KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rasuah Imigresen. Show all posts
Showing posts with label Rasuah Imigresen. Show all posts

Jul 12, 2008

Seorang lagi pegawai kanan Imigresen ditahan

malaysiakini | ....Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang lagi pegawai kanan Imigresen bagi membantu siasatan kes rasuah mempercepatkan pengeluaran visa pekerja asing.

Pegawai berkenaan ditahan di rumahnya, awal pagi ini, demikian menurut laporan Utusan Online.

Pegawai kanan itu dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Semalam, BPR menahan reman tujuh orang termasuk Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don, 55, bagi kesalahan yang sama.

Kesemua mereka kini ditahan reman antara empat hingga lima hari untuk membantu siasatan.

Kes tersebut terbongkar berikutan aduan yang diterima BPR pada awal bulan ini yang mendakwa seorang ejen meminta bayaran RM350 daripada setiap pekerja asing untuk diberikan kepada pegawai kanan di Jabatan Imigresen.... selanjutnya.

Pautan lain Rasuah visa: Lagi pegawai kanan Imigresen, abang ipar ditahan

Datuk di tahan, RM500,000 dirampas

malaysiakini | ....Dalam satu sidang akhbar hari ini, Pengarah Siasatan BPR, Shukri Abdull berkata, ketua pengarah yang berpangkat Datuk, ditahan dirumahnya di Damansara malam tadi.

Manakala enam orang lagi itu, termasuk ahli perniagaan terbabit dalam bekalan tenaga kerja kepada syarikat tempatan. Tiga daripada mereka bergelar Datuk.

Wang tunai kira-kira RM500,000 dan visa turut dirampas. Ketujuh-tujuh mereka disiasat meengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Walaupun BPR tidak menyebut sebarang nama, tetapi Bernama melaporkan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen di ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada buruh asing.... selanjutnya.

berita lain - Wahid Believed To Have Be Detained For Investigation | Sinchew

Posting terkini

Blog Archive