Jangan Dicabar Rakyat Perak
ipohmalay
Perak merupakan sebuah negeri yang kukuh berdiri sejak tahun 1520an lagi. Penguasaan orang Melayu di negeri Perak tidak pernah terancam sehinggalah pendatang Cina dibawa masuk menjelang tahun 1870an. Jika tidak kerana pertambahan penduduk Cina yang rendah, negeri Perak sememangnya memiliki tidak kurang 45% penduduk Cina.
Hari ini, angka tersebut telahpun berubah. Penduduk Cina di Perak hanyalah pada sekitar 37% manakala penduduk Melayu mencapai 51% dan hampir 10% dari penduduk negeri Perak adalah kaum India.
Namun, kesan boikot penyokong UMNO dan kecenderungan pengundi Melayu memilih calon pembangkang telah membuatkan part-parti pembangkang memenangi lebih dari separuh kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak. Teraju utama mereka ialah sebuah parti cauvinis Cina yakni DAP. Oleh kerana Perak tidak membenarkan bukan Melayu Islam memegang jawatan Menteri Besar, calon PAS dilantik.
Menteri Besar Perak boleh disebut sebagai Menteri Besar boneka kerana pengaruh DAP di dalam kerajaan negeri sangat besar. Tekanan demi tekanan akan diterima oleh Menteri Besar PAS ini kerana matlamat utama kerajaan negeri ialah untuk memuaskan hati pengundi Cina yang hampir 70% menyokong DAP. Justeru, dibimbangi nanti akan kedengaran kelulusan-kelulusan projek yang bertentangan dengan kehendak rakyat seperti ternakan babi mega yang diluluskan pakatan tersebut yang memerintah Selangor.
Perkara sebegini jangan sekali-kali terjadi di bumi Perak. Di mana dengan angkuhnya kerajaan negeri Selangor menentang suara rakyat walhal mereka mengagung-agungkan 'Suara Rakyat' yang kononnya memberi mandat untuk mereka memerintah.
Setelah ihsan diberi kepada orang-orang Melayu yang mendiami Kampung Tersusun dengan penganugerahan geran, tidak mustahil pula pengusaha kolam ikan dan penternak itik berbangsa Cina yang mengusahakan lombong tinggal yang secara undang-undangnya adalah milik kerajaan negeri, akan diberikan geran juga. Ini kerana desakan pastinya ada dari komuniti tersebut melalui wakil DAP yang sentiasa cuba untuk melakukan apa sahaja demi sifat cauvinistiknya.
Selain itu, tuntutan-tuntutan hakmilik tanah yang telah lama kedengaran dari pekebun-pekebun sayur Cina di Ipoh, Tapah, Chemor, Batu Gajah, Tanjong Tualang, Kampar dan Malim Nawar mungkin kelak akan dilayani jika pimpinan kerajaan negeri ditekan oleh majoriti wakil rakyat DAP dalam pemerintahan negeri.
Soal pemberian hakmilik tanah kepada pekebun Cina yang mengusahakan tanah tersebut sejak zaman darurat seharusnya tidak langsung perlu dikaji. Ini kerana, pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh pekebun-pekebun ini telah lama dihalalkan atas ihsan pemerintah dan mereka telahpun mengaut hasil keuntungan atas usaha mereka itu sejak beberapa generasi. Kawasan ladang limau bali Tambun yang diusahakan atas tanah kerajaan negeri ini juga merupakan kawasan penternakan babi satu ketika dahulu sehinggalah tercetusnya wabak Japanese Encyphilits yang membunuh hampir 100 orang di kawasan Tambun, Ampang dan Ulu Pioi.
Dengan pembukaan tanah yang semakin meluas tanpa pemantauan dan kajian alam sekitar, mereka bebas melakukan aktiviti pertanian, perikanan serta penternakan ayam dan babi. Pemberian hakmilik tanah kepada mereka hanya akan mendatangkan bantahan besar-besaran orang Melayu yang terpaksa melepaskan tanah-tanah tersebut bagi dilombong suatu masa dahulu.
Berdasarkan undang-undang, pembukaan tanah bagi tujuan perlombongan adalah berdasarkan restu Sultan dan apabila tamatnya aktiviti perlombongan tersebut, kawasan tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri.
Diharapkan agar pimpinan negeri Perak yang memperlihatkan kaum minoriti memerintah kaum majoriti, tidak meminggirkan pendapat majoriti demi keuntungan politik masing-masing kerana kesukaran akan timbul apabila rakyat negeri Perak benar-benar bangkit menentang. Kerana perlu diingat, di bumi Peraklah bermulanya penentangan rakyat Melayu ke atas penjajah yang membawa kepada pembunuhan Residen pertama British, JWW Birch.
Struktur ini hanya berusia tidak lebih 5 tahun dan terletak tersembunyi di sebalik gunung batu kapur di kawasan Tambun. Bagaimana pula tumbuhnya struktur sedemikian selepas ini ?
Apr 11, 2008
ARTIKEL DARI INSAN KECEWA
Labels: UMNO Kecewa
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Feb 10, 2008
Kesannya jika 2/3 majoriti BN berjaya dinafikan
Minda Pembaca: Kesannya jika 2/3 majoriti BN berjaya dinafikan
Oleh Ahli Umno Kecewa
klpos.com
BARU-BARU ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen.
Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah bahagian.
Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi.
Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan untuk tidak mengundi Umno.
Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil.
Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya bernombor 1.
Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan turut berbuat demikian.
Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic.
Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai kredibiliti'. Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan bijak'.
Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.
Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga bersedia untuk membuat perubahan.
Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini.
Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India menjadi kaum termundur di negara ini.
Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan tetapi BN tidak boleh bermegah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar yang menyusahkan rakyat.
Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan kejutan psaikologi yang maha besar kepada BN.
Ini akan membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung selepas pilihanraya umum ini.
Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak khazanah negara akan turut sama dijatuhkan.
Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN (terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam.
Jika mereka kalah di kerusi Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya.
Ini bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh merubah senario politik kita.
Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN.
Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa sebarang campur tangan negara asing.
Kita tidak hanya perlukan undi protes sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik. Saya tidak sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum.
Labels: UMNO Kecewa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
