KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 4, 2008

Hindraf mahu bermaafan, Umno kutuk

Mtoday | AKTIVIS-AKTIVIS Hindraf yang begitu sukar dan tidak pernah berpeluang berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikutuk kerana menyampaikan bantahan mereka ke atas penahanan tanpa bicara rakan-rakan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumah terbuka Hari Raya anjuran Perdana Menteri dan anggota kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

"Kami telah berusaha untuk berjumpa dengannya (Perdana Menteri) selama ini, jadi kami mengambil peluang hari ini. Kami datang dengan hati yang terbuka," kata Koordinator Kebangsaan Ideologi Hindraf, W. Sambulingam.

Kumpulan itu dilaporkan sebagai "memotong barisan" oleh Bernama untuk menyerahkan patung beruang dan kad Hari Raya yang mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang sedang meringkuk dalam tahanan.

Kad Hari Raya itu bagaimanapun terkoyak teruk dalam pergelutan dengan polis yang sebelum itu cuba merampas kad itu di pintu masuk PWTC.

Sambil menutup mulut dengan angkuhnya terhadap penggunaan ISA yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bertentangan dengan ajaran Islam, beberapa menteri mengecam Hindraf kerana menganggap tindakan mereka tidak kena pada masa dan tempatnya.

Menteri-menteri Umno itu seolah-olah tidak ada perasaan untuk memahami penderitaan dan penyiksaan yang tidak mengenal masa dan tempat yang ditanggung oleh rakyat akibat ISA. ... selanjutnya.

4 comments:

Putra IJ80 said...

Begitu lah di antara hamba ku,apa bila di beri kesenagan selepas kesusahan ia akan bergembira lagi sombong.

Mereka yg.memeggang kuasa dalam UMNO (BN)ada di antaranya sebelum ini susah sampai tak mampu membayar instalment rumah.

Hari ini apa bila sudah berada di singahsana kuasa,lupa dan setiap rintihan orang bawahan(rakyat) ada saja yang tak kena malah di cerca di hina dan lebih malang di ISA.

Y.M Tengku Razali tentu ingat siapa die.(S46)

Jgn.Maree!!Saya sekadar mengingatkan sejarah sahaja.

Tok Ketua said...

Sokong,sokong lah jugak tapi kalau datang macam samsing mabuk todi kat majlis orang apa kejadah nya. Kalau nak rempuh pilih lah majlis pm yang lain... nie rempuh masa umat islam menyambut hari lebaran hari yang mulia dalam islam...apa perasaan dia orang kalau kita rempuh masa samy vellu buat majlis deepavali. sebelum bertindak,kita kena taksir kan pada diri kita dulu...banyak lagi majlis pm lepas nie, pilih ajer lah! nie tidak pakai redah tak tahu hari apa...hindu 2,3 orang kena ISA dah bising, melayu yang selama nie yang jadi majoriti ISA tak ada lah buat kerja mcm orang gila nie...

Unknown said...

UMNO memang spesis sombong pun. Orang bagi bunga, dia balas dengan shit...

razzi-media.blogspot.com

Anonymous said...

kalau dah taksub semua bende diiyakan.
org nak beraya ko datang buat kacau.
nak bermaafan apa bende nih?
ko jgn jadi melayu hipokrit.
bende yang x elok jangan dibacking.
Kalau mane yang x elok kita tegur tapi jangan sampai hipokrit.

Posting terkini

Blog Archive