Roslansms | Nampaknya konsert yang membariskan ratu rock Ella dan artis dangdut Mas Idayu akan diteruskan juga Ahad ini di Stadium Shah Alam sempena kejohanan bolasepak persahabatan Piala Sultan antara Selangor dan Singapura. Kerajaan negeri yang sepatutnya mengaturkan pertemuan antara Pemuda PAS Selangor (yang menghantar memorandum bantahan) dengan pihak istana berkenaan isu ini rupanya sehingga hari ini gagal mengaturkan pertemuan tersebut.
Menurut kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi:
Kami bersedia untuk merafak sembah Tuanku Sultan bagi memberi pandangan dan menjelaskan keadaan sebenar, tetapi tidak diuruskan oleh pihak kerajaan Negeri.
Sebagai jalan terakhir beliautelah mengarahkan semua Pemuda PAS Kawasan dan Negeri supaya menunaikan solat Hajat selama dua malam supaya Allah menghindarkan bala atau kemurkaan terhadap seluruh rakyat negeri Selangor.
Adalah difahamkan Pemuda PAS tidak akan berdemo pada hari berkenaan sebaliknya akan hadir mengedarkan risalah bagi menyedarkan anak-anak muda yang hadir di Stadium Shah Alam bermula petang Ahad, 6 Julai ini.... selanjutnya.
Jul 4, 2008
PAS tidak akan gadaikan prinsipnya
Labels: PAS shah alam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 1, 2008
Barisan Rakyat Tawan Stadium Melawati !!!
Tranungkite
Buat pertama kali dalam sejarah, 25ribu umat Islam menunaikan solat isyak dan solat sunat hajat di Stadium Melawati Shah Alam. Buat pertama kalinya juga, ceramah perdana sebegini dianjurkan dalam dewan yang serba besar, suara azan berkumandang, bacaan Quran didengarkan.
Adalah menjadi suatu detik kegembiraan di mana tiada lagi kawalan polis untuk menghalang ceramah, tiada lagi 'patrol' car yang meronda, tidaklah para hadirin ditimpa air hujan lagi kerana ceramah kali ini berlangsung di dewan yang selama ini digunakan untuk sukan badminton, bola keranjang dan lain lain lagi yakni stadium tertutup, Stadium Melawati.
Jumlah kedatangan juga seperti yang dijangka memenuhi stadium ini dan seramai itu jugalah umat yang tak dapat masuk ke dalam stadium kerana tiada ruang lagi. InsyaAllah, di masa akan datang, kita sekali lagi akan berhimpun tetapi bukan lagi di Stadium Melawati, tentunya stadium yang boleh menampung 110ribu pengunjung iaitu Stadium Shah Alam.
Program berikutnya dijangka pada 3 Mei 2008 di stadium yang sama iaitu Stadium Melawati dan antara penceramahnya pula ialah Md Sabu !
lagi gambar menarik ........ Tranungkite
Labels: PAS shah alam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
