KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Berita Gempar. Show all posts
Showing posts with label Berita Gempar. Show all posts

Sep 26, 2008

Gempar !!! Kebocoran radioaktif kapal selam AS di Klang ?

malaysiakini |Kementerian Pertahanan harus menjelaskan kebocoran radioaktif dari kapal selama Amerika Syarikat USS Houston di Pelabuhan Kelang sewaktu ia singgah pada 2006.

Kapal selama itu telah mengalami kebocoran selama dua tahun, termasuk sewaktu kunjungannya ke negara-negara Asean dua tahun lepas, tetapi hanya disedari apabila ia pulang ke negara itu tahun ini.

Menurut laporan CNN, tentera laut Amerika Syarikat mengesahkan kebocoran tersebut sejak dua tahun lalu dan telah memaklumkan kepada kerajaan Malaysia dan Singapura.

Ahli parlimen Kelang, Charles Santiago hari ini mendesak Menteri Pertahanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan laporan dari negara kuasa besar itu seperti yang dimaklumkan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean.

Jan 13, 2008

Loh Mui Fah yang dedahkan Video VK LINGAM !!!

Loh Mui Fah dedahkan dirinya sebagai orang kedua dalam video VK Lingam
KeADILan

Kuala Lumpur, 13 Jan - Seorang peniaga bernama Loh Mui Fah telah mengakui dirinya sebagai orang kedua yang bercakap dengan VK Lingam dalam skandal video yang melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz.

Beliau mendedahkan bahawa beliau telah berkunjung ke rumah Lingam pada 21 Disember, 2001 dan rakaman tersebut telah dibuat tanpa pengetahuannya oleh anak Loh yang mengiringinya pada malam itu.

Loh menafikan bahawa dia telah mendedahkan rakaman tersebut tetapi mendakwa bahawa beliau tidak mengetahui siapa yang memberi rakaman tersebut kepada KeADILan.

Menurut Loh, rakaman tersebut mungkin didedahkan oleh anaknya, peguamnya atau stafnya.

Jan 11, 2008

GEMPAR !!! Datuk S Krishnasamy ditembak mati

Adun Tenggaroh ditembak mati
Harian Metro

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy ditembak mati di hadapan bangunan MIC di sini, tengah hari ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Sharif.

No2umnO - Berita ini diperolehi dari Harian Metro......Samy Vellu ...... Amacam? Apakah kaitan pembunuhan ini dengan upacara 'sembahyang mayat' yang dilakukan kaum India di Malaysia kepada Samy Vellu? Is there anything that i missed?


GEMPAR !!!

Posting terkini

Blog Archive