KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Murtad. Show all posts
Showing posts with label Murtad. Show all posts

May 10, 2008

'Keputusan isytihar keluar Islam tepat'

Bharian - [...] Beliau berkata begitu berikutan tiada peruntukan hukum murtad dalam konteks Malaysia (penguatkuasaan menyeluruh), tetapi pada masa sama menegaskan keadaan itu tidak menggalakkan murtad oleh mana-mana pihak.

“Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.

“Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, Hakim Othman memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam wanita itu dan memutuskan plaintif bukan lagi seorang Islam menurut Seksyen 61(3)b(x) Enakmen Aturcara Mal Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2004.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

MAIPP Diminta Beri Penjelasan Mengenai Kegagalannya Bimbing Saudara Baru

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/fairus.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) supaya memberi penjelasan mengenai kegagalannya membimbing dan menjaga kebajikan golongan mualaf di negeri itu sehingga ada yang kembali ke agam asal.

Beliau berkata Yang Dipertua MAIPP Shabuddin Yahaya perlu membuat penjelasan itu kerana kegagalan MAIPP telah memberi kesan kepada akidah seorang mualaf seperti dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah yang telah keluar daripada Islam setelah dibenarkan oleh mahkamah.

Katanya beliau amat sedih dan kecewa apabila membaca laporan akhbar mengenai teguran Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, yang telah mengendalikan perbicaraan kes wanita itu, bahawa MAIPP seharusnya menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk agama Islam.

"Saya kesal mengapa mereka boleh membiarkan perkara seperti ini berlaku dan di manakah tanggungjawab mereka terhadap golongan mualaf itu," kata Mohamad Fairus yang juga bertanggungjawab terhadap portfolio agama dalam exco kerajaan negeri....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Apr 24, 2008

Keputusan Kes Siti Fatimah Untuk Keluar Islam Diketahui 8 Mei

Bernama - Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang hari ini menetapkan 8 Mei ini untuk keputusan permohonan seorang wanita mualaf, Siti Fatimah Tan Abdullah, 38, bagi mendapatkan pengisytiharan keluar daripada Islam yang dikemukakannya dua tahun lepas.

Peguam syarie Ahmad Munawir Abdul Aziz, yang mewakili Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), berkata keputusan kes itu akan dibacakan oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini Ketua Hakim Syarie Perlis.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, beliau berkata, keputusan mengenai kes itu telah dibuat dan hanya menunggu ia diumumkan.

Pada 10 Julai 2006, Siti Fatimah atau nama asalnya Tan Ean Huang, memfailkan permohonannya itu dengan menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.

Menurut pernyataan tuntutannya, Siti Fatimah berkata beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.

Dia memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 Sept 2004. more...

Posting terkini

Blog Archive