KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Samseng Ah Long. Show all posts
Showing posts with label Samseng Ah Long. Show all posts

Apr 9, 2008

Kontraktor tidak dibayar


MICHAEL CHONG (duduk tengah) bersama 11 subkontraktor yang mendakwa terpaksa menanggung hutang RM2 juta pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Kosmo - Nasib seramai 11 subkontraktor yang sebelum ini berjaya menyiapkan beberapa projek kini bagai 'telur di hujung tanduk' kerana terpaksa menanggung beban hutang hampir RM2 juta ekoran kegagalan kontraktor utama melangsaikan bayaran kepada mereka.

Lebih menyedihkan, ada di kalangan mereka kini menderita dan menjadi buruan ah long kerana gagal melunaskan hutang mereka yang digunakan untuk membayar gaji pekerja dan bahan binaan. more...

No2umnO - kontraktor-kontraktor utama yang terdiri daripada syarikat yang tersenarai di bursa saham dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) .... Kalah pilihanraya menjadi punca atau komisyen lebih dari untung, atau mungkin juga tokey joli lebih dari bayar utang. Haiii....macam macam.

Apr 5, 2008

Ditipu ah long ... jumpa MCA

klpos
KUALA LUMPUR – Ah long biasanya mengganas bila hutang tak dibayar tetapi bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Lina, 22, ah long menipunya sebanyak RM5,000 sebelum sempat membuat pinjaman.


LINA (kiri) menunjukkan laporan polis kepada Michael Chong berhubung kes penipuan pinjaman ah long di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

Menceritakan semula kejadian, mangsa memberitahu, dia mula berurusan dengan ah long penghujung tahun lalu selepas lebih 10 pinjaman peribadi yang dibuat di bank tidak diluluskan.

Menurut Lina, dia mula tertarik untuk membuat pinjaman dengan ceti haram itu selepas melihat satu iklan di rumahnya di Setiawangsa.

“Selepas menghubungi seorang lelaki bernama Lee untuk membuat pinjaman sebanyak RM5,000, dia kemudian meminta saya menunggu panggilan daripada rakannya bagi membantu saya mendapatkan pinjaman tersebut,” katanya di Wisma MCA semalam.

Beberapa hari kemudian, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ah Seng menghubunginya dan meminta dia memasukkan wang duti setem sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun. more....

No2umnO - Kenapa tak jumpa UMNO?

Posting terkini

Blog Archive