KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label PENGADIL BEBAS KERANA SALAH FAHAM?. Show all posts
Showing posts with label PENGADIL BEBAS KERANA SALAH FAHAM?. Show all posts

Dec 27, 2007

PENGADIL BEBAS KERANA SALAH FAHAM?

http://images.jupiterimages.com/common/detail/47/59/23245947.jpg

Pengadil dibebaskan
Berita Harian

BATU PAHAT: Seorang pengadil yang melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas diserbu sekumpulan pemain dan penyokong dalam pertandingan bola sepak di Rengit, Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.

Turut dibebaskan, lima pemain pasukan terbabit, Putera FC yang berusia antara 23 hingga 40 tahun yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan, kerana didakwa merusuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Azman Ab'lah, berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mereka yang terbabit akan dipanggil semula jika perlu.

"Kejadian itu bermula akibat salah faham dan dalam keadaan seperti itu (tertekan) biasa berlaku dalam pertandingan sukan, terutama bola sepak menyebabkan pemain dan penyokong pasukan bertindak agak agresif.

"Pengadil terbabit bertindak mempertahankan diri selepas merasakan dirinya terancam apabila diserbu dan siasatan lanjut juga sedang dijalankan terhadapnya kerana membawa senjata api," katanya ketika dihubungi, semalam.


No2umnO - Mempertahankan diri dengan menggunakan pistol tidak salah? Pengadil bawa pistol ke tengah padang, tidak salah? Undang -undang UMNO bikin. Itu lah jadinya. Ingatkan lumba lari sahaja pakai pistol, rupanya main bola pun pakai pistol. Di dalam berita TV3 malam tadi ada temubual dibuat terhadap peminat bola sepak yang menyalahkan penyokong yang tidak berdisiplin. Tiada seorang pun yang menyalahkan polis tersebut kerana bawa pistol ke tengah padang semasa menjadi pengadil. Nak jadi polis atau pengadil? Apa punya undang undang ni? Sekurang kurangnya bagi lah amaran ..... Malaysia semakin karut. Yang kena tembak, ditahan. Yang menembak, lepas. Yang menembak lepas, yang menyerbu pengadil bakal kena tindakan. Pooooraaaahhhhh.!!!

Posting terkini

Blog Archive