KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label PAS terengganu. Show all posts
Showing posts with label PAS terengganu. Show all posts

Sep 14, 2008

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

wannordinwanyaacob |

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

Mar 9, 2008

PERJUANGAN

SUASANA TEGANG: Pasukan FRU cuba meleraikan suasana tegang yang ditimbulkan penyokong Pas berikutan tindakan mereka menahan bas yang membawa perantau pulang mengundi di Kampung Rusila, Marang.

Kemarahan sudah sampai ke tahap yang sukar di kawal. Ditekan ... ditekan....ia meletup akhirnya.

Mar 7, 2008

Polis Awasi Pintu Masuk Utama Ke Terengganu – PAS tidak boleh halang ‘citizen arrest’

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/polis1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

buletinonline
Kuala Terengganu, 6 Mac - Polis akan mengawasi semua pintumasuk utama ke negeri ini untuk mengelakkan cubaan pihak tertentu menghalangperjalanan pulang pengundi bagi menunaikan kewajipan mereka pada pilihan raya umum Sabtu ini

Agensi Bernama melaporkan, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob berkata langkah itu diambil bagi mengelak berlaku kejadian menghalang kenderaan yang membawa pengundi berdaftar ke kawasan pengundian masing-masing.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/ayub.gif” cannot be displayed, because it contains errors."Jika perlu polis akan mengiringi mana-mana kenderaan yang dinaiki pengundi sehingga di pusat pembuangan undi untuk memastikan keselamatan mereka terjamindan tidak diancam pihak tertentu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Ayub berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Roslan Shahir,Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bertekad melakukan apa sahaja bagi menghalang perjalanan bas yang didakwa membawa 80,000 pengundi termasuk dari beberapa universiti tempatan ke Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata hanya polis dan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mempunyai kuasa untuk menahan sebarang kenderaan dan mengawal lalu lintas.

"Saya minta semua pengundi di negeri ini supaya jangan takut kerana polis sedia memberi perlindungan, mereka yang terasa terancam atau cuba dipujuk oleh pihak tertentu untuk tidak mengundi, boleh lapor kepada pihak berkuasa dan kami sedia ambil tindakan," katanya.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/husam.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Sementara itu, Ayub berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan kekasaran atau apa sahaja perbuatan melanggar undang-undang dalam tempoh pilihan raya ini.

Beliau berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang ghairah untuk melakukan kekerasan dan melanggar undang-undang.

Malah, katanya polis juga akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang cuba menimbulkan ketakutan pengundi untuk mengundi melalui ceramah, propaganda dan kempen mereka.

Sementara itu Harakahdaily melaporkan di Kota Bharu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyatakan bahawa PAS tidak dapat menghalang rakyat menggunakan kuasa tangkapan orang awam (citizen arrest) ke atas 'pengundi hantu.

"Kalau ada orang awam buat tangkapan, saya tak boleh tahan ... pendekatan kita ialah solat hajat dan doa," kata beliau ketika ditanya adakah PAS akan menggunakan kuasa tangkapan itu untuk membanteras pengundi hantu.

Selain menekankan semua ahli dan penyokong PAS bersolat hajat, berdoa dan bermunajat kepada Allah untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya umum kali ini, Husam berkata, PAS juga mengambil pendekatan memberi peringatan.

PAS Kelantan, katanya, akan memasang poster-poster dan sepanduk-sepanduk mengingatkan pengundi-pengundi yang tidak sah atau lebih dikenali sebagai pengundi hantu tentang kemurkaan Allah atas pengkhianatan yang mereka lakukan.

Husam juga memberitahu bahawa pihaknya mendapat maklumat dari ibu pejabat Umno bahawa kira-kira 21,000 anak Kelantan di perantauan akan kembali dengan pengangkutan yang disediakan oleh Barisan Nasional (BN).

"Sebelum ini Perdana Menteri berkata ada 80,000 pengundi dari luar Kelantan yang akan kembali mengundi. Menantunya juga kata begitu. Yang dapat mereka bawa ialah 21,000, siapa lagi 60,000?" beliau mempersoalkan.

Beliau tidak menolak kemungkinan sebahagian dari 60,000 itu ialah mereka yang akan "mengundi berrtindih".

"Kita telah mendapat senarai penuh mereka yang didaftarkan dua kali dalam daftar pemilih," kata beliau yang menyifatkan daftar pengundi yang ada sekarang dijangkiti virus yang meruntuhkan demokrasi.

Beliau merujuk kepada nama mereka dalam senarai pengundi pos tetapi pada masa yang sama tersenarai juga dalam daftar yang di luar dari daftar pengundi pos.

"Nama-nama tersebut telah diserahkan kepada daerah-daerah mengundi," kata beliau sambil menekankan bahawa hanya tindakan yang tidak melanggar undang-undang sahaja yang akan diambil untuk menghalang pengundi bertindih tersebut dari mengundi.

Beliau juga meminta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya memberikan perhatian kepada masalah pengundi bertindih itu dan bukannya heboh dengan "gimik yang tidak diperlukan" yang beliau sifatkan "macam budak-budak".

Malaysiakini melaporkan, rumah Abdul Rashid hari ini disimbah cat warna merah, dipercayai sebagai bantahan keputusannya membatalkan pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.

Kejadian itu, dipercayai awal pagi atau tengah malam tadi, diketahui hari ini oleh pekerja rumahnya di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur.

Abdul Rashid memberitahu Malaysiakini, beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.

Perbuatan menyimbah cat merah bahagian pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, lapor laman web Utusan Malaysia.

Abdul Rashid bagaimanapun hanya menyedari perkara itu pada pukul 7.30 pagi ini ketika beliau menunggu pemandunya untuk keluar menuju ke pejabatnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengulas kejadian itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya.

SPR kelmarin membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal, hanya empat hari sebelum pengundian pada Sabtu ini.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada satu sidang akhbar di yang turut dihadiri ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan juga Musa.

Beberapa hari sebelumnya, pembangkang menegur SPR yang kelihatan berat hati untuk memperkenalkan penggunaan dakwat ersebut

Dec 27, 2007

300 BERI SOKONGAN



300 hadir memberikan sokongan Suwandi dan Azman saman kerajaan

Ditulis oleh SM Noor

dipetik: buletinonline

Kuala Terengganu, 27 Dis; 9.15am - Tiga ratus orang hadir di perkarangan mahkamah Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan kepada Suwandi dan Azman yang memfailkan saman kepada pihak polis dan kerajaan Malaysia

Saman Suwandi yang difailkan oleh Wan Mutalib & Co dan Azman oleh Tetuan Haris & Co. sampai diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 9.15 pagi. Kehadiran mereka disambut dengan seruan 'Allah yang maha Besar' oleh orang ramai yang hadir di situ.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Hj Yahaya Ali, memberikan sedikit penerangan kepada orang ramai yang hadir, dan meminta Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hj Azman Shapawi Abd Rani mengetuai doa, memohon supaya Allah memberikan keberkatan dan perkenan.

Selepas berdoa, orang rmai berarak menuju ke pintu pagar mahkamah dan dihalang oleh seorang polis yang telah ada disitu sejak pagi. /

Posting terkini

Blog Archive