harakahdaily - SOALAN: Mengapa undang-undang hudud Islam amat ditakuti dan digeruni oleh orang Islam sendiri dan orang-orang kafir, sedangkan undang-undang tersebut belum pernah dilihat, atau belum dilaksanakan di Malaysia? - SAIFUL ISLAM, Kuala Lumpur
JAWAPAN: Perlu disedari dan diamati bahawa hakikatnya undang-undang hudud Islam adalah undang-undang Allah SWT. Dia Tuhan kita, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah yang sedemikian sifatnya, bolehkah berlaku apabila Dia menciptakan undang-undang untuk manusia, diciptakan undang-undang yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Mana mungkin demikian.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham dan salah tanggapan.
Yang pasti adalah, kerana sifat belas kasihan Allah kepada manusialah, maka diciptakan undang-undang hudud, yang amat serasi dan sesuai dengan manusia, demi kebaikan hidup manusia di dunia hingga ke akhirat.
Jangan hanya dilihat kepada hukuman itu secara prejudis atau kerana kononnya kasihan kepada penjenayah yang dihukum sedangkan mungkin kesalahannya tidak seberapa.
more...
Apr 24, 2008
Media beri gambaran buruk mengenai hudud - Dr Haron Din
Labels: Hudud
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 29, 2008
Kenyataan Hamid Othman menyimpang dari Islam
Awang Harun
harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 29 Jan (Hrkh) – Kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam negara Islam menyimpang jauh daripada ajaran Islam.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, pelaksanaan undang-undang Islam termasuk hukum hudud merupakan ciri sebuah negara Islam.
Menurutnya, undang-undang Islam yang merangkumi hukum hudud mesti dilaksanakan di dalam pemerintahan Islam.
Ini, kerana katanya ia adalah perintah Allah dan Rasulullah yang mempunyai nas qat’i di dalam al-Quran dan hadis.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hamid dalam sebuah akhbar kelmarin bahawa penilaian sama ada negara ini mengamalkan Islam sepenuhnya ataupun sebaliknya tidak wajar dilihat daripada satu isu sahaja.
Sebagai contoh kata Abdul Hamid, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia bukan tuntutan fardu ain.
“Kenyataan Abdul Hamid itu jauh menyimpang daripada Islam, kalau nak mengampu pun tidak sepatutnya beliau yang mempunyai pendidikan agama membuat kenyataan seperti itu,” ujarnya yang juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.
Tambahnya, Hamid juga perlu menyedari bahawa negara ini masih mengekalkan dasar sekular dan pemerintah yang ada menolak dan menentang pelaksanaan undang-undang Islam.
Justeru katanya, adalah tidak wajar sama sekali bekas menteri itu membuat kenyataan sedemikian yang mengelirukan masyarakat Islam di negara ini. - mns
Labels: Hamid Othman, Hudud
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
