KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Menteri Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Menteri Rasuah. Show all posts

Nov 5, 2008

To practices OPEN TENDER but ....

Open tenders to ensure transparency and value for money as well as to generate more income will be the way forward for the Government.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Government would ensure that a large portion of government procurement would be via open and restricted tenders.

“Procurement for bumiputra contracts will also be awarded via ‘competitive bidding’ among bumiputra companies,” he added.

Najib said it was the Government’s intention to have bumiputra contractors compete in a healthy manner to increase their resilience.

“However, the Government will still have the discretion to determine if there will be direct negotiations. This exemption on policy will only be made under certain conditions,” he said.... selanjutnya.

Sep 23, 2008

Siasat Campurtangan Abdullah Dalam BPR – AMK

suarakeadilan | menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kerana menyalahgunakan kuasanya mengarahkan agensi kerajaan itu menahan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.

Pada 22 September lalu, bekas Timbalan Presiden SAPP Raymond Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mendedahkan bahawa beliau berjaya merayu kepada Abdullah supaya tidak menahan Yong Teck Lee.

Abdullah pada masa itu Yong ditahan BPR, selepas pemimpin Sabah itu mengepalai usaha undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau. Yong disiasat BPR atas dakwaan rasuah, yang menurut Yong telah lama selesai 15 tahun lalu.

Bercakap dalam satu kenyataan media 23 September lalu, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Timbalan Ketua Menteri BN itu secara langsung menunjukkan campurtangan Abdullah dalam kerja-kerja BPR.

“Pendedahan tersebut, sekiranya didapati benar, pastinya amat mengejutkan rakyat. Ini berikutan sebelum ini Abdullah acapkali menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan penyiasatan oleh mana-mana badan penguatkuasa negara malah berusaha untuk menjadikan badan-badan tersebut bebas dari sebarang campurtangan pihak pemerintah,” tegas Shamsul.... selanjutnya.

Mar 24, 2008

Rekod buruk 2 menteri baru Selangor

detikdaily
Oleh Faisal Mustaffa
Setiausaha
Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kelana Jaya

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kelana Jaya mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya menteri dan timbalan menteri yang dilantik mengisytiharkan harta mereka.

Namun begitu, kami berasa kecewa dengan perlantikan beberapa angota kabinet yang baru dilantik kerana jelas mempunyai rekod yang buruk dan sesungguhnya tidak layak memegang jawatan dalam kabinet.

http://www.jonsonchong.com/site/wp-content/uploads/2007/08/muhammad2-taib.jpg
Senator Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

Beliau ialah bekas Menteri Besar Selangor. Muhammad pernah ditahan di Jabatan Imegresen Australia, Lapangan Terbang Australia atas kesalahan membawa USD2 juta dalam bentuk tunai tanpa mengisytiharkannya terlebih dahulu.

Beliau telah dibicarakan di Mahkamah Australia. Bagaimanapun Mahkamah telah menerima hujah peguam beliau ekoran kekeliruan terhadap papan tanda di lapangan terbang yang ditulis dalam bahasa inggeris.
Semasa perbicaraan tersebut beliau memohon supaya menyediakan seorang pakar bahasa dari Universiti Malaya sebagai penterjemah.

Sehingga kini, beliau masih tidak menyatakan tujuan utama wang tunai sebanyak itu dibawa masuk ke Australia dan punca memiliki wang sebanyak itu.

http://202.56.84.170/webserver/umnoonline/images/carta/umno/Mohd-Zin-Mohammed.gif
Datuk Ir. Mohd Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya)

Satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau pada 2001 kerana didapati menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malysia dan Bangladesh.

Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Bangladesh pada tahun 2007.

Pengarah Urusan Silkway Cargo ( agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS ), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.

Menurut pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Silkway Cargo itu, melalalui laporan akhbar Prothom Alo ( 31 Julai 2007), Bhorer Kagoj (12 November 2007), Daily Star ( 30 November 2007), Daily Ittefaque (3 Ogos 2007), beliau telah menjalankan pemindahan wang secara haram kepada Mohd Zin melalui samada setiausaha Mohd Zin, Hasnita binti Ahmad Bastaman ( di Maybank Cawangan Shah Alam melalui akaun nombor 512101058235) mahupun adiknya Mustafa Zin di Maybank, EON Bank dan Public Bank berhad bagi mengelak sebarang bukti.

Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap kali beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.

Manik juga mengaku bahawa beliau pernah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh, Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.

Manik kini sudah pun dibebaskan pada 10 Disember lalu dengan dikenakan denda sebanyak 50 crore Taka ( RM25 juta ). Manik juga didapati kes yang masih tertangguh dengan aset yang tidak diisytiharkan berjumlah 150 juta crore Taka ( RM75 juta).

Wang tersebut dipercayai dipunyai oleh Tariq Zia dan Arafat Rahman (Coco). Kedua-dua mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladeh , Khaleda Zia.

Zin memiliki 49% saham Silkway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindakan ke akaun Zin secara haram.

Posting terkini

Blog Archive