kosmo | Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) mendakwa ada di kalangan pegawai di jabatan agama sendiri menjadi pengikut ajaran sesat dan menjadi punca ia sukar dibanteras.MLM ... macam multi level marketing je bunyi nye. Wakakakakak ....
Akibatnya, ia memberi kesan apabila segala aktiviti penguatkuasaan sengaja dilengah-lengahkan dan 'dilemahkan' termasuk Ajaran MLM.
"Saya percaya Ajaran MLM pengubahsuaian kepada ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi..ia nampak tiada kesudahannya walau sudah kerap kali dilaporkan turut dipengaruhi atas faktor tadi (penglibatan pegawai agama)," katanya.... more.
Nov 24, 2008
Ada pegawai jabatan agama pengikut ajaran sesat - Mufti
Labels: ajaran sesat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 3, 2008
22 kumpulan ajaran sesat aktif di Selangor
Majlis Keselamatan Negeri Selangor mengesan sebanyak 22 kumpulan ajaran sesat masih bergiat aktif di sekitar negeri ini sepanjang tahun ini.Aku teringat lagi pendekatan yang Rahman Palil buat dulu.
Setiausahanya, Nasirrahman Saad Khiruddin berkata, kumpulan tersebut bergiat secara senyap dan turut bertindak menukar nama kumpulan mereka sehingga menyukarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan.
''Antara kumpulan yang popular sekarang ialah kumpulan Gerakan Negara Islam Indonesia, Black Metal dan pertubuhan Al-Arqam yang kini memakai nama lain.
''Mereka tidak ada pusat gerakan untuk menjalankan kegiatan dan bergerak dalam masyarakat, jadi sukar bagi kita membuat serbuan," katanya.... selanjutnya.
Pasang sepanduk dan billbord .... Wakakakakakak !!! Bodoh punya jawa.
Buat malu aku je.
Sesat tapi mesra UMNO ... tak per ... carry on !!!
Labels: ajaran sesat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 15, 2008
KEBODOHAN JAIS
Zikir laga lutut akan didakwa
Oleh ZABRY MOHAMAD
SHAH ALAM 14 Jan. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai cukup bukti untuk bertindak dan mendakwa satu kumpulan ajaran sesat dianggotai golongan elit dan tokoh terkenal yang mengamalkan zikir bercampur lelaki dan wanita hingga bersentuhan lutut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, bukti-bukti tersebut diperoleh melalui pegawai-pegawai JAIS yang menyelinap masuk dan mengikuti setiap aktiviti anjuran kumpulan berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, JAIS masih belum berjaya membuat serbuan berikutan kegiatan kumpulan itu yang sering berpindah lokasi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. |more...|
No2umnO - Mana mereka belajar cara bertindak? Macam perangai budak bawah umur. Ni lah yang dikatakan sebagai, Guruh berdentum dentam, tapi hujan tak turun. Mencanangkan tindakan diakhbar seolah olah satu isyarat kepada penganut agama sesat itu untuk melarikan diri. Bila hendak buat serbuan, semua dah tak der. Pelik sungguh JAIS. Terlebih pandai dah jadi bodoh.
Labels: ajaran sesat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 6, 2008
Bukan Matematik dan Sains Sahaja ...
Bukan Matematik dan Sains sahaja, malah guru ajaran sesat pun turut menggunakan bahasa Inggeris untuk bahasa penghantaran. Changgih. Mentaliti guru ajaran sesat dan menteri kita sama. Mungkin KAEDAH kelulusan dengan gred rendah pun turut digunakan. Cuba siasatan ... entah entah ada kaitan dengan Kementerian Pelajaran.
Ajaran sesat untuk elit guna bahasa Inggeris
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang memantau sebuah kumpulan ajaran sesat disertai ramai golongan elit dan berpendidikan tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajarannya.
selengkapnya
Labels: ajaran sesat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
