KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label BOHONG. Show all posts
Showing posts with label BOHONG. Show all posts

May 6, 2008

Undang undang tali pinggang punya hal

Kalau lah mati berlaku 2 atau tiga kali di dalam satu putaran hidup, seperti yang di percayai oleh kaum Hindu....berikut adalah berita yang paling sukar untuk aku percaya. Mati, hidup, mati lagi, hidup lagi ....susah aku nak caya berita cam ni......Sejak bila undang undang adil ? Terkincit penguatkuasa nak ambil tindakan undang undang. Cakap jangan sebarang cakap. Aku dah muak dengan cerita sama sepanjang tahun..... korang tak der cerita baru ke?

MB, VIP tidak terkecuali peraturan - Pelaksanaan pakai tali pinggang keledar penumpang belakang mulai bulan depan

Menteri Besar dan semua orang kenamaan (VIP) perlu memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang ketika mereka menaiki kereta rasmi. (bhg. cerita yang memuntahkan aku)

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Surentharan Mathavan berkata, langkah itu untuk menjadikan mereka sebagai contoh kepada rakyat agar mematuhi arahan pemakaian tali pinggang tersebut yang masih dilihat janggal oleh rakyat Malaysia.

“Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), memakai tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kereta boleh menyelamatkan kira-kira 50 peratus nyawa penumpang sekiranya berlaku kemalangan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. ..... baca di Kosmo

Jan 1, 2008

Damai Malaysia mempergunakan NGO



Oleh ‘Deep Throat’ Sabah
Malaysiatoday

Damai Malaysia disifatkan telah berjaya menipu lebih 70 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili lebih 200,000 rakyat Sabah dalam Majlis Perjumpaan Bersama NGO Sabah di Hotel Le Merridian pada 27 Disember 20007 untuk menzahirkan sokongan menentang budaya demonstrasi jalanan.
Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu yang turut hadir dalam perjumpaan berkenaan kesal kerana Damai Malaysia telah memperguna NGO di Sabah untuk kepentingan tersirat mereka, termasuk agenda politik dangkal pihak yang berselindung di sebalik Damai Malaysia.

“Kita tidak tahu apa tujuan sebenar mereka menjemput NGO dan tanpa sebarang perbincangan dan dalam masa yang sama kita diminta menyokong Damai Malaysia. Ini perbuatan yang bertentangan dengan Perlembagaan,” ujar Patrick yang meninggalkan majlis berkenaan sebagai membantah tindakan Damai Malaysia.

Menurut Patrick, beliau merasa tertipu kerana setiap peserta majlis berkenaan diminta menandatangani borang penyertaan dan menurunkan cap rasmi NGO yang kemudiannya digunakan sebagai sokongan terbuka kepada usaha Damai Malaysia.

|More...|

Posting terkini

Blog Archive