KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label chedet. Show all posts
Showing posts with label chedet. Show all posts

Jul 9, 2008

Mahathir: Pembodek kerajaan masih nyanyi lagu lama!

Mstar | Tun Mahathir Mohamed hari ini membidas golongan yang disifatkannya sebagai pembodek-pembodek kerajaan yang masih menyanyikan lagu lama. Beliau juga musykil kenapa ramai yang masih menggelarnya diktator sehingga sekarang.

Mantan Perdana Menteri itu meluahkan ini di dalam blognya www.chedet.com hari ini

Katanya lgi, pada sidang akhbar untuk menerangkan berkenaan laporan polis terhadap Hakim Ian Chin, seorang pemberita asing masih menyalahkan beliau kerana pentadbiran kuku besi yang berlaku sekarang.

"Kononnya sikapnya ini diperturunkan daripada saya. Malahan pemberita itu juga mengatakan yang saya lebih buruk daripada pemerintah sekarang. Media Barat dan pengkritik-pengkritik saya di kalangan pembangkang dan sesetengah pihak di kalangan media tempatan telah melabelkan saya sebagai diktator semasa saya menjadi Perdana Menteri," kata Mahathir.... selanjutnya.

Jun 23, 2008

Blog Chedet di gantung

malaysiakini - Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com.

Dalam notis kepada pengunjung yang dimuatkan di Chedet.com jam 11:09 malam ini, walaupun sudah beberapa kali usaha menghubungi Blogger.com dibuat, syarikat penyedia khidmat tersebut masih lagi "mengunci" Chedet.com.

dr mahathir blog chedet dot com website 010508Penyedia khidmat itu akan mengunci sesebuah blog yang dibantah oleh pengunjungnya sehingga "bahan-bahan yang dipertikaikan" itu dibuang atau setelah disiasat sendiri olehnya tidak seperti bantahan.

Blogger.com menyediakan khidmat tersebut di butang sebelah penjuru kiri atas, atau dikenali "butang bendera", bagi bahan-bahan yang dianggap "berpotensi dipertikaikan" kerana dianggap "melanggar undang-undang atau ofensif" kepada pembaca lain.

Blog "spam" dianggap kegiatan yang tidak mengikut undang-undang.

Tidak jelas kenapa blog tersebut mengalami masalah ini, tetapi artikelnya berhubung isu perkauman dipercayai mendorong pengunjung menekan butang bendera itu berulang kali - sehingga dianggap Blogger.com sebagai blog yang "tidak disenaraikan" dalam perkhidmatannya dan oleh itu tidak dibenarkan dikemaskini.... selanjutnya.

May 31, 2008

Dr M issues ‘kick me out’ dare

mahathirmalaysiainsider - At a press conference after delivering his keynote address at the "Suntikan Semangat Satria" (Injecting a Knightly Spirit) forum here, organised by the Minda Melayu Kreatif, Kelab Cinta Amanah Melayu and Arena PJS 14, Dr Mahathir said he was ready to quit as advisor to four government organisations.

"They can take away my position as advisor (to Petronas). I'm not dependent on them, not even if they give me RM15,000 a month. I'm not interested. I didn't even ask for it to begin with.

"I'm also advisor to Proton, Langkawi (Development Authority) and Tioman (Island Development Authority). If they say, 'Get out', I'll get out. No problem ... but I'd prefer it if they kicked out me out," he smiled.... selanjutnya.

Perkauman Sebagai Modal

chedet - Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.

Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum. Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.

Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.

Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA – Internal Security Act).
... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive