KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rapid Mogok. Show all posts
Showing posts with label Rapid Mogok. Show all posts

Feb 8, 2008

YANG BERJUANG DIGELAR 'DALANG'

Kesemua 200 pemandu terbabit berkumpul secara aman di hadapan pejabat pengurusan syarikat itu kerana tidak berpuas hati mengenai soal gaji dan pembayaran bonus.

Mogok: 10 pemandu RapidKL dipecat
utusan

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) mengambil tindakan tegas dengan memecat 10 pemandu bas syarikat itu yang didakwa menjadi dalang mogok di depoh syarikat itu di Shah Alam, Ahad lepas.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL (Bahagian Bas), Mohd. Ali Mohd. Nor berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati dalang punca mogok tersebut dilakukan oleh 10 pemandu bas syarikat berkenaan.

“Mereka yang terbabit itu telah dibuang kerja kerana telah menghalang pemandu lain daripada bekerja pada Ahad lepas dan menghasut rakan-rakannya untuk turut sama mogok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan RapidKL untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemandu bas syarikat berkenaan yang melancarkan mogok tersebut.

Kesemua 200 pemandu terbabit berkumpul secara aman di hadapan pejabat pengurusan syarikat itu kerana tidak berpuas hati mengenai soal gaji dan pembayaran bonus. More...

No2umnO - Mogok kerana tidak Rapid tidak membayar KWSP sejak bila Rapid KL dan Penang beroperasi? Baru nak cerita pasal KWSP tapi berita di atas, tidak sebut pun tentang KWSP. Semuanya cerita tentang kenaikan gaji dan elaun.

Kalau dah kroni tu.....kroni juga. Dari atas sampai bawah menipu dan berbohong. Tak jemu ke mereka ni menggelembong?

Feb 5, 2008

RapidPenang pulak Mogok


Ribuan penumpang terkandas akibat pemandu RapidPenang mogok

PULAU PINANG 5 Feb — Ribuan penumpang bas RapidPenang Sdn Bhd hari ini terkandas setelah sekumpulan pemandunya melancarkan mogok berikutan masalah dalaman dengan majikan.

Berpuluh-puluh buah bas syarikat itu tersadai di depotnya di Sungai Nibong manakala pemandu duduk di sekitar kawasan itu sehingga pihak pengurusan syarikat datang untuk berunding.

Selain Sungai Nibong, depot lain yang terlibat ialah di Balik Pulau, Tanjung Bungah dan Seberang Perai.

Beberapa pemandu yang ditemui berkata, mereka hanya akan kembali bertugas sekiranya majikan menyelesaikan 15 tuntutan yang dibuat sejak mereka mula bertugas penghujung Julai tahun lepas.

Antara permintaan mereka itu ialah mengenai kenaikan gaji, caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan surat pengesahan jawatan.-

Rapid Penang strike leaves Penang commuters stranded

By BERNARD SEE, K. KASTURI DEWI and K. SUTHAKAR

PENANG: Thousands of bus commuters rushing for work and last minute Chinese New Year shopping were stranded at bus terminals and bus stops on the island when Rapid Penang ceased its operations due to a strike by its drivers.

They were caught unaware and left standing for hours as the 100-odd bus drivers refused to start their engines when reporting for work at 6am Tuesday.

Posting terkini

Blog Archive