KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 21, 2008

Pemimpin Umno Pulau Pinang pun tolak PM

harakah | ... Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu, kedudukan Abdullah tidak dapat dipertahankan lagi dan beliau hendaklah berundur sebelum pemilihan parti Disember ini.

"Abdullah tidak ada pilihan lagi. Beliau mesti berundur sebelum hujung tahun," kata pemimpin Umno yang enggan memberi namanya itu kepada AFP.

"Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan.

"Beliau tidak boleh membuat sebarang langkah yang drastik untuk memulihkan semula kepercayaan para pemimpin parti yang secara terbuka menentangnya dengan mempersoalkan perjanjian peralihan kuasa," katanya.

Abdullah ditekan hebat supaya berundur selewat-lewatnya Oktober ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Walaupun Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib cuba memberikan gambaran kepada AFP bahawa hanya empat orang yang bercakap sedangkan terdapat lebih 30 ahli MT, tetapi beliau sengaja tidak menyatakan bahawa yang lain tidak dapat bercakap setelah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan bertindak memotong laluan mereka untuk bercakap setelah melihat Abdullah begitu tertekan malah ada yang mendakwa "hampir menangis" berikutan tekanan-tekanan itu. ... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

mula-mula memang depa tolak,pasai depa belum mesyuarat lagi dan broker-broker politik pun belum pi mai melawat depa..,tunggu laa bila mesyuarat dah start...

Posting terkini

Blog Archive