KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Alfatihah. Show all posts
Showing posts with label Alfatihah. Show all posts

Nov 28, 2008

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Beliau di katakan mati mengejut ketika bermain badminton di Institut tersebut.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.
Rujuk berita Malaysiakini

1. Alfatihah .. dan semuga rohnya di cucuri rahmat.
2. Che maimun .... mungkinkah bertanding lagi kali ni?

Oct 20, 2008

Perginya pejuang kemerdekaan tulen


di petik : mat comot

AL FATIHAH..............
pejuang kemerdekaan negara SHAMSIH FAKEH telah meninggal dunia jam 0900 pagi tadi ketika berusia 84 tahun.Jenazah akan di kebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi selepas solat asar hari ini.

Apr 23, 2008

Fendi 39thn (Kumpulan A to Z) meninggal



Affendey Zainon atau Fendi (tengah) bersama Lan (kiri) dan Jeff ketika menganggotai kumpulan A to Z meninggal dunia akibat diserang angin ahmar selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah - Bharian

Mar 13, 2008

AL-FATIHAH.. PAK LAH MENINGGAL DUNIA.

MELAKA 10 Mac -Kanak-kanak dikenali Pak Lah meninggal Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibatpenyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.

Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.


Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra denganpanggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.

''Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,'' katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13,dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.

Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz,22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; SitiHajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem,6.

Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di SubangJaya.

''Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari sajadi rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di HospitalMelaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini," katanya. Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisikdi telinganya mengatakan sesuatu.

''Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya," katanya.

Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.

''Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian," katanya.

Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. ''Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu," katanya.

Posting terkini

Blog Archive