KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label KEMANA UMNO NAK PERGI?. Show all posts
Showing posts with label KEMANA UMNO NAK PERGI?. Show all posts

Mar 4, 2008

ISTERI Sendiri Ajak Pengundi TOLAK Calon BN Jitra SAAD MAN!

sanggahtoksago
By TARMIZI MOHD JAM

SUNGGUH menggemparkan. Aib, aib, aib bagi sang calon bernama Datuk Saad Man untuk kerusi Dun Jitra, Kedah. Kreadibilitinya jatuh berkecai bak kaca jatuh ke lantai besi!

Dato' Saad Man nampaknya terpaksa berdepan dengan isteri sendiri, Ku Fatimah Ku Yaakob yang berkempen di atas pentas PAS.

Sebelum ini, calon BN di Dun Bukit Pinang dikaitkan dengan kes pecah amanah koperasi guru, seorang kepimpinan tertinggi BN pula didakwa melarikan RM 400 ribu wang zakat negeri Kedah dan akan ada pendedahan selepas ini mengenai hubungan sulit dengan wanita dan perlakuan zina calon BN.

Sementara itu, Ku Fatimah Ku Yaacob (isteri Saad) mengajak rakyat Kubang Pasu menolak calon BN itu atas alasan beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, gagal menjalankan amanah sebagai ketua keluarga dan tidak mengambil peduli kebajikan rumahtangga.

Menurut Ku Fatimah, sekalipun hayat perkahwinan mereka menjangkau usia 34 tahun, sejak 20 tahun lalu, Saad tidak pernah menjenguk beliau dan empat anak mereka atau bertanya khabar melalui telefon.

Dalam tempoh itu, Saad hanya pulang ke rumah di hari majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan anak perempuan sulung mereka lima tahun lalu.

Katanya, ini bukan soal perbadi semata-mata, dia tidak pernah dengki melihat Saad berjaya dalam bidang yang ceburi, tetapi beliau merasakan bertanggungjawab untuk memberitahu pengundi di Jitra bahawa Saad bukanlah orang yang layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

"Keluarga sendiri pun dia tak boleh jaga, bagaimana pula dia nak jaga hampir 26,000 pengundi di Jitra ini." tegasnya lagi.

Ku Fatimah dan Saad adalah pasangan suami isteri dari kampung yang sama di Kampung Hilir, Kepala Batas di sini, dikurniakan empat anak dan telah memiliki tiga orang cucu.

"Cucu pun dah tiga orang, bayangkanlah sekali pun dia tak pernah tengok cucu dia sendiri, saya tak mahu cerita hal-hal lain, harap rakyat dapat menilai dan tidak memilih dia sebagai wakil mereka dalam pilihan raya kali ini," ujar beliau.

Ku Fatimah mendedahkan demikian dalam pertemuan di rumah emak saudaranya di Kampung Bukit Tinggi, Kepala Batas.

Dalam pertemuan singkat itu, Ku Fatimah beberapa kali terhenti berbual sambil mngesatkan air mata apabila menceritakan kembali hubungan anak-anaknya dengan Saad.

Dari apa yang didengar, jelas Saad tidak mengambil berat soal membesarkan anak-anaknya dan sering kali juga bercakap tidak benar dengan mereka.

Nama Saad tidak disenaraikan sebagai calon BN di Kedah ketika pengumuman dibuat oleh Mahdzir Khalid pada 21 Februari lalu di Sri Mentaloon, tetapi tiba-tiba saja disebut pada malam 23 Februari lalu.

Mahdzir mengumumkan calon BN di Dun Jitra adalah Aman Khan Hussain, akhbar dan laman web Kerajaan Kedah, Kedah Online juga mencatatkan Aman sebagai calon.

Difahamkan Aman ada bertemu Saad dan meminta menyokong serta membantu beliau yang terpilih sebagai calon di Jitra, bagaimanapun Saad tidak memberikan reaksi positif.

Ada dua sebab Saad akhirnya terpilih sebagai calon BN di Jitra, pertamanya sebagai hadiah kepada kejayaan Saad dan rakan-rakannya menjatuhkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan G7 Umno Bahagian Kubang Pasu pada September 2006 lalu.

Keduanya, Aman terpaksa disingkirkan kerana ada laporan polis mengaitkan namanya terlibat dalam kes pecah amanah ketika beliau sebagai pengerusi salah sebuah koperasi guru.

Saad pernah digantung dari keahlian Umno kerana dikesan cuba mensabotaj kertas penamaan calon Tun Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum 1999.

Dec 22, 2007

KEMANA UMNO NAK PERGI?

Aku pun tak pernah tahu tentang asas tujuan penubuhan UMNO. Baru hari ini aku terlintas di depan tulisan blog UMNO yang lesu. Berikut adalah apa yang dimaksudkan.

ASAS DAN TUJUAN

  • UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
  • Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
  • Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
  • Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
  • Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
  • Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Di dalam banyak banyak perkara apa yang sudah berjaya? Tanya diri sendiri, kalau tak puas hati tanya orang UMNO. Tapi jangan pelik kalau mereka mempunyai alasan yang tidak KONKRIT kerana pemahaman mereka jauh lebih kurang dari kanak kanak sekolah. Mereka tidak faham tujuan menyebabkan selalunya perjalanan jauh tersasar. Agak agaknya kemanakah UMNO nak pergi?

Posting terkini

Blog Archive