
Mar 27, 2008
Mar 22, 2008
PROWARIS TERUS DESAK PAK LAH UNDUR
ProWaris desak PM letak jawatan
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) mendesak Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya berikutan kegagalan beliau dalam mempertahankan prestasi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sebelum ini.
"BN di bawah Abdullah telah gagal menyelamatkan jumlah kerusi Parlimen dan hal kehilangan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada Barisan Rakyat (BR) adalah petanda jelas tentang wujudnya semacam protes rakyat secara besar-besaran ke atas BN.
"Kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihan raya kali ini telah membuktikan Abdullah adalah pemimpin Melayu paling lemah dalam tempoh 50 tahun belakangan ini," demikian kata Presiden ProWaris Feriz Omar menerusi laman sesawang pertubuhan itu.
Menurutnya, hal kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur yang gagal dihidu BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Abdullah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera pilihan raya sebelum ini.
"Jentera-jentera Umno dan BN telah bekerja sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan pilihan raya kali ini menjadi milik BN. Tapi, isu keperibadian Abdullah dalam memimpin, isu Khairy mempengaruhi keputusan Abdullah, isu Scomi mengaut kontrak-kontrak kerajaan dan perilaku tidak senonoh beberapa pimpinan Umno dan BN adalah punca utama protes rakyat ke atas Umno dan BN.
"Perkembangan negatif ini amat menggusarkan Umno dan orang Melayu seluruh negara kerana sejak kemenangan pilihan raya lalu, Abdullah telah menunjukkan banyak kelemahan ketara dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk Umno dan BN dalam pilihan raya terbaru," kata Feriz.
Menurut beliau, kegagalan Abdullah mempamerkan contoh moral positif Islam Hadhari, menangani isu kenaikan harga minyak, harga barang, peningkatan peratusan jenayah yang mendadak, ketagihan dadah yang makin kritikal, murtad, kelembapan ekonomi negara, dan pelbagai masalah lain lagi telah menyebabkan Abdullah dilihat sebagai Perdana Menteri yang cuai dan lalai.
"Semua isu ini sekali gus menunjukkan bahawa beliau telah gagal menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat dengan penuh cekap dan berkesan.
"Hubungan Abdullah di peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan beliau adalah tidak berkesan malahan beliau dilihat sebagai pemimpin yang hanya mencukupkan korum lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata para pemimpin negara-negara Islam," katanya.
Abdullah perlu letak jawatan demi maruah bangsa Melayu
Demi tanggungjawab dan maruah Melayu, tambah beliau, selurus ahli ProWaris mendesak dan menuntut Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dalam masa terdekat.
"Percayalah, Abdullah akan terus dikaburi pimpinan atasan dan orang sekelilingnya atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak beliau berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno berselerakan di seluruh tanahair.
"ProWaris khuatir protes rakyat Malaysia ini akan berpanjangan sekali gus menyemarakkan gerakan revolusi akar umbi terhadap kepimpinan tertinggi Umno dan BN yang akhirnya memberi kesan negatif terhadap produktiviti negara sekiranya Abdullah terus memandang remeh terhadap kehendak rakyat," kata beliau.
Menurut Feriz, ProWaris berpendapat bahawa tiba masanya orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri.
"Orang Melayu tidak lagi boleh tunduk kepada kelemahan dan kealpaan pemimpin mereka yang berterusan mengugut dan menuntut kesetiaan orang Melayu semata-mata demi 'survival' mereka yang telah menghancurkan amanah, harapan dan maruah bangsa Melayu.
"ProWaris ingin melihat kehadiran seorang pemimpin Melayu yang tidak menderhaka kepada rakyat dan benar-benar menitikberatkan masa depan negara dan orang Melayu khasnya. Golongan seperti inilah yang perlu diberi peluang dan mandat mengembalikan maruah Umno dan BN untuk menerajui negara ke arah Wawasan 2020," kata beliau.
Labels: Prowaris
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 19, 2008
SURAT PROWARIS
http://www.umno-reform.com/
No2umnO - Percaturan politik sungguh simbolik. Nah....sekarang adalah masa untuk mencipta nama. Siapa yang bijak, perjudian nasib ini akan mampu mencipta nama. Perjuangan akan menjadi jauh atau dekat. Masa untuk memilih.... Terlibat dengan politik atau terus makan gaji?
Ada yang sudah mampu menghidu kesudahan cerita ini. Pak lah akan berundur apabila ramai pihak mendesak. Kalau Pak Lah angkat tangan, pihak yang menyerangnya akan memperolehi faedah. Kalau Pak lah terus duduk disana, tempoh kejayaan sedikit panjang tempohnya. Pak Lah bukan lah objek utama, yang penting adalah menantunya. Sejauh mana Khairy mampu menahan asakan ramai pihak?
Wak pun nak buat surat......Kandungannya singkat saja "PAK LAH LETAK LAH JAWATAN". Tapi sapa yang kenal aku? Kalau Pak Lah berundur, aku masih disini. Kalau Pak Lah kekal, aku pun masih disini. Tiada agenda politik dan cuma untuk tumpang semangkok, kecoh kecoh.
Labels: Prowaris
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mar 18, 2008
PROWARIS MENUNTUT PAK LAH LETAK JAWATAN
Prowaris
KUALA LUMPUR, 18 MAC 2008 / 10 RABI’UL AWAL 1429H - Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan jumlah kemenangan kerusi di Parlimen serta kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada pihak pembangkang merupakan petanda jelas “PROTES RAKYAT MALAYSIA” terhadap BN. Berdasarkan kekalahan teruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Ke-12 ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi adalah merupakan PEMIMPIN MELAYU PALING LEMAH DALAM TEMPOH 50 TAHUN.
Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.
Menurut pengamatan ProWaris dalam Media-Media Alternatif, jentera-jentera UMNO dan BN telah melakukan sehabis baik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Ke-12 milik BN namun ISU KEPERIBADIAN PAK LAH DALAM MEMIMPIN, ISU KHAIRY JAMALUDIN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PAK LAH, ISU SICOMI MENGAUT KEBANYAKAN KONTRAK KERAJAAN SERTA PERILAKU TIDAK SENONOH BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO DAN BN adalah PUNCA UTAMA PROTES RAKYAT MALAYSIA TERHADAP BN DAN UMNO.
Perkembangan negatif ini amat menggusarkan UMNO dan orang Melayu di seluruh tanah air kerana semenjak kemenangan pilihanraya 2004, Pak Lah telah banyak menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara di dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 baru-baru ini.
KEGAGALAN PAK LAH MEMPAMERKAN CONTOH MORAL POSITIF ISLAM HADHARI, MENANGANI ISU HARGA MINYAK, ISU KENAIKAN HARGA BARANG, PENINGKATAN PERATUSAN JENAYAH YANG MENDADAK, ISU DADAH YANG SEMAKIN KRITIKAL, ISU MURTAD, KELEMBAPAN EKONOMI NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MASALAH LAIN telah menyebabkan PAK LAH DILIHAT SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG CUAI DAN LALAI sekaligus GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT dengan penuh cekap dan berkesan.
ProWaris juga sedar bahawa hubungan Pak Lah di peringkat antarabangsa juga telah menunjukkan peranan yang tidak berkesan malahan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG HANYA MENCUKUPKAN KORUM lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata negara-negara Islam.
Atas rasa tanggung jawab dan demi maruah orang Melayu, kami PROWARIS DENGAN SEPENUH SUARA MENDESAK DAN MENUNTUT PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA PRESIDEN UMNO DI DALAM MASA YANG TERDEKAT.
Percayalah bahawa Pak Lah akan terus dibuai dan dikaburi oleh kepimpinan atasan serta orang sekeliling Pak Lah atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO berselerakan di seluruh tanahair. ProWaris khuatir PROTES RAKYAT MALAYSIA ini akan berpanjangan sekaligus menyemarakkan gerakan REVOLUSI AKAR UMBI terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang akhirnya akan memberikan KESAN NEGATIF TERHADAP PRODUKTIVITI NEGARA SEKIRANYA PAK LAH TERUS MEMANDANG REMEH TERHADAP KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA.
PROWARIS sangat yakin dan berpendapat bahawa kini telah tiba masanya untuk orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH TUNDUK KEPADA KELEMAHAN DAN KEALPAAN PEMIMPIN MEREKA YANG TERUS-TERUSAN MENGUGUT DAN MENUNTUT KESETIAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA DEMI “SURVIVAL” MEREKA YANG TELAH MENGHANCURKAN AMANAH, HARAPAN DAN MARUAH BANGSA MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.
SESUNGGUHNYA, MULAI DARI TIKA DAN SAAT INI, PROWARIS INGIN MELIHAT SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MENDERHAKA KEPADA RAKYAT DAN BENAR-BENAR MENITIK BERATKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ORANG MELAYU KHUSUSNYA, DIBERIKAN PELUANG DAN MANDAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU DAN MENERAJU NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020.
FERIZ OMAR
Presiden PROWARIS Malaysia
Bagi Pihak Barisan Peneraju & Ahli Majlis Penasihat PROWARIS Malaysia
Labels: Prowaris
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments