Mar 29, 2008
Sambutan Luar Biasa – Tuanku Terharu!
Buletinonline
Kuala Terengganu, 29 Mac – Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu ke negeri Terengganu diberikan sambutan luar biasa oleh rakyat jelata yang datang dari segenap pelusuk. Pesawat khas yang membawa Tuanku mendarat sekitar jam 10.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.Semua orang kenamaan dan VIP kelihatan telah memasuki terminal eksklusif yang belum dinamakan lagi, kerana seluruh terminal masih dalam pembinaan
Diantara mereka adalah pemimpin PAS termasuk Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Rakyat berdiri di kiri kanan jalan sejauh tidak kurang dari 5km, telah menunggu seawal jam 7.00 pagi, berasa lega apabila pintu terminal ekskusif di buka dan Tuan Ku Mizan muncul disambut dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku.
Rakyat Terengganu hari ini benar-benar telah mencipta sejarah, berduyun-duyun menyambut keberangkatan pulang Tuanku,setelah Tuanku menggunakan kebijaksanaan melalui wakilnya Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR), menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.Pelantikan Ahmad Said pada 22hb Mac sekaligus mengenepikan Idris Jusoh, mendapat sokongan rakyat. walaupun Ahmad sendiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan seperjuangannya didalam UMNO.
Majlis penerimaan watikah pelantikan Ahmad pada pagi 23hb Mac telah diboikot dan dibantah oleh Geng 23 ADUN UMNO/BN Terengganu yang diketuai oleh Rosol Wahid, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.
Tidak cukup dengan menghantar nota bantahan yang ditandatangani oleh Geng 23, penyokong-penyokong taksub Idris Jusoh dan UMNO Terengganu telah mengadakan perhimpunan haram dan menaikkan kain rentang yang telah menghina Institusi Beraja.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru awal-awal lagi menegaskan melalui kenyataannya kepada media, PAS menyokong keputusan MPPR melantik sesiapa saja sebagai MB Terengganu, namun bukan menyokong individu yang dilantik secara peribadi.Kenyataan Presiden disokong oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali yang mengajak rakyat berdiri teguh dibelakang Tuanku dan MPPR, mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan.
Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengeluarkan watikah pelantikan kepada Idris Jusoh membuat kenyataan mengatakan pelantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan perlembagaan, sekaligus menolak titah Tuanku dan istana Terengganu.Namun akhirnya Perdana Menteri itu tunduk dan meyedari bahawa kuasa UMNO tidak berupaya melampaui kuasa Sultan dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 27hb Mac, akhirnya memperakui pelantikan Ahmad Said.
Kemelut pelantikan MB Terengganu telah berlanjutan sejak pembatalan majlis angkat sumpah MB pada 10hb Mac disebabkan oleh kemurkaan Tuanku dan pihak istana Terengganu yang tidak perkenan kepada Idris Jusoh.
Dianggarkan lebih 10,000 orang telah menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan hasil usaha kesedaran rakyat yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO), MAMPAT disokong oleh beberapa Alumni sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu serta beberapa pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyung(Pekeduy).
Lensa Buletin Online sempat merakamkan wajah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, berubah kerana terharu menerima sambutan luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak Tuanku ditabalkan menjadi Sultan Terengganu pada 4hab Mac,1999
Labels: Sultan Tganu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sultan Di sambut Rakyat - Penderhaka Menyembunyi diri
tranungkite
Daulat Tuanku , Hidup Sultan , Allah hu Akbar : Begitu lah laungan nyaring dan jelas menunjukkan sokongan kepada Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agong Malaysia dalam kes penderhakaan UMNO terhadap Sultan Melayu. Lebih kurang 60 ribu rakyat Terengganu menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Terengganu dalam krisis pelantikan MB sementara ketua penderhaka Deris Jusoh dan pembantu penderhaka Rasool bersembunyi entah ke mana.
Kapal terbang khas Baginda Sultan Terengganu mendarat lebih kurang pukul 10 pagi dan baginda keluar dari lapangan terbang lebih kurang pukul 10.30 dengan di sambut oleh rakyat jelata dari pintu masuk bangunan lapangan terbang sehingga ke kem Askar Melayu Di Raja Seberang Takir. Semua nya bersemangat dan ceria walau pun berada di panas matahari pagi. Kereta di ikat dengan reben kuning dan banner di pamer dengan kata kata menunjukkan sokongan kepada Sultan Turut di pamer. Banner terpanjang ialah banner tandatangan rakyat menyokong sultan yang panjang nya lebih kurang 30 metre. Kanak kanak dan wanita turut serta dengan reben kuning dan baju kuning telur.
Inilah sokongan rakyat walau pun hasrat untuk menyambut Sultan Terengganu itu hanya di sampaikan melalui mulut ke mulut , internet dan surau masjid. Rakyat sentiasa bersama Kesultanan Islam Melayu dan akan bangkit bila bila masa jika perlu.
Allah hu Akbar
Labels: Sultan Tganu
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
10,000 sambut Yang Di-Pertuan Agong di LTSM
KUALA TERENGGANU 29 Mac — Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi ini.
Mereka tiba seawal 7.30 pagi, membawa bersama sepanduk dan bendera kuning bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap baginda yang juga Sultan Terengganu, berkumpul di luar bangunan terminal.
Sebahagian besar berbaris di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang itu, sejauh kira-kira 1km.
Laungan “Daulat Tuanku” bergema di lapangan terbang itu sebaik sahaja pesawat khas yang membawa baginda mendarat di LTSM pada kira-kira pukul 10 pagi.
Tuanku Mizan diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam penerbangan dari Kuala Lumpur.
Labels: Sultan Tganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
