KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 23, 2008

Penahanan Raja Petra berniat JAHAT

Berita melalui Bernama .... hujah menarik dari perbicaraan,

Azhar Azizan Harun berkata terdapat andaian ketara bahawa penahanan itu bukan didorong oleh keprihatinan tentang keselamatan negara tetapi hasrat untuk menyenyapkan pengkritik lantang dan berpengaruh terhadap kerajaan serta parti-parti politik dan individu dalam kerajaan.

"Pemohon pada ketika tertentu mengkritik antara lain, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan responden (Menteri Dalam Negeri). Ini menjejas kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana dapat dilihat pada anjakan sokongan pengundi," kata beliau.

.... "Pemohon juga tidak bersalah dengan mana-mana jenayah; beliau didakwa dengan pelbagai kesalahan dan perbicaraan masih tergantung. Oleh kerana tidak ada tindakan yang dikatakan dilakukan pada masa depan yang boleh membahayakan keselamatan Malaysia, perintah Seksyen 8 adalah jelas pelaksanaan kuasa yang bersifat berniat jahat," kata beliau.

Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili Raja Petra, berkata jika satu daripada asas penahanan kerana beliau telah dengan sengaja dan cuai menerbitkan artikel di Malaysia Today yang menghina Muslim, mengapa ia tidak didakwa dengan kesalahan menghina Islam oleh pihak berkuasa agama.

..... "Soal sama ada pemohon telah menghina Islam merupakan perkara di dalam bidang kuasa eksklusif pihak berkuasa agama Selangor. Responden tidak boleh mengambil alih tugas itu. Walaupun responden mempunyai kuasa dalam hal keselamatan di bawah ISA, autoriti ini tidak memberi kuasa kepada responden menentukan isu-isu berkaitan Islam.

"Adalah perlu bagi responden mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa agama negeri atau mahkamah syariah negeri bahawa tindakan yang diadukan itu satu penghinaan kepada Islam atau jika tidak, ia melanggar Islam sebelum ia boleh mengambil langkah di bawah ISA. Atas alasan ini saja, penahanan itu perlu diisytiharkan tidak sah," kata beliau.
Di dalam perbicaraan, Raja Petra Beliau menamakan menteri Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai responden yang berniat jahat dan cuba mengambil alih tugas YM Sultan Selangor ... Perghhh ..

Berita terperinci di atas, tidak terdapat di dalam berita Utusan loya tekak ..... cuma BERITA ringkas yang tak lengkap. DI SINI.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive