harakah | ..."Sebelum ini, kita mendengar dakwaan mengenai 'mafia' yang menguasai pelbagai perniagaan dalam negara ini termasuk perniagaan beras, gula, tepung, simen dan lain-lain.Besi, pasir, kertas, barang lusuh, beras, gula, tepung, simen, pelacur, along ..... niaga apa yang belum ada mafia?
"Setiap kali harga barang naik, kerajaan melalui penguatkuasanya hanya memburu peniaga kecil, peruncit termasuk peniaga roti canai. Kita tidak pernah mendengar tindakan terhadap golongan yang didakwa sebagai 'mafia' itu.
"Oleh sebab itulah, jika benar perniagaan baja juga dikuasai oleh 'mafia', kita amat dukacita kerana ia sudah tentu menjadi lintah darat yang menjadikan sektor pertanian negara ini, terutama para petani sendiri sendiri sebagai mangsanya," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berharap kerajaan dapat menafikan dakwaan bahawa penubuhan Konsortium Baja Nasional itu tergantung begitu sahaja kerana kebimbangan terhadap tindak balas 'mafia' yang berkenaan.
"Jika benar dakwaan itu, timbul satu lagi persoalan yang lebih besar iaitu adakah negara ini dikuasai mafia? Malah, akan timbul juga pertanyaan adakah 'mafia-mafia' berkenaan mempunyai kaitan dengan pembiayaan rasuah politik di dalam Umno?" beliau mempersoalkan. ... selanjutnya.
Nov 17, 2008
Konsortium Baja Nasional batal kerana 'mafia'?
Labels: Gangster
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 4, 2008
DUNIA GANGSTER DI SARAWAK
DUNIA GANGSTER SARAWAK
duniatiger.blogspot
(Bandar Sibu yang sedang membangun. Gambar oleh IY)
Apabila menyebut nama Leh Long di Bumi Kenyalang, anda akan memasuki satu dunia lain yang sering dipaparkan dalam filem-filem China dari Hong Kong - dunia gengster. Walaupun dunia gengster satu kegiatan yang serba terselindung dan tersembunyi, namun bagi mereka yang pernah terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam dunia berkenaan akan dapat merasai peristiwa yang mendebar dan menakutkan.
Bagi mereka yang perlu membayar ufti atau wang perlindungan sudah tentu merasakan keperitannya apatah lagi pendapatan yang tidak seberapa perlu diserahkan kepada golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai pelindung. Bagi yang meminjam wang pula, sudah pasti tidak tidur malam mengenangkan nasib yang akan menimpa mereka jika tidak mempunyai wang untuk membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan.
Leh Long , ketua gengster yang berpusat di Sibu, adalah bekas seorang kelasi kapal. Mengikut cerita penduduk di Sibu, akibat dendam peribadinya maka beliau terjerumus dalam dunia samseng yang akhirnya menjadi ketua gengster yang amat digeruni di Bumi Kenyalang.
Beliau dikatakan mempunyai kaki di seluruh Bumi Kenyalang yang menguasai pelbagai jenis perniagaan termasuk balak dan perkapalan. Pembabitannya dalam kedua-dua bidang ini secara langsung membuat ramai pihak terutama tauke balak dan kapal tidak sedap hati dan tidak senang duduk.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua, Leh Long diberkas baru-baru ini berikutan satu kes membabitkan penculikan seorang anak tycoon di Sibu, bandar yang terkenal sebagai tempat membina feri dan pusat keturunan Fuchow. Beliau ditangkap dalam operasi pihak keselamatan dikenali sebagai Cantas Kenyalang.
Kini Leh Long dalam tahanan dan pihak berkuasa sedang mendapatkan pelbagai maklumat lagi mengenai pembabitannya dalam dunia gengster di Sarawak.
Syabas pihak keselamatan yang berjaya mencantas kegiatan gengster di Bumi Kenyalang ini. Semoga tugas mereka diberkati dan mendapat sokongan daripada semua pihak tanpa rasa tertekan atau tidak tenteram.
Labels: Gangster
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
