "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan", demikian dilaporkan oleh Bernama.

"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

"Saya boleh komen setakat itu sahaja," kata Zulkifli Ibrahim seperti dilaporkan agensi berita nasional itu.

zulkifli ibrahim pkr perakZulkifli (foto kanan) berkata demikian dalam satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seorang lagi ahli parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata, kenyataan Zul itu datangnya daripada seseorang yang jahil tentang hukum agama, selain satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan dirinya daripada kesalahan yang telah dilakukan.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive