Imam roboh surau
KAJANG: Tindakan seorang imam di Taman Seri Intan merobohkan sendiri surau Nur Al-Ihsan di taman itu di sini, minggu lalu mendapat kecaman penduduk.
Tinjauan Harian Metro di kawasan taman itu mendapati surau yang berusia 14 tahun kini diruntuhkan dan tambah bahaya apabila wayar elektrik masih berfungsi dan papan berpaku bertaburan merata-rata tempat.
Dakwa penduduk, lelaki itu bertindak demikian tanpa mendapat persetujuan daripada mana-mana ahli jawatankuasa surau (AJK) mahupun penduduk.
Motif tindakannya masih kabur dan difahamkan tapak surau berkenaan akan digunakan untuk pembinaan sebuah balai raya dan tadika.
Namun begitu, alasannya diragui penduduk serta AJK kerana tiadanya bukti hitam putih daripada jabatan yang bertanggungjawab dalam soal pengurusan surau terbabit.
Seorang AJK penduduk, Tahir Rahim, 43, berkata surau itu boleh digunakan untuk semua aktiviti kemasyarakatan termasuk kenduri-kendara dan pusat ilmu bagi kanak-kanak.
“Sejak 14 tahun lalu surau itu digunakan untuk semua aktiviti masyarakat setempat termasuk aktiviti keagamaan, kemasyarakatan mahupun gotong-royong.
“Hingga kini surau itu digunakan kanak-kanak mengaji, kelas agama dan tempat penginapan sementara bagi saudara-mara kami sekiranya ada kenduri-kendara.
“Dalam mesyuarat persatuan penduduk, semua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi untuk merobohkannya, namun dia tetap berkeras dengan keputusan itu dan suara kami diabaikan sama sekali.
“Tambah menghairankan apabila ditanyakan tentang laporan akaun kewangan surau itu dia seakan-akan mengelak dengan memberi alasan yang tidak logik dan sekiranya isu ini terus diajukan AJK, boleh dilucutkan dari jawatan serta-merta.
“Saya bersama-sama beberapa penduduk membuat laporan polis minggu lepas,” katanya.
Mar 31, 2008
IMAM YANG ROBOHKAN SURAU
Labels: Imam Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 27, 2008
Imam Hadhari...Undilah BN!!!!
family-marsis.blogspot.com



PAK LAH : UNDILAH BARISAN NASIONAL,KITA AKAN WUJUDKAN NEGARA ISLAM...InsyaAllah....InsyaAllah...
Labels: Imam Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 25, 2008
Ustaz sepak tong mai lagi !!!
Laungan 'ustaz sepak tong mai lagi' bergema di Permatang Pauh
Mohd Sabri Said
harakahdaily.net
PERMATANG PAUH, 25 Feb (Hrkh) - "Ustaz sepak tong mai lagi," itulah laung yang paling menarik kedengaran ketika penamaan calon di Parlimen Permatang Pauh yang diadakan di Maktab Perguruan Tungku Bainun, Bukit Mertajam semalam.
Semalam orang ramai berpusu datang memberikan sokongan pada Barisan Alternatif (BA) dengan memenuhi ruang padang yang menempatkan pembangkang manakala sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) nyata jelas kurang memberangsangkan apabila hanya sekitar 2,000 orang sahaja berbanding BA sehingga mencecah hampir 8,000 orang.
Bendera hijau putih bulan pernama dan biru muda berlambangkan mata kelihatan tegak mengibar berbanding bendera kati atau keris lebih sugul dan layu bagaikan sudah tergambar kekalahan.
Suara laungan Allahuakbar, reformasi, selawat Nabi, jatuhkan BN, dan sebagainya mengatasi nyanyian lagu Umno, lagu tema hari kebangsaan, hidup BN, Umno serta melayu mahupun sesekali terdengar pekikan Allahuakbar di celah-celah kumpulan berbaju putih berkain dan bertudung merah terang.
Namun apa pun, pekikan 'kami tak mahu Ustaz sepak tong' begitu menarik perhatian sekali kerana ia dilagukan dengan seorang tok dalang.
Omar Khalid, 47, berkata, kali ini pertandingan pasti sengit kerana BN mahukan kemenangan dan tidak mustahil mereka mempergunakan berbagai cara untuk menang.
Ujarnya, namun begitu BN dan Umno kena bekerja keras kerana sokongan pada BA sukar digugat tambahan lagi kemunculan semula Dato' Seri Anwar sendiri.
"Saya kira ia satu fenomena biasa ketika hari penamaan calon. Apa yang penting ia satu perbuatan yang kurang sopan kepada seseorang yang bergelar 'Ustaz' dan pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara, " ujarnya.
Nurul Fatihah Kamaruddin, 27, pula berpendapat, penyertaan Dato' Pirdaus Ismail menentang penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh sekarang merupakan satu perbuatan untuk membalas dendam walaupun tahu ia satu perkara yang sukar.
Pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 8 Mac nanti menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parti KeAdiLan Rakyat Malaysia (KeADILan), PAS dan BN.
Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dua Dun milik KeADILan iaitu Seberang Jaya berlaku pertandingan antara Ramli Bulat menentang penyandangnya, Arif Shah Omar Shah. Di Penanti pula muka baru KeAdiLan, Mohamad Fairuz Khairudin menentang Dato' Jalil Abdul Majid manakala Dun Permatang Pasir, Mohd Hamdan ditentang oleh orang baru calon BN, Sahar Shuib. - mks.
Labels: Imam Hadhari, Penamaan calun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
