harakah | ....Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (KeADILan-Permatang Pauh) menegaskan implikasi tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Umno-BN yang masih mengamalkan pengurusan pendidikan secara tidak profesional.
"Sekarang ini negara kita berada dalam keadaan sangat lemah apabila kedudukan universiti kita juga berada di bawah paras 200 pada ranking kedudukan universiti dunia terbaik," katanya semasa membahaskan Belanjawan 2009 pada sidang dewan Rakyat semalam.
Tambahnya, kedudukan universiti di Beijing, Singapura malah di Chulalongkorn, Thailand juga kini telah mengatasi universiti-universiti di Malaysia.
"Hal ini adalah tidak lain kerana kerajaan melantik timbalan Naib Canselor yang pandai mengampu Perdana Menteri hanya dengan membuat sajak, bukan kerana kepakaran dan kemampuan mengurus tadbir bagi meningkatkan mutu institusi pendidikan tersebut," katanya lagi.
Pada masa yang sama, beliau turut menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang menyatakan mengenai sikap yang diambil oleh kerajaan terhadap mahasiswa dan pensyarah di universiti. ... selanjutnya.
Oct 14, 2008
Mutu pendidikan menjunam, TNC hanya tahu mengampu PM
Labels: Politik universiti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 9, 2008
Pilihan raya kampus dipengaruhi kesan pilihan raya umum?
Mstar | Perubahan persekitaran politik negara ketika pilihan raya umum tujuh bulan lalu lalu bakal membawa kesan ke atas pilihan raya kampus atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini?
Pilihan raya kampus, yang sebelum Aidilfitri dikatakan akan diadakan minggu depan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, kini telah diubah tarikh ke Disember ataupun awal tahun depan.
mStar Onlineketika menghubungi beberapa wakil pelajar memaklumkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk mengadakan pilihan raya pertengahan bulan ini iaitu minggu depan.
Bagaimanapun maklumat terkini, diperoleh semalam, ia kini ditunda ke hujung tahun ataupun awal Januari.
Pun begitu, perubahan aliran pemikiran pemimpin mahasiswa di universiti-universiti tempatan dilihat berkemungkinan didorong oleh pentadbiran kerajaan negeri khususnya bagi negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat iaitu di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Jurucakap Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Afandy Sutrisno Tanjung bersetuju bahawa arus politik perdana sedikit sebanyak akan mempengaruhi suasana politik kampus pada pilihan raya kampus nanti.
"Saya tak nafikan pilihan raya umum lalu memberi impak kepada mahasiswa dalam kampus terutamanya dari segi corak pemikiran.
"Boleh dikatakan mahasiswa pada hari ini mahukan trend perubahan yang baru," katanya ketika dihubungi mStar Online.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Politik universiti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 17, 2008
Warga HUKM marah benar dengan Naib Canselornya
harakahdaily - Saya baru berjumpa dengan rakan lama saya, seorang pensyarah UKM. Terkejut saya apabila dia begitu marah dengan Naib Canselor UKM, Prof Dr Sharifah Hapsah, yang disifatkannya hanya mementingkan imej universiti dan bagaimana mahu nampak hebat dari segi fizikalnya sahaja.
Macam-macam cerita yang diluahkannya terutama perasaan pensyarah lain yang turut marah dengan Dr Sharifah. Beliau memberitahu ramai pakar-pakar di Hospital UKM Cheras sudah begitu kecewa dengan layanan anak emas kepada seorang profesor ulung, Tan Hock Lim.
Sudahlah dibayar sehingga berjuta-juta ringgit tetapi tiada kesan hebat yang dibawa kepada UKM. Kawan saya itu bercerita lagi dengan perasaan marah bagaimana dewan-dewan bedah direkabentuk semula tanpa mengambil kira keperluan harian yang diperlukan oleh HUKM.
Dari raut mukanya saya dapat bayangkan bahawa ramai kakitangan UKM yang lain turut memendam rasa. Dan ini tentulah sesuatu yang tidak baik kepada UKM. Dia turut memaklumkan bahawa hal berkenaan sudah dibawa ke Parlimen dan beliau setuju sangat dengan gesaan ketua pemuda PAS, Salahudin Ayub agar Menteri Pengajian Tinggi sendiri turun bertanya khabar apa sebenarnya yang berlaku.
Labels: Politik universiti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
