KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Yusni Jaafar. Show all posts
Showing posts with label Yusni Jaafar. Show all posts

Apr 1, 2008

Amanat terakhir 'Ibu' Yusni Jaafar!


Pada awal bulan lepas, arwah Yusni Jaafar ada titipkan pesanan pada penulis yang dia begitu gembira apabila kembali tinggal bersama familinya di Subang Jaya setelah beberapa waktu membawa diri.

Pesanan seperti, "Ibu gembira ayah ada, anak-anak ibu semua ada. Lama ibu tak tidur dengan ayah, Ema, Erna dan cucu-cucu ibu. Lepas ini ibu hendak pergi jauh. Tak payah cakap siapa-siapa. Kalau siapa cari ibu kata ibu happy sangat sekarang..."

Terngiang-ngiang lagi pesanan itu di cuping telinga. Siapa sangka petanda yang akan datang. Kata orang 'Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas...'

Sepanjang perbualan, suara arwah begitu ceria dan terus berbual dalam bahasa Inggeris. Sesekali, arwah membaca petikan dari surah dalam Al Quran melahirkan betapa 'rindunya hendak pulang' dan persiapannya untuk menemui Pencipta. more....at Mstar

UPDATE !!! PELAKON YUSNI JAAFAR MENINGGAL DUNIA

yusni jaafarPelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pelakon terkenal Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.

Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya Raja Ema kepada Radio24 Bernama di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Jan lepas.

Katanya jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Komedi Wanita Terbaik pada Pesta Filem Malaysia ke-8 pada 1989.

Lakonan terakhir Allahyaram ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas.

Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

ALFATIHAH ... YUSNI JAAFAR MENINGGAL DUNIA

yusni jaafarSeniwati Yusni Jaafar telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi. Allahyarhamah sebelum ini telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit hati dan turut menyebabkan kerosakan buah pinggang beliau. Berita lanjut dan lengkap sedang dinantikan. .....

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Yusni Jaafar.

Sama sama lah kita sedekahkah Al fatihah, semoga Rohnya dicucuri rahmat. Memang ..... beliau adalah diantara mereka yang mampu ceriakan hati ramai orang tetapi tidak semua orang boleh ceriakan dirinya. Maka .... ini lah masanya untuk kita membalas jasa beliau dengan bacaan doa dan ayat suci. Wassalam.

Berita sebelum ini,

SELANGOR, 12 FEB 2008 : Pelakon dan pelawak veteran, Yusni Jaafar, 62, atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu kini berada dalam keadaan kritikal akibat kerosakaan pada hati yang dikesan sejak 3 bulan lalu. more...

Feb 16, 2008

PEMBERITAHUAN: Yusni Jaafar sakit



isuhangat

SELANGOR, 12 FEB 2008 : Pelakon dan pelawak veteran, Yusni Jaafar, 62, atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu kini berada dalam keadaan kritikal akibat kerosakaan pada hati yang dikesan sejak 3 bulan lalu.

Ketika ditemui di Hospital Selayang pagi tadi, Yusni kelihatan begitu lemah dan tidak bermaya. Pelawak yang popular sejak penghujung tahun 1970-an itu hanya mampu melontarkan senyuman kecil kepada tetamu yang melawatnya. Dia juga sering mengalir air mata terutama ketika dikucup sayu oleh anggota keluarga dan sahabat handai.

Lebih menyedihkan, seluruh badan Yusni kini semakin membengkak kerana dipenuhi air terutama pada bahagian perut. Leher dan perutnya terpaksa ditebuk bagi menyalurkan air dan ubat.

Anak bongsu Yusni, Raja Irna Raja Ibrahim, 23, berkata air dan darah yang dimasukkan ke tubuh beliau tidak sampai kepada tempat yang sepatutnya kerana berkumpul pada anggota badan. Tubuhnya kini semakin membengkak.

"Kata doktor, hati ibu sudah rosak teruk dan tidak dapat berfungsi lagi sehinggakan menjejaskan fungsi buah pinggang. Air yang dimasukkan ke dalam badan ibu berkumpul juga pada bahagian anggota tubuh. Doktor memberitahu kandungan darah ibu juga tidak mencukupi walaupun sudah dimasukkan dengan banyak," katanya ketika ditemui di wad terbabit.


Raja Irna, anak yang paling akrab dengan Yusni, dilihat kerap berusaha mengubah suasana pilu dalam wad seperti bergurau kecil dengan ibunya. Malah pada ketika wartawan menghala lensa kamera untuk merakam gambar mereka, lantas Irna mengangkat tangan Yusni dan menyuruh ibunya membuat tanda peace dan melontarkan senyuman .

Saat menyentuh hati, ketika berjabat tangan perpisahan dengan wartawan , Yusni sempat mengirimkan salamnya kepada para peminat dan meminta untuk mendoakannya agar cepat pulih.

"Sampaikan salam saya kepada peminat dan mintalah mereka semua berdoa supaya saya sembuh," katanya dengan nada yang terlalu lemah.

Orang yang paling dekat dengan Yusni iaitu adiknya, pelakon Sukarni Jaafar, 55, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Nani, turut ditemui bersama di wad itu. Dialah antara orang yang berusaha keras memberi semangat kepada Yusni untuk terus berjuang. Difahamkan, anak-anak Yusni yang lain termasuk Raja Ema juga datang menjaga Yusni secara bergilir-gilir di hospital berkenaan.

"Sebelum ini, dia pernah dimasukkan ke hospital ini beberapa kali, bagaimanapun kali ini dia ditahan paling lama apabila doktor mengesahkan keadaannya berada pada tahap paling kritikal. Sudah seminggu lalu dia dimasukkan ke wad ini," kata Sukarni dalam nada sedih.


Sementara itu, ramai rakan artis tempatan yang mula melawat Yusni, antara mereka ialah Aida Rahim, Era Fazira, Hans Issac, Liza Abdullah, Uji Rashid dan Datuk Mustapha Maarof.

No2umnO - Sedih ... dari seorang yang mencuit hati dengan gelagatnya dan lakunannya yang berkesan, kini beliau terlantar sakit. Sesungguhnya kehidupan beliau bagaikan lilin. Menerangi dan menceriakan suasana. Dan sampai ketikanya kita membantu beliau dengan apa cara sekali pun, walaupun sekeping DOA. Semuga IBU YUSNI segera sembuh dari No2umnO.

Posting terkini

Blog Archive