KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label PEMUDA UMNO GILA KUASA. Show all posts
Showing posts with label PEMUDA UMNO GILA KUASA. Show all posts

Apr 9, 2008

Khairy ambil kesempatan saingan Dr Khir, Mukhriz

Harakahdaily - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin adalah orang paling bertuah ketika ini apabila bekas Menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir mengumumkan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Apa tidaknya kata sumber, perpecahan antara kelompok yang tidak 'sehaluan' dengan Khairy bakal memberi kelebihan kepada menantu Perdana Menteri itu dalam menyusun strateginya memastikan beliau menggantikan Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda.

Sumber berkata, jika Mukhriz dan Khir Toyo bergabung dan membenarkan hanya salah seorang daripada mereka menentang Khairy atau calon proksinya dalam pemilihan Disember ini, persaingan pastinya sengit.

Namun ada sumber pula menyatakan Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Sebaliknya akan menggunakan proksinya yang diketahui ramai (Dato' Norza Zakaria) untuk duduk seketika di kerusi panas itu sementara Khairy meneruskan kempen memperbaiki sokongan akar umbi pemuda ke atasnya.

Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang dikatakan memperlekeh sumbangan sayap-sayap Pemuda komponen lain BN. more...

Apr 5, 2008

Pemuda: Jangan Permainkan Ahli Lagi

kadirjasin.blogspot
KEMUNGKINAN berlaku pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno antara Khairy Jamaluddin, Dr Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir pada pemilihan Umno Disember ini tidak dapat dinafikan.

Sehingga kini, Dr Khir dan Mukhriz telah menawarkan diri mereka untuk dicalonkan. Hanya Khairy yang belum menyatakan pendirian.

(Oleh sebab tajuk ini mungkin mencetuskan reaksi yang pelbagai dan hangat di kalangan pembahas, saya mohon agar Saudara dan Saudari berhujah dengan waras, bijaksana dan sopan. Saya tidak akan melayan maki hamun dan tuduhan melulu.)

Penawaran diri oleh Dr Khir dan Mukhriz berlaku sebaik sahaja Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan itu.

Menteri Pelajaran itu belum menyatakan rancangannya, tetapi besar kemungkinan dia akan menawarkan diri sebagai calon naib presiden. more...

Apr 4, 2008

Battle for Umno Youth top job hots up

3.15pm latest:
themalaysianinsider
Selangor's former Umno supremo Mohd Khir Toyo has thrown his hat into the ring to succeed Hishammuddin Hussein as head of the Youth wing in December. Mukhriz Mahathir, as expected, has also confirmed his candidacy. Full report to come

Dec 30, 2007

PEMUDA UMNO GILA KUASA

Diperolehi dari laman blog Pemuda UMNO. Tak mahu cerita panjang tapi baca lah lapurannya. Kalau masih ragu ragu, layari sendiri blog berkenaan.

Mesyuarat Pemuda Genting yang bermasalah
dipetik: pemudalipis.blogspot.com

Aku baru balik dari Kg seberang jelai. tempat man janggut yang terkenal dengan menjual ubat kuat kui kui. Malam ni ada mesy pemuda umno seberang jelai. tempay ni bermasalah sikit. sebab salizam psu pemuda lipis gila jawatan nak kan jawatan ketua pemnuda kat sini. sampai memalukan ajk pemuda bahagian jerr.. bukan tahun pemilihan pun boleh jadi ada pemilihan ker? memang su yang tak baca perlembagaan parti lah engko ni bro. nasib si nizam dato abu tulis surat untuk kp yang sebenar. sampai MB pun tahu kes ni. haha padan muka abu salizam.

Posting terkini

Blog Archive