KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rustam Sani. Show all posts
Showing posts with label Rustam Sani. Show all posts

Apr 27, 2008

Indahnya bekerja di sisi Rustam

cerita menarik ini lupa untuk dimuatkan di dalam blog ini.....

Malaysiakini - Saya mengenali pemimpin politik dan penulis terbilang Rustam A Sani semasa bertugas sebagai pemberita Berita Keadilan pada akhir Januari 2001.

Ketika itu operasi buletin rasmi Parti Keadilan Nasional berpusat di Institut Kajian Dasar (IKD) di Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

rustam sani diedRustam menjadi ketua pengarang bersama pengarah eksekutif IKD Khalid Jaafar, orang kuat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai ketua pengarang, Rustam tidak perlu datang setiap hari. Selalunya, beliau datang pada hari tanggal mati (deadline) iaitu hari Ahad untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir bersama-sama Khalid.

Bagaimanapun, jika diteliti atau dibuat perbandingan, Khalid yang banyak menentukan kandungan-kandungan berita dalam tabloid tersebut. Rustam hanya mengikut dan mengiyakan sahaja.

Selain saya, pemberita-pemberita lain termasuklah Ahmad Zaki Yamani Zainon, Faisal Mustaffa dan Chua Seong Koon - yang banyak menulis mengenai masyarakat Cina.

Bagaimanapun jodoh saya dengan Berita Keadilan tidak panjang. Saya telah "dipecat" dalam satu insiden yang saya kira dicipta untuk menendang keluar saya.

Tetapi saya tidak keseorangan. Zaki Yamani, pemuja Anwar bersama dua petugas grafik serta Rustam turut meninggalkan IKD dan Berita Keadilan.

Kerana ketiadaan pejabat, rumah Rustam di Bukit Lela, Gombak dijadikan markas operasi penerbitan Suara PRM, organ rasmi Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Berbanding Berita Keadilan, Suara PRM mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk dua minggu sekali.

Sebenarnya kami sangat mewah semasa berpejabat di rumah Rustam.

Isterinya Ruhani Zainal Abidin (foto bawah: tiga dari kanan), yang baru bersara daripada jawatan pustakawan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak putus-putus menyediakan makanan dan minuman.

rustam sani funeral 230408 familySetelah beroperasi beberapa minggu di rumah Rustam, Suara PRM memiliki pejabat sendiri di sebuah rumah kedai di Taman Danau Kota, Setapak.

Sekali-sekala, ia menjadi tempat tempat mesyuarat PRM. Oleh kerana itu, semua pimpinan tinggi parti itu pernah berkunjung ke pejabat Suara PRM.

Saya diberitahu oleh Zaki Yamani, taman perumahan itu dipilih kerana ia berdekatan dengan rumah Rustam dan memudahkan beliau datang ke pejabat.

Tugas menyiapkan buletin Suara PRM menjadi lebih mudah kerana selain Rustam yang menyumbangkan artikel-artikel, malah anak perempuannya Ariani (foto bawah: dua dari kanan) turut menyumbang terutama dalam bidang ekonomi.

Rustam tidak pernah mengadu mengenai isi kandungan Suara PRM, walaupun saya dapat merasakan ia tidaklah sebaik mana.

Mungkin kerana saya telah senior dalam bidang ini, Rustam selaku ketua pengarang Suara PRM tidak banyak pernah merungut mengenai berita-berita yang saya tulis.

Lagipun, daripada pemerhatian saya, beliau tidak suka menyusahkan orang lain.

Bagi saya Rustam bukan hanya seorang ketua pengarang Suara PRM, sebaliknya lebih daripada itu.

Saya selalu menumpang kereta Toyotanya untuk pulang ke Kampung Baru apabila menghadiri majlis bersamanya. Dan beliau pula tidak pernah merungut berbuat demikian.

Satu perkara lagi, Rustam seorang yang tidak pernah kedekut. Beliau selalu berbelanja rakan wartawannya tidak kiralah berapa kali dalam sehari.

Secara jujur saya boleh katakan begini. Tiada satupun kesalahan Rustam terhadap saya sepanjang persahabatan sejak tahun 2001.

Cuma saya agak kesal kerana tidak menuntut ilmu penulisan daripada Rustam. Pada pandangan saya, Rustam tidak akan lokek mencurahkan ilmunya kepada saya.

Mulai akhir 2004, saya jarang menemui Rustam kerana agak kesibukan setelah menyertai Malaysiakini.

Namun kenangan indah bersamanya masih segar hingga ke hari ini.
Muda Mohd Noor seorang wartawan di Malaysiakini

Rujuk artikel lain :

20 tahun bersama Rustam
Perginya seorang intelektual awam

Apr 23, 2008

Perginya Rustam A Sani, Malaysia kehilangan sebutir permata

siasah - (...) Beliau meninggalkan isteri, Puan Rohani, dua anak, seorang lelaki dan seorang wanita serta cucu.

Jenazah Rustam, kolumnis Siasah itu akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Taman Ibu Kota selepas Zohor nanti.

Antara yang awal menziarahi jenazah Rustam adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga bakal Ketua Pembangkang, Datik Seri Dr Wan Azizah.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda, Salahudin Ayub. Ia diikuti kemudiannya Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan juga bekas Ketua Pengarang Utusan, Datuk Johan Jaafar. more...

Bacakan tulisan terakhir beliau.....sama sama kita sedekah kan Al-Fatihah agar roh beliau dicucuri rahmat. InsyaAllah ....
Tulisan terakhir Rustam: Mahathir yang celupar

ALFATIHAH ... RUSTAM SANI MENINGGAL DUNIA


TERKINI !!!
Malaysiakini
Author, blogger, ex-politician Rustam Sani dies
breaking news al-fatihah Political analyst Rustam Sani passed away early this morning in his house in Gombak, Selangor. He was 64.

lain berita>

Al Fatihah -- Rustam A Sani
Academician, scholar and political activist Rustam A Sani passed away suddenly at about 2.30am at his home in Gombak. He was 63.

He is survived by his wife, Rohani, his children (Azrani and Ariani) and grandaughter, Arissa.

He will be buried at the Taman Ibukota Muslim Cemetery in Gombak after Zuhur prayers.

Rustam was a newspaper columnist and a poet. He was also involved in a multitude of political, social and literary activities.

M Bakri Musa, describing Rustam, said this:

"The nationalist’s blood runs too deep in Rustam’s veins. His father, the late Ahmad Boestaman, was a firebrand nationalist and an early leader in the movement for Merdeka."
More here.

Rustam was a blogger - Suara Rakyat (Vox Populi) and Suara Ku. (See here and here. )

Rujuk berita lain
Al-Fatihah untuk Rustam Sani
Al-Fatihah:Rustam Sani Kembali Ke Rahmatullah
Al Fatihah
Rustam A. Sani, anak Boestamam kembali ke Rahmatullah
Rustam A Sani meninggal dunia
Perginya Allahyarham Pak Rustam..

artikel terakhir :
Aliran - Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?

Posting terkini

Blog Archive