KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit PBT. Show all posts
Showing posts with label Belit PBT. Show all posts

Nov 23, 2008

Kenapa Ahli Majlis Khoo letak jawatan

marhaendaily

PERLETAKAN JAWATAN KHOO CHIN MIN
SEBAGAI AHLI MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Setelah Pilihanraya umum ke 12, kita sedia maklum bahawa Negeri Selangor dan 4 lagi kerajaan negeri telah bertukar tampuk pemerintahannya daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Negeri Selangor dipimpin oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar merangkap Ketua Perhubungan PKR Selangor.

  • Harapan rakyat adalah tinggi agar satu perubahan secara menyeluruh di semua peringkat pentadbiran berlaku demi kesejahteraan rakyat dan penduduk Selangor.
  • Malangnya, tidak semuanya berlaku seperti yang diharapkan.
  • Walaupun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan di peringkat kerajaan negeri, ia tidak berlaku diperingkat Kerajaan tempatan sebagai satu organ pemerintahan sesebuah negeri dalam sistem yang sedia ada.
  • Di peringkat Kerjaan Tempatan atau Majlis Daerah, adalah amat pelik bahawa Ahli Majlis tidak langsung mempunyai kuasa menentukan halatuju sesebuah PBT sebaliknya berpusat kepada Yang DiPertua Majlis Daerah (YDP)
  • Keadaan ini menjadikan Ahli-ahli Majlis "Rubber Stamp, ceremonial" dan tidak lebih sebagai pelengkap kepada PBT.
  • Ahli Majlis secara umumnya merupakan wakil kepada kerajaan negeri di peringkat PBT untuk mempastikan dasar-dasar kerajaan negeri laksanakan.
  • Ahli Majlis kehilangan maruah kerana dasar kerajaan negeri tidak diikuti oleh Yang Di Pertua yang masih terikut-ikut budaya lama yang Rasuah, Kronisma dan Nepotisma.
  • Yang Di Pertua MDKS sering mengadakan mesyuarat tanpa mengikut agenda. Ahli-ahli Majlis tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit.
  • Dalam mesyuarat penuh pada 30 Oktober 2008, YDP MDKS tidak mengikut susulan membincangkan pembentangan Anggaran Belanjawan 2008/2009, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan lain-lain hal berbangkit. Beliau terus sahaja membuat ucapan penangguhan.
  • Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan bajet 2008/2009 MDKS? Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan perkara yang amat penting bagi pembayar cukai Daerah Kuala Selangor?
  • Aduan dan masalah rakyat yang dibuat oleh ahli majlis tidak dihiraukan oleh MDKS sebaliknya apabila aduan dibuat oleh pihak Barisan Nasional begitu segera diberi perhatian dengan menurunkan pasukan besar. Ini berlaku dalam kes Pasar Awam di Pasir Penambang. Mengapa ada double standard? Atau YDP MDKS bermain politik?
  • Banyak lagi aduan-aduan yang tidak dilayan dan tidak diambil tindakan di kawasan lain seperti Puncak Alam, Sungai Buluh, Pasar Awam Taman-taman Perumahan di Daerah Kuala Selangor.
  • Di MDKS terbukti penyalahgunaan kuasa oleh YDP MDKS begitu berleluasa dalam pengagihan kerja-kerja hanya tertumpu kepada sekumpulan orang tertentu tertentu tanpa mengikut prosedur yang telus. Terdapat beberapa orang yang mengusai terlalu banyak projek-projek MDKS.
  • Perbelanjaan yang tidak terancang meruncingkan kewangan Majlis sehinggakan kepentingan yang perlu didahulukan atau diberi keutamaan, dipinggirkan. Sebaliknya perkara yang tidak penting didahulukan seperti lawatan ke luar negara.
  • Baru-baru ini seorang Pegawai MDKS membuat lawatan ke luar negeri atas alasan promosi pelancungan Kuala Selangor.
  • Lawatan seperti ini seperti menjadi keseronokan sedangkan jika dilihat peningkatan pelancungan masih ditahap lama.
  • Pegawai Perhubungan Awam dan Pelancungan MDKS membazirkan wang rakyat melalui lawatan sedangkan kebajikan pengayuh sampan dipusat pelancungan kelip-kelip tidak dipelihara.
  • Penubuhan Pusat Khidmat Ahli Majlis sepertimana diumumkan oleh kerajaan negeri tidak dilaksanakan dengan alasan kekurangan peruntukan.
  • Namun projek pemeliharaan ikan air tawar dan reptilia yang membazir terus dilaksanakan dengan peruntukan yang banyak.
  • Saya yakin, banyak penyelewengan akan berlaku dalam urus tadbir kewangan MDKS 2009 ini. Inilah kemungkinan mengapa YDP MDKS enggan menyentuh belanjawan 2008/2009 untuk dibincangkan. Kemungkinan ada agenda tersembunyi berbaur politik oleh YDP MDKS.
  • Sejak kebelakangan ini beberapa berita berkaitan disiplin segelintir penjawat di MDKS amat rendah. Berlakunya beberapa skandal yang amat memalukan melibatkan pekerja MDKS. Ini menunjukkan YDP MDKS gagal membentuk warga kerja Majlis yang berdisiplin serta berhemah tinggi dan bebas rasuah.
  • Justeru, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco PBT YB. Ronnie Liu supaya mengkaji semula dasar kerajaan negeri dalam PBT.
  • Satu proses "penjanaan semula" perlu diusahakan segera, jika tidak segala manifesto kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan semasa PRU 12 akan hanya menjadi igaun ngeri kepada rakyat dan pembayar cukai serta pendokong-pendokong kerajaan PR Selangor di Pilihanraya akan datang.
  • Saya juga amat yakin melalui perhubungan dengan rakan sejawat di PBT-PBT lain seluruh Selangor, keadaan yang sama berlaku dimana sebilangan besar YDP-YDP bermaharajalela dan membelakangkan hasrat kerajaan negeri dan masih terikat dengan mentaliti jumud kerajaan lama.
  • Kepada YDP MDKS, saya ingin memberi ingatan tegas bahawa rakyat sentiasa memerhati tingkah laku anda. Saya juga meminta kepada YDP MDKS, jika mahu bermain politik sila letak jawatan.
Komen wak
MB kena buka mata sikit. Cukup la tidur tu. Jangan di biarkan terlepas mangkuk mangkuk YDP dan DAtuk Bandar yang teruskan budaya UMNO.

Mar 22, 2008

ALASAN SUK TENTANG RUMAH PPR DIDUDUKI WARGA ASING

Keras bertukar lembut - Warga asing dapat izin menyewa rumah PPR
kosmo

KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini pihak berkuasa bertekad menghalau keluar warga asing yang menghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR), kini nada tegas itu sudah bertukar lemah.

Malah, langkah ratusan warga asing menghuni rumah (PPR) dekat Taman Tasik Teratai, Serendah, rupa-rupanya jadi 'penghuni dengan izin' apabila mendapat lampu hijau Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menyewa atas alasan bagi mengelak banyak unit terbiar kosong.

Dalam nada yang berlainan semalam, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata, sebelum ini rumah tersebut memang disediakan kepada rakyat tempatan yang layak, namun kini penghuninya semakin berkurangan.

"Kalau rumah itu dibiarkan kosong ia mungkin akan rosak dan timbul pula masalah lain dan kerana itu saya diberitahu, ia disewakan kepada warga asing.

"Bagaimanapun, kita akan menyuruh warga asing tersebut keluar jika terdapat permohonan dari warga tempatan yang layak,'' katanya ketika dihubungi semalam.


Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai rasa kurang senang penduduk tempatan mengenai kawasan kediaman PPR di situ semakin ramai dihuni pendatang asing yang bekerja di kilang berhampiran.

Jika sebelum ini Ramli dalam kenyataannya kepada Kosmo! menegaskan bahawa para pendatang terbabit akan dihalau, semalam beliau mengatakan pihaknya akan meminta LPHS mengasingkan rakyat tempatan dengan warga asing bagi mengelak rasa kurang selesa.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Dae- rah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail pula berkata, satu mesyuarat dengan polis dan Imigresen akan diadakan pada Selasa ini yang turut membabitkan jawatankuasa penduduk di kawasan terbabit.

"MDHS juga sudah mengenal pasti PPR yang menjadi sarang warga pendatang dan tindakan akan dibuat,'' katanya dengan menambah, pihaknya mendapat maklumat bahawa pemilik PPR yang juga rakyat tempa- tan sengaja menyewakan rumah kepada warga asing.

Melalui cara itu katanya, mereka akan mendapatkan keuntungan sebab boleh mengenakan sewa bulanan yang tinggi berbanding bayaran RM124 sebulan kepada LPHS.

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas dengan amaran pemilik rumah PPR dalam kawasan mereka yang menyewakan unit kepada orang ramai akan disingkirkan.

"Kami memilih penghuni PPR berdasarkan senarai penduduk setinggan melalui bancian.

"Sekiranya didapati ada yang menyewakan rumah mereka kepada orang lain, tindakan tegas akan diambil dengan mengarahkannya keluar,'' kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mohd. Amin Nordin Abd. Aziz ketika dihubungi semalam.


Tambahnya, warga asing sememangnya tidak layak mendiami PPR.

Menurutnya, setiap tiga tahun, satu notis akan diberikan kepada penghuni PPR dengan andaian mereka rakyat tempatan, dan jika mereka mampu untuk membeli rumah sendiri, penghuni itu perlu memberi laluan kepada orang lain untuk masuk sebagai penyewa baru.

Sekiranya tidak, mereka dikehendaki menyambung semula perjanjian rumah itu bagi tempoh tiga tahun lagi.

Posting terkini

Blog Archive