KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Pelik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pelik Malaysia. Show all posts

May 5, 2008

POLIGAMI ATAU POLIGAMA?


Kalau isteri bermadu di panggil poligami ... kalau suami bermadu mungkin di panggil poligama ... Dah ada....seperti berita berikut...

Siti Fatimah dan Wan Yusof semasa berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam.

Masih isteri orang tapi kahwin lelaki lain
Kosmo - Tuntut isteri. Seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki warga asing dua bulan lalu, diperintahkan tinggal berasingan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, selepas seorang lelaki lain mendakwa masih suami yang sah kepada wanita itu.

Hakim Sheikh Ahmad Sheikh Ismail membuat keputusan itu pada sebutan kes tersebut dan menetapkan 4 Jun sebagai tarikh perbicaraan.

Sementara menanti perbicaraan, beliau mengarahkan Siti Fatimah, 47, dikenakan mufaraqah atau tinggal berasingan dengan suaminya, Muhamad Abdullah @ Mihandar Singh yang baru dinikahinya Mac lalu. more..

Feb 24, 2008

PELIK TAPI BENAR: Sejadah berdiri

hmetro.com.my

KLANG: Seorang guru di Taman Kapar Setia, Kapar, di sini, berdepan pengalaman ‘pelik tapi benar’ apabila mendakwa sejadah miliknya yang dibeli ketika menunaikan haji di Makkah ‘berdiri’ dengan sendiri selama 32 jam, baru-baru ini.

Yusof Palil, 46, berkata kejadian mengejutkan itu berlaku pada jam 3 petang ketika dia dan anaknya, Kamarul Effendy, 16, menonton televisyen selepas menunaikan solat Zuhur.

“Selepas menunaikan solat, saya letak sejadah di atas kerusi dan berbaring untuk menonton televisyen bersama anak. Tiba-tiba anak saya memberitahu, dia melihat sejadah itu bergerak dan ‘berdiri’.

“Saya buat tak tahu saja kerana menganggapnya gurauan tetapi apabila saya melihat sendiri, memang benar apa yang diperkatakannya,” katanya.

Menurut Yusof, dalam keadaan tergamam, dia menyuruh anaknya memanggil jirannya supaya dapat membantu mengesahkan apa yang dilihatnya adalah satu kebenaran.

“Jiran saya beritahu memang benar sejadah itu berdiri dan dalam sekelip mata, kejadian itu heboh diperkatakan sehingga rumah saya tidak henti-henti dikunjungi penduduk setempat, rakan dan saudara mara.

“Yang menghairankan, sejadah itu ‘berdiri’ selama 32 jam, iaitu dari Isnin jam 3 petang sehingga Selasa jam 10 malam sebelum dilihat jatuh secara perlahan-lahan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, hampir 200 orang datang ke rumah saya bagi menyaksikan sejadah itu,” katanya yang bertugas sebagai guru Sains di Sekolah Kebangsaan Meru, Meru, Klang.

Yusof berkata, pada mulanya ramai yang ragu tetapi apabila diselidik, tiada objek tertentu digunakan untuk membuatkan sejadah itu berdiri. Malah, keadaan sejadah itu lembut dan tidak dapat dibentuk sehingga mampu berdiri.

Katanya, ramai tetamu yang berkunjung ke rumahnya mengambil gambar sejadah ‘berdiri’ itu dan mujur adik iparnya turut mengambil gambar kerana jika tidak, mungkin tiada kenangan untuknya.

“Sejadah buatan Turki itu saya beli di Madinah dengan harga RM20 dan saya menggunakannya sepanjang menunaikan haji. Saya terus menggunakan sejadah itu apabila pulang ke negara ini.

“Hanya selepas sebulan, baru kejadian itu berlaku. Selepas tempoh 32 jam itu sehingga hari ini, kejadian itu tidak berlaku lagi,” katanya.

Menurut Yusof, tiada kejadian pelik mahupun menakutkan berlaku kepada dirinya sebelum dan selepas kejadian itu.

“Semua itu kuasa Allah. Saya tidak ambil pusing terhadap pelbagai andaian yang ditimbulkan terhadap kejadian itu. Sehingga hari ini saya tetap menggunakan sejadah itu,” katanya.

Sementara itu, jiran Yusof, Nor Azizah Misron, 33, yang juga suri rumah, berkata sepanjang sejadah itu berdiri, dia berulang kali menyaksikannya.

“Memang saya terkejut, seram pun ada juga kerana sejadah itu berdiri sendiri tanpa ada objek menyokongnya,” katanya.

No2umnO - dulu pernah berlaku di luar negara. Sejadah bersolat. Berikut adalah clipnya :

Feb 1, 2008

JUAL DULU, LARANGAN KEMUDIAN


Amaran: Minuman ringan guna label buah ada alkohol

Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS

PULAU PINANG 31 Jan. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati ketika membeli minuman ringan untuk anak mereka kerana ada antara minuman itu mengandungi alkohol.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu, yang antara lainnya menggunakan label dan gambar buah-buahan, didapati mengandungi kadar alkohol sehingga 5.5 peratus.

‘‘Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak.

‘‘Kandungan alkohol 5.5 peratus itu tinggi, tetapi ia masih lagi bebas dijual kepada kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat CAP di sini hari ini.

Mohamed mendakwa, maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca yang membuatkan pengguna menyangka bahawa mereka membeli minuman buah-buahan atau minuman ringan.

Beliau menegaskan, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana undang-undang negara ini dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol dilarang sama sekali kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah.

‘‘Tetapi kini ia dijual dengan bebas kepada pelajar sekolah dan mudah diperoleh di pasar raya besar serta kedai roti sekitar ibu kota,” jelas beliau.

Menurutnya, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan bahawa anak mereka sudah mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.

‘‘Mereka bimbang anak mereka mungkin menjadi penagih alkohol disebabkan minuman ringan itu mengandungi kandungan alkohol yang tinggi,” ujarnya.

Ekoran pendedahan itu, Mohamed berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menjual minuman itu kepada golongan muda.

Posting terkini

Blog Archive