pahangdaily| [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini.
Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang.
Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.
Menurutnya selepas selesai membaca solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya. Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid.... selanjutnya.
Nov 14, 2008
'Dato' Raba' mengamuk
Labels: Jamaluddin Jarjis
cilok & ciplak by radenjowo 7 comments
Nov 5, 2008
Datang dewan bukan untuk MERABA RABA
Jamaluddin Jarjis yang berbulan-bulan senyap kini terpaksa bangun bersuara agar tingkah lakunya dan suaranya dapat dilihat oleh Najib Razak. Jamaluddin Jarjis melaung-laung sesuatu untuk menggangu ucapan Azmin Ali.
Azmin Ali telah bangun dan berkata,’ Yang berhormat dari Rompin, saya datang ke sini untuk membincangkan belanjawan negara dan bukan untuk meraba-raba..’ Dewan Parlimen terbarai ketawa.... selanjutnya di Tukartiub.
Labels: Jamaluddin Jarjis
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Apr 15, 2008
DIA MENTERI KE TIDAK...SAMA JE....
pemuda-insaf - Sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan menteri-menteri kabinetnya tidak berapa lama dahulu,nama pertama yang menjadi carian P.I ialah Jamaluddin Jarjis(JJ).Kali ini untuk kabinet 2008 namanya tercicir .Dan serentak dengan itu ada cakap-cakap mengatakan antara sebab-sebab tersingkir adalah kerana dia adalah proksi rapat Najib dan mantan perdana menteri,Mahathit Mohammad.
Dan baru-baru ini P.I sempat pulang ke Rompin untuk melihat suasana selepas pilihanraya disana.Sempat juga P.I berjumpa dengan beberapa kenalan ketika berada di bandar udang galah itu.Dalam satu sesi minum petang di sebuah kedai kopi di Bandar Baru Rompin,P.I sempat bertanyakan satu soalan kepada rakan lama P.I tentang apa perasaan orang Rompin bila ahli parlimen mereka tidak dilantik jadi menteri.Jawapannya agak mengejutkan P.I kerana menurutnya kebanyakkan orang Rompin langsung tak kisah JJ jadi menteri atau tak.
Bagi mereka JJ jadi menteri atau tidak,keadaanya sama sahaja,tiada apa pun yang berubah.Kuala Rompin tetap macam ni,tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun ahli parlimennya jadi menteri pun.Nyata orang kat sini tak kisah nampaknya,tidak timbul perasaan marah pada perdana menteri langsung,tidak seperti ditempat-tempat lain.Mengapa keadaan disini berbeza? more...
Labels: Jamaluddin Jarjis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
